Part Time Job Gaji RM200-RM500 sehari

Hai semua pembaca IIUM Confession.

Hari ni aku nak berkongsikan kisah dan pengalaman aku sebagai mangsa scammer di mana aku mengalami kerugian hampir 6 ribu ringgit.

Aku nak berkongsi sebab aku tengok iklan-iklan seperti ‘Part Time Job Gaji RM200-RM500 sehari’ semakin berleluasa sekarang tidak kisah di mana platform social media.

Setiap kali aku tengok iklan yang ada perkataan-perkataan tersebut memang aku akan comment di iklan tersebut ‘SCAMMER’ sebab aku geram dan aku juga ingin menyelamatkan orang lain juga.

Kisah aku di’scam’ bermula seperti ini.

Aku mendapat satu mesej whatsapp daripada nombor yang tidak dikenali yang berkongsikan iklan jawatan kosong sebagai promoter dengan gaji RM200-RM500 sehari bergantung kepada kerajinan katanya.

Mula-mula aku tidak percaya, jadi bermacam soalan aku ajukan seperti nama syarikat, no. SSM, alamat syarikat dan lain-lain. jadi dengan info yang dikongsi aku berasa yakin.

Jadi aku mencuba untuk trial session kononnya. Aku mula-mula fikir nak try sekali sahaja.

Mekanisame scammer adalah seperti ini, dan sama sahaja kebanyakkan yang aku tengok di iklan.

Pertama sekali dia suruh aku cari barang di platform Shopee atau Lazada atau mana-mana platform online shopping. Dia memberikan aku gambar barang tersebut dan dia suruh aku search dan lihat harga barang tersebut.

Kemudian dia suruh aku beli barang tersebut dengan alasan untuk meningkatkan jumlah belian syarikat tersebut, tapi bukan beli di Shopee tapi transfer ke akaun personal, dia akan sharekan nama account dan juga nombor account tersebut.

Kemudian aku pula dijanjikan duit yang aku transfer akan dipulangkan bersama dengan jumlah komisen.

Jadi aku pun mencuba sahaja, dia kata akan dapat komisen 10% daripada harga barang tersebut.

Pada waktu tersebut harga barang tersebut berharga bawah daripada RM100 sahaja.

Jadi aku mencuba sahajalah, dan kemudian Alhamdulillah duit RM100 aku dipulangkan dengan ditambah dengan komisen.

Jadi daripada situasi berkenaan aku pun bertambah yakin untuk meneruskan ke tugas seterusnya.

Oh ye aku lupa, tugas tersebut dengan segala pembayaran perlu disiapkan dalam tempoh 15 minit sahaja apabila arahan dikeluarkan. Sekiranya lebih, duit tidak akan dipulangkan.

Aku pun mcm okay je la kan. Sebab transfer sekejap je kan.

Kemudian aku meneruskan tugasan kedua di mana tugasan ni tugasan gabungan, maknanya ada dua tugasan dalam satu arahan.Tapi awal-awal aku pun tak faham, hujung bila kena tipu baru faham, Korang faham kan?

1. Tugasan pertama, dia suruh aku beli apa tah tapi harga RM500, jadi aku transfer RM500, pastu tunggu punya tunggu, aku tanya mana duit aku?

Dia kata kan tak complete arahan, sebab ada tugasan 2 baru lah dia akan pulangkan dengan komisen. Aku dah macam, alamak, RM500 aku, haa gitu,

2. Aku pun meneruskan tugasan kedua semata konon nak dapatkan RM500 aku, tugasan kedua aku kena cari aircond which is harga RM1.5 k satu unit.

Aku pun transfer nok RM1.5K kepada dia, walaupun masa tu macam sipi2 je nak dekat 15 minit. Aku pun tanya, mana duit aku?

Dia kata dalam arahan kan 2 unit aircond. maksudnya yang aku kena transfer ialah RM3K weh bukan RM1.5

Jadi campur punya campur aku dah kerugian RM2K kat situ, tapi aku menyempatkan juga transfer lagi RM1.5K, jadi jumlah kerugian terkini RM3.5k,

Oh dan perlu diingatkan ye, setiap kali korang transfer, no account yang diberi semua lain-lain tuan namanya, ada yang melayu, ada juga cina yang aku dapat.

Aku pun tak tahu la jin apa yang merasuk aku pada waktu tersebut sampai aku tak dapat fikir yang betul dan yang salah.

Okay sambung, lepas aku dan bayar baki RM1.5 K untuk aircond kedua, dia kata aku dah habis masa weh. 15 minit tu. So kiranya aku ni tak layak dapat duit akuuu. RM3.5k, terbuang macam tu sahaja,

Aku pun apa lagi mengamuk dalam whatsapp tu, tapi orang tu sangat tenang ye dan kaki pujuk ayat manis, katanya nak mohon kepada manager sebab aku dah siapkan tugasan cuma lambat sikit sahaja dan macam-macam lagi.

Tapi dah berejam aku chat dia tak ada pun duit aku dipulangkan.

Kemudian dia mencadangkan aku untuk membuat tugasan sampingan supaya duit aku tadi boleh dipulangkan. Macam yang aku cakap aku tak tahu akan apa yang merasuk dalam kepala otak aku ni.

Jadi aku buat apa? Betul tekaan korang, aku membuat tugasan tersebut dan seterusnya transfer duit menjadikan RM6K aku hilang macam tu sahaja, Kemudian, saat RM6K aku hilang barulah aku sedar aku ni ditipu.

Orang yang chat aku tu janjikan duit semua akan dipulangkan keesokkan harinya. Namun, dah hampir 2 tahun masih tiada duit masuk. HAHHAHAHAHHA. Adoyai.

Selepas kejadian berkenaan, aku tidak bercerita dengan sesiapa pun mengenai duit tersebut hilang. Aku pendam sahaja.

Tapi sekarang terlalu banyak iklan-iklan tersebut di sosial media. Ada juga yang kerap chat aku di whatsapp untuk scam aku lagi malah dengan modus operandi yang sama.

Memang aku sound dia terus dalam chat tu. Ada yang terus block aku dan ada juga yang mencarut-carut aku tak sedar diri dasar kaki scammer. Geram pulak aku.

Jadi aku mengharapkan sesiapa yang belajar dari kisah aku ni, berjaga-jaga diri lagi-lagi hal duit, jangan mudah percaya dengan apa-apa janji orang luar, perlu ingat tiada yang mudah tiada yang senang untuk dapatkan duit, semua perlukan usaha.

Sekian itu sahaja daripada aku. Wahai scammer stop lah buat jahat dekat orang. Tak ada kerja mulia lagi ke di muka bumi ni. Huhu.

Sayonara.. Tolong sebarkan cerita ni semua ramai lagi orang awam akan dilindungi daripada KAKI SCAMMER.

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *