Hai assalamualaikum. Aku baru berumur awal 20-an dan menetap di johor. Part time suri rumah, part time phographer, part time tukang jahit dan mengait.
Maklumlah banyak hobi dan minat jadi aku cuba semua. Senang cakap aku ada banyak masa terluang lagi lagi tengah minggu.
Aku nak cerita pengalaman sepanjang ikut suami bawak lori serata malaysia. Walaupun tak semua tempat dapat pergi tpi boleh dikatakan puas jugak kalau berjalan.
Pertama kali aku ikut suami, pergi dekat dekat je dalam 2-3 jam ke destinasi untuk turun barang.
Nak pulak jalan yang kami lalu tu sedikit teruk. Terlompat lompat aku kat passenger seat. Balik tu senak je perut.
Ada sekali tu dapat rezeki hantar barang ke pantai timur. Dari johor ke gua musang.
Kalau nak tahu, nak ke gua musang memang takde highway jadi lalu dalam. Sampai kat kuala lipis, kami tidur dan rehat kejap sementara tunggu pagi.
Pagi menjelma dan kami teruskan perjalanan. Semasa perjalanan, suami rasa ada benda tak kena. Rupanya angin lori bocor. Pulak dahhhh.
Terus suami call kawan kawan tanya pomen atau bengkel kawasan sini sebab kami kan orang luar jadi kurang tahu.
Takdirnya, kebanyakkan pomen sibuk jadi tak dapat tolong. Kami pon tawakal jalan jelah. Nampak deretan kedai tayar kami berhenti.
Tengah suami tengok lori, ada seorang hamba ni baik hati nak tolong.
Aku sebagai orang perempuan duduk jelah dalam lori sebab bukan tahu sangat pon. Gedebak gedebuk. Selesai masalah tadi.
Abang tu cakap dah boleh jalanlah ni kalau setakat nak menyampaikan ke destinasi. Suami berterima kasih lepastu teruskan pijak minyak.
Tak jauh dari tempat tadi suami rasa tak kena lagi. Aku pon tak tahu nak cakap sebab bukan aku yang bawak. Nampak macam tanah lapang kami parking situ.
Kebetulan ada kedai makan jadi aku turun niat nak bungkus air je. Tiber suami jerit ‘AIR AIR AIR’ aku yang tengah berangan terkejut beruklah.
Jeng jeng jeng .. lori bahagian belakang berasap dan mula nak terbakar. Bayangkanlah, kejadian terjadi pukul 12 tengah hari matahari tegak atas kepala.
Segala air minum kami dia pergi tuang dekat lori tu. Aku dengan tak malunya cakap dengan makcik kedai makan tu nak pinjam baldi nak isi air untuk simbah kat lori.
Dengan uncle cina kedai sebelah angkut baldi air tah dari mana tah aku pon tak perasan sebab dah cuak. Masa ni barang customer ada atas lori lagi.
Kalau jadi apa apa hal, semua jadi masalah. Lepastu ada uncle india bawak lori lalu situ nak keluar pon tekan brek pastu tolong suami simbah air. Dia ikut cuak sekali bila ingat balik kelakar pulak muka uncle india tu.
Bila asap dah reda sikit, uncle india tolong tumpangkan suami pergi bengkel berdekatan untuk cari pomen. Aku menanti penuh sabar dekat kedai makan makcik tu. Tapi entah hari cuti pomen sedunia agaknya semua busy.
So suami rehat kejap dekat kedai makan tu dan makan nasi lemak tapi dia kata hilang selera dah sebab tragedi tu. Kesianlah pulak. So aku bungkus sebab tak nak membazir.
Tiba tiba suami dapat call dari pomen yang available alhamdulillah. Dia buat kerja dia pum pang pum pang setel. Sekejap je tak sampai setengah jam.
Tapi aku respect betul suami makcik tu. Dari awal aku datang sampailah lori berasap ke kami nak balik dia tak gerak pon dari kerusi dia duduk. Macam takde perasaan pon ada.
Apa pon lori dah boleh jalan macam biasa. Dengan lafaz bismillah kami sambung lagi perjalanan. Naik je highway Merapuh, dalam 15 minit kami diduga lagi. Tayar lori kami meletop.
Rupanya bila bahagian lori yang terbakar tadi dah terlalu panas, tayar lori jadi lembik dan meletop. Kena sidai lagi tapi kalini tepi highway.
Cepat cepat cari tyreman pulak. Nasib kami baik ada yang boleh datang terus dan tukar tayar. Waktu selesai semua jam dah pukul 4 petang.
Sampai ke destinasi dah masuk maghrib. Sangat sangat kepenatan. Malam tu kami tidur dan berehat di Rnr Gua Musang dan pulang ke johor esok paginya.
Kalau ada yang nak dengar lagi pengalaman aku, nanti aku tulis lagi ya. Dari aku, bini abang lori.
– Bini Abang Lori (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit