Su4mi Tiket Ke Ner4ka

Sesuai dengan tajuk cerita suami aku ni nampak macam ahli syurga sebab dia ni solat tak tinggal, puasa penuh, rajin ke masjid zikir tak lekang di bibir. Pendek kata orang luar akan cakap aku ni bertuah tapi dia tiket yang akan membawa aku ke neraka.

Kenapa aku kata macam tu? Sebab aku tak nampak tempat aku di syurga sepanjang aku jadi isteri dia. Boleh dikatakan aku tersangat lah kuat melawan, aku meninggi suara dengan suami even aku pernah penerajang suami aku.

Kenapa aku jadi sampai macam tu, ini cerita aku…

Seawal 6 bulan perkahwinan aku disahkan hamil dan dalam masa yang sama suami aku decide untuk berhenti kerja atas alasan kerja dia syubhah dan dia nak meniaga.

Fyi kerja tu bagi aku akan jadi syubhah atas diri kita, kalau kita tak buat benda tu kerja tu halal je. Cukup aku bagitau kerja dia tu dalam agensi badan berkanun.

Selepas dia berhenti kerja aku takda nampak tanda-tanda dia nak mula meniaga apa-apa, yang aku nampak dia banyak habiskan masa dengan handphone masuk bilik air pun dengan handphone.

Suami aku ni dia ada sejenis sikap suka mengontrol dia akan check handphone aku setiap kali aku balik keje, bagi aku tak ada masalah nak check sebab aku takda benda apa yang nak disorokkan.

Yang jadi masalah mesej bos aku pun dia nak baca lepas dia dah bluetick orang tu dia tak bagitau aku lepas berapa jam baru cakap padahal bos aku minta suruh buatkan kan satu kerja untuk dia. Korang faham tak macam mana perasaan aku nak marah tapi aku masih sabar.

Bukan tu je duit gaji aku pun dia nak amik tau jugak belanja apa beli apa bagi sape setiap sen tanya berapa baki dalam bank even duit aku bayarkan coway umah parents aku pun dia nak pertikai padahal aku bayar since bujang tak ada masalah pun. Bukan aku minta duit dia pun.

Satu hari aku decide untuk check handphone dia jugak sebab aku macam curious sangat kenapa dia ni macam insecure sangat dengan aku, aku ni dah ikut semua cakap dia nak tinggal dengan parents dia aku ikutkan, dia nak check handphone aku pun ikutkan,

Dia nak aku pakai selekeh pegi ofis aku ikutkan sampaikan orang tegur asal dress up aku dah lain, aku senyum je sebab aku tau aku nampak macam makcik-makcik lepas dah kahwin.

Korang tau apa aku jumpa mase check handphone dia tu rupenye suami aku ni berchat2 bersayang-sayang dengan perempuan, no wonder lah dia insecure sangat sebab takut aku buat benda same dia buat la tu.

Aku tak confront suami aku memandangkan aku mengandung jadi aku decide untuk berlakon macam biase sebab aku tak nak emosi aku terganggu and effect anak dalam perut aku. Tapi aku screenshot sebahagian mesej tu untuk simpanan aku.

Selepas aku bersalin suami aku ni buat hal dengan family aku pulak, puncanye sebab dia tak suka bila family aku melebih2 bila aku dah ada baby.

Aku ni anak tunggal, biase la bila atok nenek dapat cucu mesti dorang excited nak beli macam2 untuk cucu, mak aku siap upah orang untuk masak lauk pantang aku, upah orang datang urut tapi bagi suami aku parents aku ni macam nak take control.

Masalahnye nak harap dia hulur duit untuk semua tu memang tak ada lah. Baju baby pun sehelai je yang dia beli.

Aku sempat pantang dua minggu je dengan parents aku lepas pada tu aku dah kena berulang-alik rumah mertua sebab mertua nak main dengan cucu.

Luka czer aku pun tak sembuh lagi padahal suami dah janji aku boleh duduk dengan parents aku 2 bulan. Aku mengalah sebab malas nak gaduh walaupun aku tau tak ada sape pun akan jaga aku kalau aku duduk dengan mertua tak macam pantang rumah sendiri.

In between ulang-alik tu ada satu hari mak aku mesej tanya aku balik tak minggu, suami aku baca terus dia tak bagi aku balik dah, padahal mak aku mesej tu supaya dia tak tertunggu2 kalau aku tak balik tu pun jadi masalah besar.

Aku nak kol parents aku pun kena sorok-sorok sampai lah aku dah naik kerja aku jumpa parents aku senyap-senyap dekat ofis.

Aku rase bodoh sangat time ni sebab ikutkan sangat cakap suami patuh sangat dengan suami, sebab suami aku cakap bila dah kahwin priority isteri ialah suami dan isteri wajib taat walaupun suami tu jahat macam mana skalipun.

Suami aku ni punya zalim sampai mesej2 yang mak aku hantar kat aku tnya khabar aku pun dia delete sebelum sempat aku baca. Macam mana aku tau sebab mak aku tnya masa ktorang jumpa senyap-senyap di ofis.

Bila sampai 3 bulan aku tak boleh balik rumah parents, aku rase aku dah tak boleh nak tahan lagi dah sebab aku ni jenis rapat dengan parents,

And aku memang seronok bila balik rumah since zaman Uni pun memang aku macam tu asal ada waktu free je aku memang balik rumah, jadi aku confront suami aku.

Dan hari tu jugak la hari di mana aku yang asalnye isteri yang patuh dan taat berubah menjadi isteri yang kasar, pemarah dan derhaka kenapa,

Hanya sebab aku pertikai dia pasal tak boleh balik jumpa parents dia kata aku ni isteri derhaka sebab tu aku susah bersalin dulu sebab tak boleh bersalin normal kena czer.

Sejak hari tu rase sayang or hormat dekat suami memang dah takda, bukan nak berterima kasih dah lahirkan zuriat dia boleh pulak sumpah aku kata aku isteri derhaka tak cium bau syurga.

Belum lagi cerita pengalaman sepanjang aku duduk dengan mertua dan ipar duai nanti aku sambung.

– Isteri Kental (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *