Assalamualaikum semua. Aku sendiri tak tahu mana nak start, dah lama tak menulis. Yang paling penting aku nak meluah, tak tertanggung benda ni kalau aku simpan sorang2.
Aku perkenalkan diri aku Am berumur awal 30 an dan masih single. Hehe.
Kisah ni bermula masa awal-awal aku habis belajar, berkenalan dengan seorang wanita yang aku gelarkan dia sebagai ‘Nina’ berkulit gelap.
Kami masing-masing masih lagi single dan dah hampir 10 tahun berkawan baik.
Pada awal perkenalan kami, aku langsung tiada perasaan terhadap Nina. Kami saling bertukar cerita dan masalah hampir setiap hari.
Kami jarang berjumpa disebabkan Nina di selatan dan aku di utara. Tapi setiap kali aku outstation, aku cuba cari masa untuk berjumpa.
Sehinggalah pada suatu hari, Nina meluahkan perasaannya kepada aku. Aku terkelu dan tidak mampu memberi jawapan.
Aku sendiri tak tahu sama ada aku sayangkan Nina hanya sebagai kawan atau lebih dari itu.
Lebih-lebih lagi aku sudah berkenalan dengan sepupu Nina yang aku namakan dia sebagai Sohee disebabkan muka dia seiras dengan pelakon korea Han Sohee.
Nina sendiri yang perkenalkan sepupu dia kepada aku. Kami berkawan hampir 2 tahun.
Sejujurnya aku sangat sayangkan Sohee dan bercita2 untuk memperisterikannya.
Hubungan aku dengan Nina terputus sekejap setelah aku tidak mampu memberi jawapan. Aku langsung tidak menceritakan masalah ni kepada Sohee.
Lama kelamaan hubungan aku dan Sohee juga terputus disebabkan aku sibuk bekerja dan jarak yang memisahkan kami.
Setelah hampir 3 bulan tak bertanya khabar, aku menghantar ws kepada Sohee yang aku rindukan dia.
Sohee reply dengan meminta maaf dan mengatakan dia sudah mempunyai orang lain dan dalam proses bertunang.
Betapa remuk dan hancurnya hati aku pada masa tu. Aku cuba menyakinkan Sohee yang aku lebih mampu menjaga dia berbanding lelaki tu.
Aku sudah tak mampu mengawal perasaan sehingga Sohee sendiri yang menyuruh lelaki tu hubungi aku.
Perasaanku hancur berkecai, maruahku sebagai lelaki bagai dirobek dan dipijat-pijat pada malam tu. Aku berjanji untuk move on dan akan membalas setiap kesakitan yang aku rasakan pada malam tu.
Aku dapat tahu yang mereka baru saja berkahwin dan dalam fasa bulan madu sekarang ni.
Hubungan baik aku dengan Nina kembali terjalin setelah peristiwa tu. Aku sudah mulai penat untuk mengenali orang baru. Nina juga tahu apa yang terjadi antara aku dan sepupunya.
Hari berganti hari, aku mula merasakan yang Nina adalah jodohku.
Aku juga kerap berkunjung kerumah Nina dan baik dengan kedua orang tuanya. Aku tidak tahu sama ada Nina masih sayangkan aku lagi atau tidak, yang pasti dia masih single.
Sekarang ni, aku dalam fasa dilema sama ada untuk meluahkan perasaan kepada Nina dan mengajak dia berkahwin.
Aku tak sanggup berdepan dengan sepupunya dan suaminya setelah apa yang terjadi. Sungguh perasaan benci dan dendam itu masih lagi ada.
Mohon nasihat dari semua pembaca, apa yang harus aku lakukan?
Move on, tinggalkan Nina cari orang baru atau Nikahi Nina? Aku sudah penat mengenali orang baru.
– Am (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit