Maaf kalau penulisan saya tak terurus, penulisan bukanlah latarbelakang saya. Sekadar nak meluah isi kandung hati yang lama pendam nak dekat berpuluh tahun saya tahan…
Saya Mak Bel (tentunya bukan nama betul). Usia-usia pencen dah… tapi hidup masih penuh ujian tanpa henti, hanya mampu berangan dapat rehat bila dah pergi tertanam di kubur sahaja nanti.
Soal haji juga mungkin bukan kemampuan untuk saya yang kais pagi jual kuih dan petang hanya jadi tukang cuci di surau flat rumah.
Masa saya awal-awal kahwin dulu, bahagia anak dua, sampailah dapat tahu suami saya rupanya dah mempunyai isteri lain, dan saya merupakan isteri kedua. Isteri pertama dah pun anak 4 orang.
Sejak saya suarakan ketidakadilan dan rasa seperti ditipu, suami menghilang. Sampai harini masih tak jumpa cara nak dapat nombor telefon atau nama di facebook… Zaman dahulu dan sekarang lain.. Masa tu lewat 80an, tak ada kuasa viral-viral untuk cari orang yang hilang.
Kalau nak dicarinya sekarang, ntah masih hidup atau tidak, dah tak rasa nak ambil tahu lagi soal yang dah lepas. Hanya mampu sara diri dan anak-anak dengan menjadi cleaner mall…masa tu belum ramai warga asing.
Jadi saya besarkan anak keseorangan. Allah kurniakan anak sulung lelaki yang saya beri nama Zaki (bukan nama sebenar).
Mungkin disebabkan saya tak dapat bimbingan dan perlindungan dari suami dahulu jadi saya terlalu harapkan anak lelaki untuk jadi lebih baik.
Saya lebih garang pada Zaki, paksa belajar sampai jadi pandai, biar dapat kerja bagus, kerja sekolah yang tak siap dirotan suruh buat di koridor luar rumah. (Flat PPR). Selagi tak siap jangan tidur lena, carilah jawapan dari buku teks sekolah, tak kira. Jadi lelaki kena berguna.
Sampai habis sekolah menengah. SPM bagus walaupun tak semua A, yang penting tak kecewa dengan keputusan yang tertulis di slip hanya ada A dan B.
Cuma hati seorang mak mcm saya pasti sedih bila tahu Zaki anak mama tak nak sambung belajar, katanya belajar atau tidak, rezeki masing-masing dah tetap.
Mungkin silap mama sebab sepanjang engkorang besar, mama tak mampu nak belikan makanan sedap KFC atau McDonalds tu, Zaki habis SPM terus kerja dapat merasa duit sendiri bawak balik untuk beri mama dan Ecah makan mewah-mewah
Awal-awal Zaki selalu bawak balik makanan untuk cuba rasa, Pizza, fast food dan sebagainya. Tapi makin lama makin kurang. Mama tahu mungkin Zaki dah mula rasa nak ada simpanan.
jadi Mama tak mintak pun Zaki untuk bawa pulang macam-macam. Cuma makin lama Zaki makin sibuk tak balik. Sekarang Mama rasa terpaksa berharap pada Ecah pula…
Beberapa tahun kemudian masa Ecah nak SPM Zaki pulang kerumah dengan gadis pilihan, Mama sedih. Mama tahu mama akan dikebelakangkan.
Tapi setiap hari sejak Zaki anak mama dah mula kerja, mama rindu nak masakkan makan tengah hari untuk kita makan sama-sama.
Tapi sayang sekali Zaki seringkali hilang waktu siang dan pulang lewat malam hanya untuk tidur ‘penat kerja’ katanya. Ada malam langsung tak pulang, bila ditanya cuma jawab kerja, penat, jangan tanya lagi dah. Terguris hati mama Zaki oi…
Tapi pilihan Zaki mama dapat rasa dia bukanlah terbaik untuk Zaki, hari yang Zaki dan Nisa (bukan nama sebenar) datang, hari sama mama dah terasa hati, walaupun sangat cantik di mata, tapi tak tertipu di hati.
masa nak balik Nisa cakap di luar rumah, walaupun berbisik, rumah PPR bukanlah kalis bunyi, Mama takkan lupa first impresion Nisa. ‘tak suka rumah flat kotor mcm ni lepas kawin taknak datang lagi dah’.
Tapi apakan daya kalau anak lelaki bukannya perlukan wali, masa kecil dulu degil bolehlah nak rotan pasti datang menangis peluk dikaki minta maaf, tapi bila dah besar ni kalau marah mama takut hilang tak kembali mcm ayah kau dulu.
Tak sampai setahun lepas tu dah settle semua jemputan dan dewan, tinggal arahan color apa pakai je baju raya sebelum-sebelum ni.
Rasa terpinggir, bincang tak ada, tahu-tahu hanya tinggal arahan sahaja. Nasiblah mama ada Ecah, habis SPM dia kumpul duit beli juga baju baru untuk kenduri Zaki..
Walaupun itu hak engkorang untuk buat pilihan, mungkin kalau berbicara baik dengan mak, mak hanya akan nasihat dan setuju, tapi inikan tidak. Tak ada angin tak ada khabar, mengejut semuanya. Mama takkan lupa ahad ketiga March 2015.
Banyak sangat perkara lepas kahwin yang menyinggungkan perasaan mama antara Zaki dan Nisa, yang paling ketara bila nak beli rumah (landed) kongsi duit bersama, tapi bila mama dapat tahu dari Ecah, rumah tu dinamakan atas Nisa.
Mama memang tak sedap hati. tapi mama hanya mampu diam dan nangis di sejadah malam-malam sebab mama maafkan yang penting mama tak kehilangan anak mama Zaki.
Setahun sahaja cukup lamanya untuk Zaki nampak Nisa bukan lah perempuan yang baik. Masa Zaki sibuk bekerja sampai lewat malam.
Ecah ternampak Nisa keluar dinner dengan lelaki lain, walhal sudah berkahwin. Bila ditanyakan, katanya jangan sibuk hal dia siap ugut Ecah, jangan send kepada abang Zaki.
Tapi mama tak sampai hati dengan Zaki dapat perempuan macam ni, mama tetap forward kepada Zaki. Jadinya gaduh sampai Zaki pulang kepangkuan mama semula tidur di flat lama kita.
Mama sedih tengok Zaki tak cakap apa2 terus tidur tutup muka dengan bantal lama. Mama masakkan makanan favourite kau pun, tak dijamahnya. Sayang sangat kau pada si Nisa tu.
Tiga hari bangun masuk kerja balik sambung tidur berselubung selimut. Sampailah mama check telefon Zaki masa tidur, satu sahaja video panjang berdurasi lebih kurang 20minit.
Video tu merakamkan telefon Nisa, ada chat bersayang-sayang berbiy-biy dengan lelaki lain, ntah berapa ramai sampaikan ada chat yang berunsurkan check in hotel, dalam video tu beserta gambar dan rakaman dengan lelaki lain.
Mama terdiam…. Memang patut Zaki berasa kecewa tapi sampaikan mcm ni sekali mama juga terkejut, tapi mama percaya perangai seseorang itu terpancar dari adab dan tatacara sehariannya. Bukan susah nak nampak. Tapi Zaki dah jatuh cinta.
Satu sahaja permintaan mama kepada anak-anak mama, mama harap sangat-sangat anak-anak mama tak jadi macam mama, tergantung tanpa bertali.
Tapi Zaki dari kawin 2015, sampaikan 2021. Duit komitmen rumah tetap Zaki bayar. Dan tak bercerai sebab Zaki taknak lepaskan Nisa.
Zaki selalu berkata Nisa itu tanggungjawab Zaki, tapi bagi mama, hati dan keimanan seseorang bukanlah ditempat kita untuk ubah. Sejak itu ada masa Zaki balik rumah sendiri ada masa Zaki balik ke rumah mama.
Perubahan Zaki disebabkan Nisa sangatlah ketara, sehinggakan mama tangkap Zaki menyimpan bekas kaca untuk berasap… luluh hati mama. Sejak bila anak mama jadi penagih pula.
Dah gagal menagih cinta dari Nisa, sekarang betul-betul jadi penagih dadah pula. Oh anak mama Zaki oiii. Mama bukanlah orang luar yang kau tak boleh luahkan perasaan kau Zaki.
Mama sayangkan kau lebih dari diri sendiri. Cuma masalah lelaki ni susah nak berkomunikasi. Mama tanya kau diam, mama bagi makan kau makan sesuap.
Nisa mohon cerai fasakh 2021 dengan bertemankan salah seorang lelaki dari video yang Zaki pernah rakam. Bayangkan, pergi pejabat agama untuk urusan cerai, suami sendiri tak ada tapi yang ada lelaki lain untuk teman cerai…
Siap post di facebook gambar bersama lelaki lain tersebut dengan caption play victim kononnya terseksa dapat lelaki penagih bertahun.
Sakit sungguh hati seorang mak melihat anak lelaki kena tuding jari seolah semua kesalahan Zaki yang punca. Siap tulis rumah hasil tangan sendiri.
Sedangkan mama dah mula rapat dengan Zaki, mama dapat tahu zaki bayar rumah landed mereka sehingga last bayaran June 2020, sebab Zaki dah mula nampak dia takkan menang rumah tersebut.
Nak dekat 5 tahun Zaki yang bayarkan sebab sayangkan Nisa. Lepas pada tu ntah menonggeng untuk lelaki lain untuk bayarkan mungkin. Hanya 9 bulan tak bayar sehingga sah cerai.
Dah selesai bercerai barulah Zaki bertekad untuk mulakan hidup baru. Dah tak cakap dah Nisa itu tanggungjawabnnya, dah tak cakap lagi dah Nisa kekuatannya untuk kerja beli rumah untuk anak-anaknya (mereka tak pernah ada anak,
tapi Zaki terlalu bercita-cita untuk ada anak sendiri), dan yang paling penting dah tak berharapkan dadah untuk hilangkan sakit hatinya dalam dunia khayalan lagi dah.
2021 sampai 2022 tahun lepas Zaki ke pusat pemulihan setahun alhamdulillah dah bebas dadah sepenuhnya. 2023 Ecah pun nak kawin dah jugak… doakan lah saya semoga hidup semakin mudah dan tenang, lagi-lagi nak hadap hari tua.
Wahai wanita-wanita diluar sana. Janganlah bangga sangat dengan status single mom, kita tak tahu father-figure untuk anak itu penting sehinggalah anak sendiri yang memaparkan kekurangan tersebut pada perangai dan pegangan mereka.
Macam Zaki, dia anggap semua tanggungjawab lelaki berada pada bahunya jadi bila dah ada isteri, pada tanggapannya itu tanggungjawabnya. Nak jadi lelaki terbaik takkan tinggalkan isteri sebab sepanjang hidupnya melihat mamanya kehilangan suami.
Itulah luahan kehidupan saya sepanjang kahwin hingga kini anak pula nak kawin. Semoga tiada perempuan senasib saya sudah jatuh ditimpa tangga. Ingatlah Allah sentiasa.
Biar dunia tak ada apa-apa yang penting akhirat ada pahala kesabaran kita. Wallahu’alam..
– Bella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit