Aku ada satu cerita nak share pasal mak ayah dan seorang anak mereka, yakni abang aku. Satu2nya anak lelaki dalam keluarga kami.
Kami ada 5 orang adik beradik, abang anak kedua dan yang lain semua perempuan dan sudah berkahwin. Jarak umur abang dan kakak2 aku dekat, tapi start dari kakak aku yang no 3 ke 4 adalah 7 tahun, 4 ke 5 adalah 6 tahun.
Senang cerita jarak jauh jugak. So kiranya kakak sulung dan abang aku ni khwin awal dan masing2 menetap di bandar, balik pun setahun sekali time raya ja. Sebab dorang tak kerja bagus pun, tak ada spm.
Yang tinggal dekat rumah kakak no 3 dan no 4, dan aku yang kecil lagi. Bila kakak aku yang no 3 dan no 4 dah kahwin, tinggal aku ja dekat rumah menjalani hidup dengan mak ayah aku. Bila aku masuk Uni mak ayah tinggal berdua ja.
Okay habis bab perkenal adik beradik. Nak dijadikan cerita, apabila aku habis study, aku buat part time sebelum dapat kerja aku yang sebenar, aku balik duduk dengan mak ayah,
Barang dalam rumah semua aku tukar baru, aku beli mesin basuh, microwave baru, beli peti ais, aku pasang coway, semua titik peluh aku kerja aku beli brang2 dalam rumah mak ayah aku.
Aku yang ambil tugas bayar bil dan utilities semua. Mak ayah bukan orang senang. So aku tolong diorang untuk senangkan mak untuk buat kerja dekat rumah. Rileks2.
Long story short, aku berkahwin, dan aku stay dengan mak ayah lagi pada awal perkahwinan, dan time tu mak ayah tak bagi aku cari rumah sewa, diorang cakap duduk je dekat rumah ni bukan ada siapa dah.
Sampailah aku lahirkan anak pertama, time tu keluarga aku diuji dengan mak aku kena stroke dan lumpuh tak boleh berjalan. Aku yang dalam pantang terpaksa menjaga mak aku. Aku terpaksa angkat dia mandi dalam keadaan aku yang juga tidak sihat.
Masa yang terjadi ini adalah masa PKP kakak-kakak dan abang aku yang lain tidak dapat pulang untuk menjaga mak aku. Dalam masa PKP tersebut aku dapat kerja sebenar aku yakni menjadi guru di sebuah pulau.
Aku terpaksa meninggalkan mak aku dan mak aku dijaga oleh suamiku. Sehinggalah Mak dapat berjalan sedikit-sedikit menggunakan tongkat namun ayah pula jatuh sakit dan tidak mampu berjalan dengan baik ayah terpaksa menggunakan kerusi roda.
Walau bagaimana pun suamiku tetap menjaga kedua orang tua aku dengan sabar.
Sehinggalah pada satu ketika abang aku bercerai dengan isterinya dan membawa pulang dua anak lelakinya yang sudah remaja ke kampung.
Abang aku yang sudah lama tidak menjenguk mak aku dan aku tidak pernah memberi duit kepada mak dan ayah pulang ke rumah dengan keadaan menyesal kerana terlalu mengikut kata isterinya.
Semasa berkahwin abang aku memang pun jarang pulang ke rumah dan tidak menjengok mak ayah aku. Aku ingatkan dia telah menyesal sepenuhnya namun masalah lain pula yang timbul.
Suamiku yang beranggapan bahawa abang telah pulang dan dia perlu keluar dari rumah itu kerana tanggungjawab telah diambil alih oleh abang. Suamiku pun pulang ke rumah ibunya Yakni ibu mertua ku.
Pada awalnya keadaan biasa-biasa sahaja. Kehidupan biasa-biasa sahaja sehinggalah ayah aku mengadu pada aku yang abang aku tidak pernah membayar bil elektrik bil air dan tidak beli barang dapur.
Semua perlu ditanggung oleh ayah ku hasil duit yang aku dan kakak ku beri tiap-tiap bulan. Kehidupan ayah dan mak menjadi sempit dan serabut.
Tambahan pula anak-anak abang aku tidak mahu ke sekolah dan sering merempit menggunakan motosikal aku yang aku tinggalkan di rumah. Mereka menjadikan rumah tersebut hotel pergi pagi dan pulang lewat malam.
Ayah aku sudah penat untuk menasihati mereka. Tetapi mereka tidak juga Berubah. Abang aku tidak pernah menegur anak anaknya Hal ini membuatkan ayah dan mak Rasa serabut memikirkan hal anak cucu.
Kadang-kadang ayah menelefon ku dan memberitahu bahawa bil api sudah sampai surat amaran. Aku pernah menulis panjang lebar kepada abang aku supaya membayar bil2 yang mereka guna, namun mesej aku dibalas dengan perkataan “ok” sahaja.
Ayah berkata bahawa kedatangan mereka pulang ke rumah ke kampung sungguh membebankan untuk ayah kerana saya tidak bekerja dan mak pula sakit.
Ayah pula berkata ayah tidak kisah duduk dengan mak sahaja tanpa abang itu lebih menyenangkan daripada perlu memikirkan masalah abang dan anak anaknya yang tidak mahu ke sekolah dan tidak membantu sedikit pun di rumah.
Cuba bayangkan pinggan yang mereka makan juga tidak dibasuh oleh mereka, mak yang sedang sakit itulah yang perlu membasuh pinggan mereka.
Aku yang berada di perantauan tidak dapat berbuat apa-apa kerana aku juga duduk menyewa dengan kawan-kawan. Aku tidak dapat membawa mak ayah untuk keluar dari masalah tersebut.
Sekarang aku telah memohon untuk membeli rumah dan berhasrat untuk membawa mak ayah aku keluar dari rumah itu dan duduk di rumah yang baru tanpa abang dan anak anaknya.
Aku merasakan ini sangat penting untuk memberi pengajaran kepada abang ku Untuk lebih bertanggungjawab membayar segala bil-bil di kampung.
Doakan aku dapat beli rumah dan boleh membawa mak dan ayah keluar dari rumah di kampung ya.
P/s : Patutkah aku angkut segala benda yang aku dh beli dekat rumah di kampung bawa ke rumah baru atau biarkan sahaja?
Yang benar,
– Si bongsu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit