Bukan Semua Terlihat Pada Zahirnya

Hi korang.. Harini tak banyak pun aku nak share atau nak confess. Dan aku sendiri tak pasti kalau confession aku ni akan di keluarkan atau tak. Tapi, since ni adalah ruang confession, aku nak luahkan semuanya kat sini.

Aku Mushi, of course la bukan nama sebenar. Middle, 30 dan seorang yang berkerjaya jurutera seniyur.

And yes, dari luar memang orang akan nampak aku macam dah perfect, ada semuanya. Tapi tak, apa yang orang lihat, belum tentu itu yang nyata.

Aku cuma nak meluahkan, betapa susahnya hidup di zaman sekarang. Dan betapa sebenarnya, rakyat memang betul dalam kesusahan.

Gaji aku takde la besar mana, tak sampai 5 angka pun. Biasalah, Malaysia kan.. Engineer ni dipandang second rate profession je.

Unless kalau Berjaya masuk pet**nas atau company oil and gas yang seangkatannya. Tapi itulah, nak masuk tu kalau takde kabel besar peha, jangan harap la dapat masuk. Dan pointer aku pun takde la segah mana.

Aku cuma nak bercerita, pada satu tahap ni, aku dah tak tau nak buat apa.

Tapi satu benda yang buat aku bersyukur, bahawa sekurang kurangnya sestrugle mana pun aku, masih ada yang lagi susah. Dan aku berdoa supaya yang lebih susah ini diberikan rezeki yang melimpah ruah.

Komitmen aku banyak, rumah je dah dekat RM2.5K monthly, hampir separuh dari gaji aku. Ni semua sebab terpengaruh dengan pempengaruh bahawa rumah itu asset. Asset hotak hang la, asset.

Dengan OPR yang kerap naik. Aku agak setuju kalau nak dikatakan, sewa rumah itu adalah plan yang bagus.

Betul, sewa adalah jalan yang bagus, kalau bahagian yang lain kita mampu untuk bernafas, mampu untuk merasai hidup. Bukan bila masuk gaji je terus habis bayar komitmen.

Dan sekarang, apa yang aku nampak, kita ni tak kiralah seorang doktor atau jurutera atau guru atau apa profession sekalipun, kita ni memang kurang diberi pendedahan tentang duit. Ya, tentang duit.

Macam mana nak urus duit, pengurusan duit dan kewangan, realiti dan hakikat duit. Sebab kita memang tak di ajar sejak sekolah tentang duit. Dan bagi aku duit ni penting untuk diuruskan. Sebab kalau tersilap langkah, boleh merana.

Bukanlah aku nak meluahkan tentang untuk jadi mata duitan. Tapi, ini adalah relaiti. Aku dahulu adalah termasuk dalam golongan yang tak pernah kisah dan berkira tentang duit.

Bagi aku, aku suka bahagi bahagikan rezeki yang aku dapat dengan ahli keluarga aku yang lain. Tapi silapnya aku, aku tak pentingkan kira kira.

Tapi itu aku la, dan aku aku lihat itu adalah kekurangan aku. Ada juga orang yang terlalu berkira, hingga tidak mahu mengeluarkan apa apa.

Bukan lah aku nak mengatakan itu salah, tapi duit ni harus bergerak. Law of money ni memang duit tak suka untuk duduk setempat.

Entah lah, aku bukanlah pandai, dan aku masih belajar untuk menguruskan duit. Itupun selepas tergadah, tak samapi hujung bulan dah tak ada apa.

Entahlah, aku rasa selepas covid ni macam agak struggle, dengan tangga gaji yang macam tu je dan barang yang aku rasa laju dia naik harga, bagi aku memang agak terasa.

Ada satu tahap tu, aku sampai nak main tikam nombor la. Walaupun sebagai engineer aku tau, keberangkalian untuk menang tu sangat sangat tipis (1/9999), tapi itulah, dah terlalu terdesak sangat sampai fikiran pun tak waras.

Tapi aku tak salahkan pun orang yang main tikam nombor ni. Sebab aku tau, ada sebab diorang sampai ke tahap tu. Dan aku jadi pelik, pihak berkuasa bersunggguh sungguh nak tangkap orang melayu islam yang main nombor ni.

Bagi aku, pasti ada sebab kenapa mereka main. Sebab pihak berwajib sendiri gagal untuk tolong mereka. Bayangkan aku sendiri pun sesak sampai terfikir nak main nombor, apatah lagi mereka.

Kalau aku bercerita bab zakat, nanti ramai yang trigger. Tapi ni confession aku, lantak la korang nak trigger. Korang bayangkan ada satu majlis zakat dalam Malaysia ni yang kerani dia gaji dekat 7ribu lebih.

Korang rasa? Baik aku tak payah jadi engineer, baik aku jadi kerani. Benda ni pernah jadi issue dulu kan, kemana duit zakat tu pergi?

Aku bukan nak cakap aku baik, tapi benda ni reality. Orang takkan berjudi, atau pinjam ahlong, kalau bukan terdesak dan kalau pengurusan zakat kita betul2 baik.

Aku betul2 kagum dengan pengurusan pada zaman Umar Abdul Aziz, pada zaman dia memerintah, pertumbuhan ekonomi tu hingga tiada sesiapa yang layak menerima zakat.

And yes, I’m a history geek. Aku suka tentang sejarah, bukan hanya sejarah islam.

Dan aku nak tekankan, masalah masalah seperti perjudian apa semua tak akan jadi kalau pengurusan negara itu baik. Tak semestinya kalau negara islam itu, maka baiklah pengurusan negaranya.

Berapa ramai dalam sejarah telah membuktikan sebaliknya. Zaman uthmaniyah, berapa banyak kali perbendaharaan negara kosong dan negara terpaksa berhutang. Zaman abasiyah, berapa banyak korupsi berlaku.

Aku bukanlah baik, tapi aku tahu negara kita ni dah membarah dari segi nilai budaya tu sendiri. Aku pernah lihat, isteri orang buat part time layan orang lain untuk duit.

Dan ya, ada. Korang je naif. Bukan setakat isteri orang, wanita wanita lain, bersepah nak buat duit. Kadang2 bukan sebab diorang nak kaya pun, tapi terdesak.

Dan apa pihak institusi kita buat? Tangkap orang? Tanpa menyelesaikan apa rootcause sebenar orang tu jadi begitu? Aku rasa sangat something wrong.

Aku sendiri, semasa mula2 nak beli nombor, badan aku mengeletar teruk. Sebab aku bukanlah orang jahat, aku orang yang baik. Aku tak pandai beli nombor apa semua, tapi aku betul2 terdesak.

Dengan hutang ah long apa semua. Dan aku bukanlah orang yang tidak berpendidikan, tidak tahu cari duit. Tapi things does happen and I’m in this mess.

And last, aku still beli jugak nombor, walaupun tak menang. Sebab luck is not my forte. Tapi aku cuma nak cerita, yang keyakinan aku betul betul koyak jugak la.

Bukan aku nak merekrut Tuhan dalam benda yang aku buat, tapi sedikit sebanyak keyakinan aku goyah jugak.

Aku solat, mintak kat Dia baik2, tapi sampai terpaksa berjudi utk sort out this mess, kenapa Dia tengok sahaja? Tidak kah DIA lihat aku struggle?

Sekarang, baru aku betul2 faham, bila baginda Nabi ada kata, pelacur yang bagi minum anjing iu masuk syurga, sedangkan pahlawan yang berperang itu masuk neraka.

Sebab kita tak tahu, kebaikan apa yang dibuat yang Allah suka yang akhirnya Allah bagi syurga kat Dia. Mungkin kisah hidup dia sendiri yang akhirnya membuatkan dia terpaksa melakukan semua itu.

Apa yang dia buat itu salah, tapi untuk tentukan dia masuk syurga atau neraka itu bukan tugas kita.

Frankly speaking, aku pernah juga lihat seorang pelacur, yang tidak tinggal solat baca al quraan, tapi masih melakukan kegiatan itu. Aku tidak menyalahkan.

Apa yang dia buat tu salah, tapi kalau dia terpaksa buat sebab kelalaian pihak yang mempunyai kuasa terhadap kebajikan ibu tunggal, aku tak rasa salah tu dia yang tanggung seorang. Korang semua, community as a whole harus dipersalahkan.

Kenapa aku berkawan dengan pelacur? Tak, bukan berkawan. Let’s say, my line of works not just engineering, but I’ve done a lot of things.

I’ve know black and white of this world. Dan benda paling susah, untuk aku simpan semua aib yang aku tau. Macam baru2 ni, ada kes amang seksual seorang ustaz, aku tahu.

Bahkan kes ustaz yang korang agung agungkan dengan kebaikan tu pun aku tahu the dark side and the truth. Lebih awal dan kisah sebenar.

Even some of Royal case, politician case, I know. Let’s say I just know, with all the data not just speculation like netizen does.

Hmm. Asalnya aku luahkan confession je, betapa sukarnya nak jadi seorang yang baik dalam hidup zaman sekarang. Dan betapa susahnya nak hidup dengan kos yang meningkat.

Aku kalau fikir aku ni hamba dunia, dah lama dah aku buat benda bukan2 untuk jadi kaya.

Untuk scam orang dengan air liur, cari duit dengan cara yang haram macam ah long, untuk manipulate information yang aku ada. Tapi itulah, dunia kan sementara.

Oh, dan aku bukan gamble addicted. That’s the first and the last aku beli nombor. Cuma that feeling yang aku rasa, too guilty but in the same time, I need it, kind of conflicting with me.

Oh, dan cara pandang aku dengan dunia ni pun dah tak sama, tak sama macam orang biasa. Bagi aku, setiap orang ada buat salah, dan tak sepatutnya salah kita tu di judge seumur hidup kita.

Sebelum ni, kalau dengar info pasal ustaz dan hafiz hafizah buat salah tu selalu buat aku down, tapi sekarang dah tak lagi.

Aku pernah tengok, orang yang berjudi, tapi sangat sayang dengan family. Dan aku pernah lihat jugak, orang berpurdah, henpon tak lekang dengan hadis, tetapi sebenarnya sugar baby.

Sekarang, aku cuma nak susun balik hidup aku, kewangan aku. Benda tu memang susah, aku dah try hampir setahun untuk susun semuanya balik. Tapi masih tak berjaya. Dan aku pun tak tau sampai bila aku boleh stay true dengan diri aku sendiri.

Stay true dengan principal aku sendiri yang dah hampir koyak rabak. Aku cuma.. nak jadi orang yang berprinsip.

Walaupun aku ni bukan ustaz atau ustazah yang ada banyak ilmu agama, dan orang tak pandang pun orang macam aku, tapi.. aku tak nak orang putus asa dengan agama, dengan Tuhan.

Ya, orang yang handle urusan Tuhan ni memang kena banyak di perbaiki. Tapi bukan agama tu sendiri.

So what kalau ko bukan orang agama, tapi kau lebih beragama dari mereka? Esok lusa, kita semua akan mati, tinggalkan tubuh kita. Apa yang kita nak berbangga dengan apa yang kita ada?

Aku cuma harap, korang doakan lah aku. Aku tak seperti Qarun, yang ada nabi Musa yang boleh doakan Qarun untuk jadi kaya. Dan aku bukanlah orang yang diterima doanya.

Mungkin, doa korang yang baik2, mustajab untuk aku. Korang doakanlah yang baik baik ya. Semoga doa kalian kembali juga pada kalian.

Dan aku doakan semua yang baca conffesion aku diberikan kelapangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

Aku tau, confession aku agak berterabur. Tapi I need to let this steam of.

Terima kasih kerana sudi baca confession aku. Signing off, Mush mush..

– Mushi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *