Tersepit: Family & Su4mi

Salam semua, aku rasa disini laa tempat aku boleh meluah tanpa sesiapa pon tahu identiti aku, aku tak nak bercerita dengan orang luar / sesiapa apa yang aku hadap.

Aku tak pandai menulis sangat lagi lagi nak bercerita dalam tulisan, jadi maafkan aku, aku cuma nak meluah.

Aku berumur 29 tahun tahun ni. Alhamdulillah dah berkahwin, tempoh perkahwinan aku dah 2 tahun lebih, masih awal dalam alam perkahwinan. Masih sedang belajar tanggungjawab masing2.

Aku ada 3 orang adik beradik, aku yang kedua. Kakak sulong aku berusia 30 tahun (masih bujang) dan adik bongsu aku lelaki berusia 23tahun (masih bujang) .

Semasa aku bujang aku tinggal bersama mak & adik aku (mak aku ibu tunggal), yes aku ada bagi duit belanja, bayarkan bil, duit sewa rumah & kadang ade laa beli sikit barang rumah topup2.

Lepas aku bernikah, aku ikot suami aku, aku dah tak tinggal lagi bersama mak aku. Agak jauh berlainan negeri.

Lepas je aku selamat nikah, mak aku cakap dah tak perlu bagi duit belanja apa apa fokus je pd rumah tangga aku, sebab mak aku faham macam mana pasangan yang baru bertapak dalam alam rumah tangga.

Awal aku berkahwin, aku tak bekerja, lepas beberapa bulan baru aku bekerja, sepanjang aku tak bekerja memang aku tak bagi duit belanja pada mak aku,

Lepas aku dapat kerja setiap bulan memang aku ade masukkan duit bulanan dalam akaun mak aku, tak banyak tapi ade lah sikit aku akan kongsi rezeki.

Mula aku okay je tak berapa perasan sikap adik beradik aku. Lagi bapa bulan aku nak nikah, akak aku minta aku bincang dengan bakal suami aku (sekarang suami aku) untuk kami pjj, macam aku ckap suami aku & aku berlainan negeri.

Alasan akak aku supaya aku boleh stay dengan mak & adik aku, tolong bayar rumah sewa & bagi belanja (rumah sewa aku & akak aku share bayar berdua), untuk pengetahuan akak aku tak tinggal bersama kami, dia kerja jauh.

Lepas mak aku tahu idea dia, terus mak aku marah dia & tak izinkan aku ikot idea dia, mak aku suruh aku ikot suami aku. Lepas je nikah aku pindah ikot suami (suami aku memang dah siap carik rumah sewa untuk kami hidup berdua lepas nikah).

Lepas kahwin, aku macam psangan lain juga jalani hidup suami isteri. Beli barang keperluan sikit, kadang makan luar berdua, dating tgok wayang & macam2 lagi.

Isu timbul, bila apa saja barang suami aku beli & mana kiteorang pergi makan ke apa, sampai ke pengetahuan adik beradik aku.

Macam mana dorang boleh tahu? Sebab silap dari aku & suami, aku jenis anak manja dengan mak aku, aku akan tiap hari call mak aku & bercerita apa aktiviti aku,

& mungkin mulut mak aku share dengan adik beradik aku hidup aku macam mana sebab aku jauh dari family, mak aku pernah cakap yang dia bahagia tengok aku bahagia, bila dia tengok suami aku jaga aku baik.

Mak aku berat hati nk lepaskan aku lagi2 jauh dari dia, tapi dia syukur aku dapat suami yang jaga aku sngat baik.

Masa mak aku cakap ni, dia nangis, sekarang aku tengah taip pun aku menangis.

Sejak aku tahu dorang tak berapa suka aku bahagia, aku langsung dah tak bercerita dengan mak aku, aku banyak berselindung & aku memang jenis tak update apa apa kat medsos.

Sejak tu, kedua adik beradik aku jadi lain, adik beradik aku yang sangat rapat dengan aku jadi lain. Aku start dengan akak aku, dia jumpa berdua dengan aku, dia mula suruh aku bagi duit belanja pada mak aku,

Aku inform memang setiap bulan tak miss aku transfer duit, terus dia gunakan ayat gini, “oh dah kahwin dah bahagia dengan laki, lupa keluarga, beli barang rumah macam2, boleh lak, bagi duit ke mak tak boleh banyak”.

Kami suami isteri beli barang rumah bukan banyak satu dua je, tu pon bende murah2 time promo.

Aku akan bagi duit ke mak aku ikot kemampuan aku RM100-300 tengok keadaaan, setiap kali aku transfer aku akan call mak aku, mak aku akan tanya “ade duit tak ni, kalau takde takyah bagi, mak ade duit”

Lepas akak aku cakap macam tu, aku terus balik & menangis sorang2.

Lepas kejadian ni, dia ade update status cakap macam2, mak aku tahu, mak aku call dia marah dia, end up dia minta maaf kat aku, dia cume cakap dia tak tahu apa yang aku rasa dalam alam rumah tangga sebab dia belum rasa.

Sejak tu, memang akak aku dah okay dengan aku.

Kes kedua adik lelaki aku pula, adik aku 23 tahun, tak bekerja tetap, kerja kedai makan. Dia ade kekasih, di mana dia akan sanggup maki hamun akak akak dia demi pertahankan kekasih dia.

Aku pernah cuba nasihat dia, dia anak lelaki sesama bantu bagi duit belanja kat rumah, tapi yang aku dapat dia maki hamun aku setengah gila,

Dia memang tak bagi duit belanja dari zaman aku bujang sampai laa aku dah kahwin even sampai sekarang, duit gaji dia mostly dia habiskan pada awek dia (mak aku yang cerita).

Mak aku takde terima sebarang pencen ke apa ya. Ayat2 dia aku memang takkan lupa seumur hidup aku, ayat dia seakan akak aku, cuma dia ade tambah yang lagi menyakitkan hati aku.

Selama ni suami aku memang tak tahu, aku tak bercerita. Ayat yang selalu aku dpat, anak tak kenang budi, lupa keluarga, dah bahagia lupa keluarga.

Adik aku kan tak berkerja tetap, masa awal perkahwinan aku, dia kerap whattsp aku kadang malam, minta aku transfer duit ke dia, alasan dia motor rosak, minyak habis laa macam2,

Aku memang akan transfer ke dia sebab dia akan guna ayat “mak sorang kat rumah”, aku memang tak boleh dengar ayat tu, lagi2 pasal mak.

Sampai suami aku perasan & suami aku persoalkan kerap sgt motor dia rosak ye.

Aku tak terpikir apa pun, sampai masa aku balik kampung, aku cuma tanya mak aku, motor dia dah okay ke, kalau banyak sangat rosak, beli je baru,

Mak aku pelik, mak aku tanya bila motor dia rosak, sebab dah lama dah tak rosak, aku cerita laa dia selalu call / whatsapp malam2 minta duit motor rosak.

Mak aku mengucap panjang sebab selama yang aku cerita tu, sebenarnya dia ade je kat rumah dalam bilik tengah on call dengan awek dia, Kat sini kantoilah dia tipu aku.

Oh ya, dulu setiap kali aku gaji, aku ade juga transfer bagi duit belanja kat dia. Sejak tu, aku tak cakap banyak pon, aku tak marah dia, aku diamkan diri & aku tak bagi dia lagi dah.

Duit hadiah birthday awek dia yang sekarang pun dia suruh aku bayarkan ye, tapi segala kebaikan aku hanya dapat balasan makian.

Dulu aku akan balik rumah mak aku setiap bulan, setiap kali aku balik, memang aku beli makanan / belanja makan macam2.

Kalau aku tak balik pon, setiap minggu memang aku ade order online / transfer duit ke dia untuk belikan makan untuk mak & dia.

Tapi duit tu, dia tak belikan makan pon, semua mak aku cite balik. Sejak tu, memang aku lgsg tak transfer duit dah. Aku tgu balik kampung baru aku belanja makan. Aku pun dah jarang balik kampung, 2 bulan sekali baru aku balik.

Semua bende jadi ni suami aku masih tak tahu, sampailah satu hari isu jadi tibe2 dia maki tanpa bagi salam dalam whatsapp group family yang buat aku terasa hati sampai harini,

Setiap ayat dia segar dalam ingatan aku, atas sebab aku tak balik kampung, memang aku plan dengan mak & suami aku nak balik sabtu hujung minggu tu,

Hari dia maki aku dalam khamis atau rabu aku tak ingat. Dia memang maki aku macam2, ayat macam biase anak tak kenang budi, belajar pandai tapi bagi duit belanja sikit ke mak, ade laki lupa mak, takut laki sebab taknak balik kg, macam2 lagi.

Aku tak reply pape, aku terus left group tu. Kakak aku whatsapp tanya kenapa, aku reply cerita semua, mula aku pikir dia nak tenangkan aku, tapi tidak ye, dia sama naik cakap aku macam2, masih ayat aku lupa family.

Masa tu aku tengah drive, aku menangis setengah gila, aku sampai stop tepi jalan untuk tenangkan diri aku sebab aku dah pikir ke lain, pikir nak excident, mati, bagi puas hati dorang.

Aku call suami aku cerita semuanya sambil nangis macam orang gila, baru la suami aku tahu selama ni aku simpan sorang, suami aku keep calling aku untuk make sure aku selamat sampai rumah.

Suami aku ws adik aku cuma tanya kenapa jadi sampai macam ni, and laki aku sekali kene sound dari dia. Ayat dia dh bahagia lupa keluarga, takyah balik dah rumah mak, mak mati baru balik.

Pendekkan cerita, mak aku pujuk aku berbaik dengan dorang setelah berbulan tak berbaik, aku hanya pikirkan mak aku, aku berbaik dengan dorang berdua,

Aku balik raya last year bermaafan & bagi dorang berdua duit raya. Bagi duit untuk belikan baju / kasut raya mak aku, bagi duit beli kuih raya, belanja makan macam2.

Terbaru raya tahun ni, aku masih bagi duit untuk tambah beli kuih raya pada mak aku, bagi adik aku duit sebab dia tak bekerja sepanjang bulan Ramadan (kedai makan breakfast & lunch). aku tak berkira sebab aku ade dorang je family aku.

Oh ye, aku pon dah masuk semula dlm group whatsapp family tu. Beberapa hari lepas, memang dia tengah ade isu dengan awek dia, & whatsapp aku personal, aku cume cakap aku malas nak masuk campur hal percintaan dia & ade aku nasihat sikit.

Aku pikir dia okay, tapi rupanya tak. Hari kejadian dia terus sound aku dalam group whatsapp marah2 cakap aku macam2. Aku hanya bagi nasihat sebagai kakak dia, dia cakap ke aku tak layak bagi nasihat ke dia sebab aku pun banyak je buat silap,

Yes aku mengaku aku ade buat silap tapi salah ke aku bagi nasihat supaya dia dapat prevent diri dia dari buat silap macam aku, dia cakap juga dia tak anggap aku kakak dia dah. Aku ambil keputusan untuk left group tu sekali lagi & block adik aku. Block semua tempat.

Aku pernah soal dorang berdua, perlu ke aku bercerai dengan suami aku untuk kepuasan dorang berdua. Sebab asyik aku dilabel anak tak kenang budi, anak lupa keluarga & macam macam lagi lepas berkahwin. Setakat ini, mak aku takde apa apa, dorang je yang berlebih.

Sekarang ni, aku ambil keputusan untuk diamkan diri, aku block dia, aku taknak tahu apa apa, tak nak baca apa apa yang dia update. Aku & akak aku masih okay, dia dah berubah sejak raya last year kami bermaafan.

Oh ye korang, aku belum ade rezeki pregnant lagi, adik aku pon pernah doakan aku tak mengandung masa dia mengamuk marah aku macam2.

Bende ni semua berlaku bila aku berkahiwn & dia kenal dengan awek dia yang sekarang, yang aku tahu dari cerita mak aku, awek dia nak dia berkereta tapi dia takde.

Setiap kali aku / akak aku balik kampung dia akan berusaha nak guna kereta kami untuk dating,

Memang kami tak benarkan sebab dia belum mahir drive takut jadi apa apa. sebab tu sekarang mudah dia maki aku / akak aku macam2 untuk pertahankan awek dia, bila kiteorang komen macam2.

Aku tersepit antara family aku & suami aku. Suami aku baik, sangat baik, family dia pun sangat baik. Suami aku cuma cakap diamkan diri je biar je apa dia nak cakap.

Aku sayangkan family & suami aku. Suami pun pernah cakap dia takkan lepaskan aku sebab mulut dari adik beradik aku. Mak aku kalau tahu kes gini, dia hanya akan nangis suruh aku lupakan, sebab dia tahu hati aku jenis lembut.

Aku selalu cerita dengan Allah apa perlu aku buat? Adakah aku patut bercerai & kembali ke rumah mak aku? Adakah satu kesalahan besar aku berkahwin? Keputusan yang aku buat untuk berkahwin ni adalah keputusan yang salah?

Aku bersalah ke?

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *