Cara Tegur Ay4h

Tak tahu silapnya dimana. Saya anak tunggal. Golongan bifoti je awak. Tapi disebabkan anak tunggal kurang sikit la rasa bifoti nye tu.

Parents tak terlalu manjakan saya tapi apa yang saya nak pasti mereka akan usahakan.

Saya telah berkahwin. Suami saya kerja biasa sahaja makan gaji. Saya pun bekerja juga tetapi gaji dan jawatan saya lebih tinggi dari suami.

Saya mempunyai seorang anak. Anak saya dijaga oleh mertua kerana rumah saya dan tempat kerja dekat dengan mertua.

Sebelum tu saya beritahu awal ye rumah yang saya tinggal pemberian parents saya. Kereta yang saya guna pemberian ibu saya (sambung bayar dalam dua tahun).

Ayah juga ada memberi sebuah motosikal. Ibu ada memberikan beberapa barang kemas milik nye.

Permulaan semua baik. Semua kacau bilau apabila saya berhenti kerja.

Saya mengambil keputusan itu atas persetujuan suami kerana kerja saya yang terlalu overload serta beberapa masalah berkaitan waktu bekerja yang memaksa saya overtime.

Sekarang suami sahaja bekerja. Suami menanggung semua perbelanjaan termasuk hutang kereta saya. Suami saya sangat rajin dia buat jugak kerja part time.

Alhamdulillah, saya bersyukur seadanya walaupun ada beberapa perkara saya cut seperti make up, barang branded, shopping.

Saya lakukan ikhlas untuk meringankan beban suami dan berusaha menjadi isteri yang terbaik.

Ayah saya pula berfikir hidup saya terlalu susah. Mungkin kerana lifestyle saya sudah berubah. Dia mula menegur gaya saya. Ibu bertanya kenapa tak pakai barang kemas.

Kebiasaannya memang tangan saya penuh barang kemas. Saya lebih suka tidak memakai lagi kerana tidak mahu riak.

Budaya keluarga suami lebih humble pada hal mereka lebih berharta boleh dikatakan T20. Jadi, saya terdidik oleh suami menjadi seorang yang rendah diri.

Tapi ketika PKP suami saya dibuang kerja. Kami pula baru berkahwin dan mempunyai seorang anak tiada simpanan yang mencukupi.

Jadi saya bagi suami gadaikan segala emas yang ada untuk menampung perbelanjaan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lain.

Hidup kami agak susah sekarang. Dulu kami senang selalu pergi bawa parents makan luar dan jalan. Segala hari istimewa kami sambut sambil buat kejutan.

Tapi sekarang kami betul-betul berhati-hati menggunakan duit. Mengambil iktibar semasa PKP kerana tiada simpanan.

Ayah saya selalu perli suami contoh kami bermalam di rumah parents saya ayah pula perli suami kerana tidak membelikan apa-apa. Kerana kami memang tiada duit ketika itu.

Kerap bertanya kenapa tak pakai barang kemas. Duit kereta bayaran bulanan kerap tertangguh.

Suami saya terasa. Dia mengatakan parents saya toksik dan minta kurangkan berkunjung ke rumah ayah saya.

Macam mana cara nak tegur ayah supaya tak perli suami. Nasihat please..

– Dinda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *