Kisah Viral Doktor Fake

Hi semua, pasti ada yang mengetahui tentang kisah seorang doktor yang dikatakan menipu karakter dengan kisah2 kehidupan beliau di FB.

Profile itu telahkan disahkan “fake” oleh rakan2 sosial media dan kerana isu ini saya terpanggil untuk share sikit mengenai pengalaman saya sendiri yang pernah menjadi figura “fake” dahulu.

Sebenarnya, tak semua yang menipu identiti itu adalah jahat, sometimes, dia memang betul dalam profession tersebut, kisahnya betul hanya dia memakai nama, character dan gambar profile “fake”.

Saya ingin kongsikan mengenai pengalaman saya sendiri..

Saya seorang akauntan bertauliah. Kehidupan saya penuh dengan pengalaman toksik dari keluarga sehinggalah saya mengalami masalah mental. Suka bercakap sorang2 dan ada lebih dari satu pesonaliti.

Diluar saya seorang pendiam, tiada kawan. Tetapi saya aktif di social media. Saya seorang introvert dan penakut. Trauma yang saya hadapi menyebabkan saya tidak suka tonjolkan siapa diri saya sebenar.

Kerana ingin berkongsikan kisah hidup saya sebagai pengajaran dan juga teringin nak ada kawan, saya create profile palsu, menggunakan gambar fake. Yang betulnya hanya career dan cerita saya.

Saya banyak share mengenai aura positif, banyak membantu sahabat2 online yang sama senasib dengan saya.

Walaupun menggunakan nama lain, saya berjaya membantu ramai orang untuk bangkit dari hidup. Lama saya jadi pesonaliti kedua itu.

Sehingga saya tidak sabar untuk habiskan kerja di office, rushing balik rumah kerana saya ingin menjadi figura yang saya ciptakan itu,

Ini sebenarnya adalah salah satu penyakit mental yang ramai tidak sedar, selalunya seseorang yang introvert tp ingin berkawan, dia akan lakukan perkara yang sama.

Saya tidak ingin menyentuh, membela atau menuduh “doktor” tersebut, betulkah cerita yang dia luahkan itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Yang saya ingin sentuhkan, melalui pengalaman saya sendiri, sekiranya figura itu tidak mengambil kesempatan, menipu duit, atau merosakkan orang lain, pasti ciri2 manusia tersebut adalah seperti saya.

Saya pernah luahkan hal ini kepada seorang ustazah, ustazah tersebut menegur saya dengan begitu mendalam. Beliau mengatakan kita tidak boleh menghalalkan sesuatu yang salah.

Memang betul, kita ingin kongsikan cerita, nasihat atau panduan untuk menolong orang lain. Tetapi dengan mengambil gambar orang lain dan pretend itu adalah kita, tindakan ini adalah salah.

Selepas itu, saya terus bertaubat, dan membuang segala gambar fake itu dan menggantikan dengan watak kartun atau bunga. Saya harap “doktor” tersebut membaca confession saya ini kerana saya pernah nampak komen dia di sini.

Kepada encik tersebut, saya faham keadaan encik kerana saya pun menghadapi perkara yang sama. Dari kata2 encik, saya tahu encik seorang yang berpelajaran tinggi. Ayat pun lemah lembut dan banyak menjadi panduan kepada orang lain.

Betul atau tidak betul itu hanya encik sahaja yang tahu. Biarlah orang kata kita pakai gambar kartun, tapi biarlah kita menjadi diri kita sendiri dari cuba untuk keluar dari tabiat menjadi “seorang” yang bukannya diri kita.

Kepada sahabat semua, dunia ini macam2 bentuk kehidupan. Kehidupan kita tidak sama dengan kehidupan orang lain. Kita tidak tahu apa yang dia hadapi.

Seperti jugak saya, menggunakan platform ini untuk meluahkan segalanya. Saya masih sendiri walaupun sudah berusia 40 tahun. Dan selesa begini.

Ini kerana faktor masalah mental ini banyak sangat cabangnya. Antaranya adalah seperti yang saya share disini.

Masalah introvert dan dua identiti didalam diri. Jika ada yang mengalami masalah yang sama, saya doakan semoga kalian tabah menghadapi dugaan hidup.

Kita masih tidak diuji seperti ini, janganlah kita bercakap besar seperti kehidupan kita akan perfect selama-lamanya. Jangan terlalu bash orang selagi kita tidak tahu masalah seseorang itu.

Be kind, dan sentiasa ada dengan orang yang baik, berjasa dengan kita. Dunia ini dah semakin tua, cara “investment dosa” juga sudah berubah. Hanya sekadar jari jemari pun boleh menempah tiket ke neraka.

Saya doakan semoga kita semua dilindungi Allah swt. Doakan saya kuat.

Dan jugak kepada “doktor” tersebut, apa yang telah encik hadapi ini jadikan sebagai pengajaran. Dunia IT skang amat mudah dikesan. Jadilah diri sendiri itu lebih baik.

Salam sayang,

– Hanan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *