Salam semua. Ini adalah pertama kali saya menulis di sini. Tujuan saya untuk meluah.
Saya Pupus, berumur 40-an. Sedang mengalami mental yang agak koyak.
Pernah bekerja sebagai jurutera. Tapi sebab mental teruk sangat, sekarang ambil cuti sementara.
Mempunyai childhood trauma. Di besarkan oleh ibu yang narcissistic (unprofessionally diagnosed). Tapi kehidupan masa kecil sangat menyedihkan.
Secara amnya Ibu melihat diri saya sebagai extension dari dirinya dan mengawal saya dari semua segi, sehingga saya hilang kepercayaan pada diri sendiri.
Pengaruh ibu sangat kuat dalam memutuskan kerjaya, serta pilihan pasangan hidup.
Di universiti, cinta pertama saya ditentang Ibu. 6 tahun bercinta, disebabkan tekanan dari Ibu, akhirnya kami putus.
Saya agak bersedih dan trauma juga sebab ex saya tu curang. Tapi itu cerita lama.
Tak lama kemudian jumpa bakal suami. Mula-mula kenal sebagai kawan. Tapi, lama-lama saya jatuh hati.
Sepanjang kenal tu, saya dapat rasakan yang saya bertepuk sebelah tangan. Banyak kali dia lukakan hati saya. Tapi ramai orang keliling pujuk dan kate dia seorang yang baik.
Saya tak nakla cerita terperinci. Tapi 7 tahun kami couple. Saya hampir ingat saya tak kawin dengan dia. Tahun ke 7 tu, kakak saya nak kawin buat kali kedua.
Jadi Ibu ayah mula beri tekanan pada saya, untuk buat majlis bersama dengan kakak. Umur masa tu pon dah 30 lebih.
Suami masa tu boyfriend masih tak boleh beri persetujuan untuk kawin. Ayah pula meradang dan bagi ultimatum. Terus dia bersetuju.
Saya terpinga-pinga dan hampa, sebab takde seorang pun tanya pendapat saya.
Selama 7 tahun saya ajak kawin, dia tak nak bincang abaikan saya. Bila ayah gertak baru setuju. Saya rasa macam dia kawin sebab takde perempuan lain dan terus setuju aje sebab tersepit ke?
Ntahlah… Sebulan sebelum nikah saya nak putus, tapi ibu cakap kad dah edar.
Saya pasrah. Ibu pon berkenan sangat kat dia. Jodoh dah tiba, tapi saya masuk dalam perkahwinan tu dengan hati yang tawar.
Dah kawin, saya cuba usaha untuk menjayakan perkahwinan ni. Tapi saya dapat rasa effort dia cuma ala kadar. Contoh, saya kena warded nak beranak.
Waktu melawat, suami datang 30 minit saja, walhal suami orang lain dari awal sampai habis waktu melawat sampai polis bantuan kena halau baru balik.
Dah lebih 10 tahun nikah, nafkah tahun ni baru dia bagi sebab saya tak keja. Itupun lepas saya cakap nak tuntut guna peguam di pejabat agama.
Saya mula sedar yang saya seorang yang bersungguh nak pupuk dan bahagiakan rumahtangga. Tapi, dia masih ala kadar. Only doing the bare minimum. Pillow talk, cuddle, emotional intimacy langsung takde.
Saya kerja dapat gaji lebih tinggi dari dia, dia complaint. Banyak lagi kehampaan yang saya hadap dalam perkahwinan ni. Dan setiap kali hampa tu tak pernah dia pujuk. Saya pujuk diri sendiri.
Kemuncaknya adalah tahun lepas, semasa PKP. Kami work from home. Setahun dirumah bersama, hubungan intim sekali aje. Saya cakap.. “bila awak nak manjakan saya?”
Tiba-tiba dia terus bersuara tinggi ungkit ex saya yang dah berbelas tahun saya tak berhubung tu. Dia cakap “kenapa awak nak sangat manja-manja ni? Sebab ex awak manjakan awak dulu ke!?”
Ntah la jauhnya rasa hati. Memang terasa betul selama ni cinta bertepuk sebelah tangan. Ni dah setahun berlalu lepas dia cakap tu, tapi ntahla.
Kali ni hati retak seribu, harapan yang dia akan balas cinta saya balik tu mati kat situ, haritu jugak.
Sejak haritu, saya tak sama dah. Memang mula mendalami jiwa sendiri. Selama ni saya letak orang lain dahulu (ibu, suami, anak, adik beradik, kerja lain-lain), saya yang terakhir.
Macam-macam emosi saya lalui. Marah, menyesal tak percaya dengan judgement sendiri. Marah sebab tak tegas tanak teruskan kawin.
Tapi jodoh dah tertulis. Kena terima kenyataan. Setahun gak mental koyak. Masih koyak. Baru nak belajar trust dengan judgement sendiri.
Minggu depan sessi pertama dengan pakar. Harap beliau dapat membantu saya mengorak langkah untuk berpisah. Korang semua doakan saya boleh lepaskan suami saya ye?
Teringat dulu, masa kena curang dengan ex tu, saya kata, curang tu paling perit orang boleh buat kat orang lain.
Tapi saya salah. Lebih sakit bila kita kawin dengan orang yang tak sayang kite. Unrequited love. Cinta tak boleh dipaksa.
Berbelas tahun tunggu dia ungkap kate “I love you.” : saya rasa tak sampai 10 kali dia cakap.
Saya pun banyak silap. Saya tak reti nak luahkan apa saya nak agaknya, tak sampai ke hati dia nak tunaikan. Selalu marah-marah dah sejak setahun dua ni.
Dan jujur saya tak tau macam mana nak pulih kan perkahwinan ni. Saya rasa toxic sangat. Nak pulihkan diri sendiri pon tak tau..
Moga saya temui kebahagiaan sendiri dan mental sihat kembali. Jauh lagi perjalanan nak pulih ni.
Korang doakan saya ye?
Untuk suami, secebis hati saya awak pegang selamanya.
– Pupus (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit