Hai. Nama aku Mimi (bukan nama sebenar). Kisah ini adalah kisah tentang diri aku yang selalu di shaming sejak zaman sekolah menengah lagi.
Perit sebenarnya untuk aku ceritakan dan menaip cerita ni. Tapi sebagai pembakar semangat untuk orang yang nak kurus, akan aku kongsikan.
Aku ni seorang yang berbadan agak “chubby” dan rendah orangnya. Bermula pada akhir tahun 2018 sewaktu aku berumur 15 tahun, ketika itu cuti sekolah bermula dan aku akan berpindah ke sekolah baharu.
Sementara cuti sekolah tu, aku ni boleh dikira kan asyik makan tido makan tido sahaja, macam takde kerja lain, sejak dari itu berat badan aku mula naik mendadak lebih dari biasa.
Bermula sahaja aku di tingkatan 4, aku ingat lagi sewaktu hari pertama aku masuk ke asrama, ada seorang perempuan ni dengan kuatnya berbisik pada kawannya,
“kau rasa aku atau dia lebih gemuk?” dan mereka tertawa tetapi aku tidak mendengar la apa kawan dia cakap. Aku endahkan sahaja.
Tapi Alhamdulillah aku tetap mempunyai ramai kawan kerana sifatku yang agak ramah dan boleh dikatakan “kelakar”.
8 bulan berlalu, dan ada seorang lelaki telah jatuh cinta dengan aku! Apa yang lebih mengejutkan, lelaki tu boleh tahan famous dan diminati ramai gadis di sekolah itu.
Pada awalnya, lelaki itu dm instagram aku dengan ucapan “assalammualaikum, kalau nak kenal dengan awak boleh tak?”.
Pada mulanya aku tidak hiraukan mesej tersebut. Lama jugak aku biarkan mesej tersebut, dalam anggaran 2 minggu dan selama 2 minggu tu adalah dalam 2 3 kali dia memberi salam lagi.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tiba² lelaki itu kerap datang ke kelas aku dan berbual dengan rakan sekelasku. Aku memang tidak hiraukan kerana aku ni memang jenis sukar untuk jatuh cinta dengan lelaki.
Dan pada keesokan harinya, rakan sekelas ku dan dia memang rapat dengan aku dan lelaki tersebut, merayu dekat aku supaya balas mesej lelaki tersebut. Lebih kurang 3 hari macamtu dia merayu dan akhirnya aku pun balas mesej tersebut.
Kami pun chat² dan akhirnya bergelar teman tapi mesra. Sewaktu itu, kawan² aku perasan yang badanku makin susut dan muka aku makin glowing.
Maklumlah, dengan orang yang tepat kan? Pastilah kelihatan sentiasa cantik dan terurus. Mandi tak basah, makan tak kenyang.
Dan pada akhir tahun tersebut, kami lost contact atas sebab berlaku perselisihan faham. Aku sedih yang teramat sehingga aku tidak terurus tambahan pula kalau aku stress, aku kerap makan.
Berat badanku mulai naik mendadak semula dan jerawat dia mukaku sudah makin tumbuh banyak. Aku tak kisah waktu tu kerana aku dah malas nak jaga penampilan diri sebab takde siapa pun nak tengok kat sekolah tu!! Bak kata aku la.
Naik sahaja tingkatan 5, cikgu sering sindir aku, badan gemuk la, muka berjerawat la. Aku hanya tergelak tatkala semua rakan sekelas aku gelakkan aku walau dalam hati hanya Allah je tahu betapa remuknya hati ni.
Setelah sahaja tamat SPM, aku duduk di rumah tak buat apa, kerja pun tak, hanya duduk rumah goyang kaki. Apa lagi? Makin bambam la muka dan badanku ni.
Aku tak kisah waktu tu sebab aku hanya fikir senang lenang. Sehingga lah ada peristiwa yang membuatkan aku tekad ingin kurus.
Kisahnya bermula ketika aku berada di kampus belajar, aku ni ada “group”. Dalam group tu boleh dikatakan aku sorang je yang berbadan agak “chubby” (gemuk).
Mereka baik dan kelakar tapi ada satu benda yang aku perasan. Dalam gurau senda kami, gelak tawa kami, mereka ada selitkan gurauan berkaitan fizikal aku iaitu badan aku. Contohnya “besar macam lori” “eh ada gajah lah”.
Pada mulanya aku tak hiraukan sebab yelah, kawan kan? Tetapi lama kelamaan aku mulai rasa sentap. Buruk sangat ke aku ni?
Waktu ni aku rasa aku lah perempuan paling cantik sekali (kononnya) sebab yelah bermakeup bagai. Dan paling membuatkan aku sentap ada suatu ketika tu, kawan baik aku sendiri cakap “kau tu dah lah besar”.
Aku terkedu, taktahu nak cakap apa. Aku dengan marahnya terus menyembur air dari mulutku ke muka dia. Dia? Dia terkejut lalu ke tandas dan cuci muka.
Sejak dari tu, hubungan kami renggang tapi sering bertegur sapa cuma tak serapat dulu. Aku? Aku nangis dan mula sedar, gemuk sangat ke aku ni? Dan aku sedar, ye aku memang gemuk.
Mulai hari itu, aku hanya makan sehari sekali, petangnya aku jalan² satu kampus untuk bakar lemak dan stop makan atau minum benda manis.
Tibalah suatu hari, aku jatuh sakit. Aku pun disuruh timbang berat di klinik. Alangkah terkejutnya berat aku 55kg. Selama ni 65kg! Aku rasa tak percaya. Yelah, diri sendiri mana nak nampak perubahan ni.
Ramai tegur badan aku makin kurus sejak dua menjak ni. Aku rahsiakan dari mereka yang aku berdiet kerana aku malu. Tetapi hanya keluarga aku sahaja yang tahu.
Alhamdulillah, sekarang berat aku 55kg, kalau naik pun setakat 2kg dan akan turun 55kg balik. Aku bersyukur sangat sekarang, aku boleh pakai balik baju kurung aku sewaktu tingkatan 3 dan 4. Alhamdulillah.
– Mimi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit