Cikgu Prasekolah Yang Garang

Ini kisah anak aku yang takut ke sekolah disebabkan cikgunya yang garang.

Sebelum anak aku masuk ke pra sekolah ni, dia sangat excited. Teruja untuk ke sekolah seperti kakaknya. Happy dengan beg baru dan sebagainya..

Kakak juga menjadi salah satu faktor anak aku ni tak sabar ke sekolah. Kakak selalu bercerita yang cikgunya best dan dia sangat sayang cikgu prasekolahnya. Hinggakan masa nak naik ke darjah 1, dia menangis teruk nak jumpa cikgu..

Kau boleh agak macam mana cikgu punya impak. Bukan setakat dia tapi semua kawan-kawannya sayang dengan cikgu.

Namun bukan dengan anak aku sorang lagi. Dia tak masuk ke kelas yang sama dengan kakak. Kalau kakak masuk kelas pelangi 2, dia ditakdirkan masuk pelangi 1.

Dan disini bermulanya kisah yang aku ingin kongsikan. Korang kalau rasa nak kecam aku lepas baca apa yang aku nak luahkan ni, silakan.

Tapi, aku berdoa semoga korang rasa sekali apa yang aku rasa. Baru adil haha..

Cikgu kelas anak aku sangat garang. Masa kakak dia masih pra sekolah pun aku selalu perhati bila ambil dari sekolah, cikgu dari pelangi 1 ni akan tinggi kan suara. Dan kebiasaannya budak menangis2, tak nak ke sekolah datang daripada kelas pelangi 1.

Aku ingat lagi, bini aku pernah bagitau, harap2 anak aku sorang ni tak masuk kelas cikgu tu, sebab sangat garang. Tinggikan suara tu macam benda biasa. Dan budak kerap menangis di kelasnya.

Namun, Allah uji kami dengan masukkan dalam kelas tu juga. Hari pertama ke sekolah pun anak aku dan kawan-kawan dia ramai menangis takut. Bayangkan 1st day di sekolah pun cikgu dah garang.

Setiap kali balik sekolah rutin aku dan bini selalu akan tanya, apa yang dia buat, apa cikgu ajar, dan apa kawan-kawan lain buat.. memang soalan ni macam benda wajib aku tanya.

Setiap hari dia bagitau ada kawan yang menangis. Mula-mula dia takut ke sekolah sebab takut kena marah seperti kawan yang lain. ( sebelum tu dia tak kena) lepas tu dia pun sekali kena.

Mungkin ada antara korang yang rasa, manja sangat kut anak kau ni. Masalah bukan anak aku sorang yang trauma dan takut, tapi ramai dari kelas pelangi 1. Tapi yang pelik, kelas pelangi 2 tak ada masalah. Sebijik macam kakak dia dulu.

Aku pernah lihat ada parent yang hantar, anak dia menangis berteriak depan pintu gate. Anak dia siap cakap kuat-kuat, tak nak ke sekolah sebab ada cikgu tu. Sambil tunjuk cikgu yang garang tu ada depan gate..

Anak aku taklah over menangis macam tu. Dia setakat menangis berbisik dengan aku. Maybe dia tahu dia akan “dapat” lebih dari aku kalau buat hal depan orang lain. So dia Sopan sikit huhu tapi di rumah, Allahu hanya aku yang tahu.

So nak cakap budak-budak tu manja, TAK TEPAT! Aku pergi sekali tegur akak tu, dia bagitau anak dia selalu kena marah dengan cikgu. Semua benda tak kena dengan cikgu tu. Sampai budak takut ke sekolah.

Anak aku bagitau cikgu selalu ketuk jari dengan pembaris. Ramai kawan dia menangis sebab tu. Ada yang kena pulas telinga macam anak aku kena.

Kau bayangkan budak yang baru seminggu dua ke sekolah dah rasa macam kena ragging oleh cikgu. Hari-hari pula tu ada yang kena. Paling koman kena tengking cikgu.

Pra sekolah ni bukannya kau nak ajar budak jadi pandai pun. Tak. Itu bukan matlamat utama.

Tapi kalau sampai kau Jadi penyebab budak budak 6 tahun takut ke sekolah, better jangan jadi cikgu pra sekolah. Better mengajar budak darjah6 yang lagi besar dan tahan sikit mental mereka.

Aku bukannya menentang cikgu-cikgu yang mendidik ni, tak. Tapi aku geram bila cikgu cikgu yang diberi amanah untuk didik anak tapi dia sebenarnya punca ramai budak takut nak ke sekolah, tak nak ke sekolah..

Aku banyak tegur parent kalau tunggu anak balik sekolah, dan apa yang aku dapat ramai parent dari pelangi 1 sebijik je masalah. Takut nak ke sekolah.

Awal-awal minggu sekolah, anak aku siap menangis dalam tidur. Mengigau tak nak ke sekolah. Trauma. Bila aku tanya parent yang lain pun jadi benda yang sama. Yang pelik, kelas tu je la, kelas sebelah ok..

Dah pernah bagitau cikgu, tapi jawapan yang dia beri menyakitkan hati. Macam semua parent ni manjakan sangat anak. Dan dia cakap apa yang dia buat adalah normal..

Sekarang, ramai parents dah bising tapi takut nak bertindak. Aku sebenarnya malas nak naikkan isu ni, sebabkan mula-mula ingatkan benda kecik. Maybe anak aku yang saje malas ke sekolah.

Tapi bila ramai kawan dia jadi benda sama, aku dah rasa something wrong somewhere. Lebih-lebih lagi bila kelas sebelah budak ok. Dan budak ramai meragam atas satu alasan yang sama. Takut. Cikgu garang sangat. Cikgu kerap tarik telinga, ketuk tangan, jerit jerit budak.

So aku tengah prepare untuk jumpa pengetua berbincang sikit tentang isu ni. At least dia tahu apa yang jadi..

Parents bukannya jahat nak suruh cikgu tu berhenti ke apa, cuma harap cikgu tu tukar cara handle budak-budak untuk lebih friendly..

Dulu aku selalu bagitau anak aku, maybe korang nakal kut. Suka buat bising. Anak aku bagitau tak. Semua orang tak berani nak main sebab cikgu akan jerit kalau main dan cikgu selalu usung pembaris..

Masa aku tulis ni, anak aku menangis sampai tertidur bercerita dengan aku tadi.

Dia cakap dia takut sangat tadi di sekolah sebab cikgu selalu tengking2 bila bercakap dan suka marah semua orang..

Anak aku dah xde mood nak ke sekolah. Rasa nak ke sekolah yang dulu dia excited dah hilang! Hilang sekali dengan rasa takutnya..

Setiap hari aku suruh kakak dia cerita bestnya di sekolah. Dia cakap tipu. Cikgu selalu marah..cikgu selalu tarik telinga..

cikgu suruh jawap soalan, kalau salah tarik telinga..

Aku cuma mampu berdoa supaya anak aku dan kawan-kawan dia mampu bertahan dengan cikgu yang tak friendly ni.

Kepada cikgu pra sekolah yang mungkin baca ni, cikgu, kami parents bukan nak cikgu jadi sempurna. Kami berharap cikgu tak musnahkan rasa happy budak nak ke sekolah.

Kami faham berapa banyak budak cikgu kena handle dalam kelas, tapi itu bukannya jadi alasan untuk cikgu jadi something yang budak-budak paling takut.

Budak-budak lagi dengar cakap dengan cikgu yang baik dan friendly berbanding cikgu yang garang dan setiap benda mesti ada hukuman. Lebih-lebih lagi kepada budak-budak yang baru kenal sekolah, baru berjumpa kawan baru.

Kalau budak darjah 3 ke atas itu lain cerita..

Ini budak yang baru belajar kenal sekolah. Baru belajar berdikari ke sekolah, budak yang baru bertatih melawan nafsu tidur dan ke sekolah, belajar bangun awal pagi, belajar untuk berkawan.

Buktinya anak aku yang atas ni. Dia sulung dan mula-‘mula dia sangat takut ke sekolah. 1st time dia jauh dari kami. Namun dia sangat happy sebab cikgu. Setiap hari cerita pasal cikgu. Sampai kami hafal dialog dia setiap hari. Bagi dia cikgu sangat terbaik…

Terima kasih kerana membaca. Ini sekadar luahan lepas memberikan motivasi dengan anak. Haha..

Macam aku bagitau mula-mula tadi, korang bolehlah kecam konon manjakan anak atau sebagainya. Aku tahu mesti akan ada isu tu.

Tapi percayalah, kalau anak aku sorang kena aku boleh terima anak aku maybe manja sangat, tapi bila kawan -kawan dia yang lain lagi teruk kena, bagi aku ini bukan kebetulan.

Kalau ada yang mengalami benda yang sama, mohon komen dan kongsikan. Maybe akan membantu orang lain..

Thank you..

– Parents (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *