Su4mi Pengotor II

Untuk part I, (https://iiumc.com/su4mi-pengotor/).

Assalamualaikum. Hi aku Jenab. Terima kasih admin kerana sudi siarkan luahan hati aku sebelum ini

Ramai yang kata aku ni penyabar. Terus terang aku tak penyabar. Hampir setiap hari bergaduh sebab ni.

Yela, aku penat-penat kemas sental rumah bagi bersih wangi, sampai kat laki aku terus jadi tongkang pecah.

Tandas aku wangi, dia guna tak sampai seminggu terus berlumut dinding lantai, hitam lubang toilet bowl tu, pakej kesan percikan najis! Geli!

Aku benci pengotor! Memang aku banyak kali terfikir nak bagi balik laki aku kat mak dia.Tapi aku tak tahu nak start macam mana.

Mak dia tahu kitorang selalu bergaduh tapi mak dia tak tahu semua tu berpunca dari anak dia! Aku pernah curi2 baca whatapps laki aku dengan mak dia.

Banyak juga la mak dia ‘kirim’ nasihat untuk aku expecially kekemasan rumah. Nak bagitahu mak dia perkara sebenar nanti jadi aib pula.

Entah2 aku pula dapat nasihat free.

Awal perkahwinan aku boleh bertahan tak marah2. Tapi ni dah banyak tahun. Bergaduh sebab ni la. Sebab dia pengotor dan tak bantu langsung settlekan kerja rumah. Semua harapkan aku je.

Pasal anak tu pula Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki.

Walaupun aku dan dia jarang bersama tapi senang nak lekat. Dalam sebulan paling kerap sekali. Tak pun 2 bulan sekali. Selalunya dia akan mulakan.

Ada juga yang komen aku bertahan sebab $$$, ye dia ada la juga $$, tapi gaji aku lagi masyuk dan latar belakang keluarga aku pun lagi $$ dari keluarga dia. Sekarang aku fikirkan anak2 aku je.

Tapi macam mana aku boleh berkahwin dengan dia? Aku pun sampai sekarang tak ada jawapan.

Nak cakap aku tak ada rupa, tak juga. Nak kata cinta pun tak, sebab aku tak cintakan dia pun.

Mungkin dia hadir pada tepat masanya. Dia pandai dalam memberi nasihat dan pertolongan. Mungkin aku terasa terhutang budi.

Mungkin juga jodoh dan takdir aku. Mungkin ini juga cabaran utk aku. Mungkin…

Mengenai bibik pulak. Aku nak bagitu yang dia bukan sahaja pengotor tapi pemalas juga. Satu lagi tabiat dia, suka buang sampah merata rata.

Bila makan jajan, sampah jajan akan dilipat dan diselit dicelah sofa, tak pun dibiarkan atas sofa. Aku perasan tabiat ni anak sulung aku dah terikut dah.

Dia malas buat house chores tapi sangat workaholic! Aku pernah tanya EA (exec assistant) dia pasal keaadan bilik office laki aku.

Tak ku sangka jawapan adalah bilik sangat kemas dan teratur! Amazing! Laki aku pergi kerja sangatlah wangi dan kemas nak mampus.

Koleksi perfume memang berlambak tapi sadis, fail bab kebersihan. Lepas mandi pun masih ada bau perfume. Bau sabun harusla tak ada. Sebotol shower mandi tu boleh bertahan lebih dari setahun.

Ubat gigi dia tak pernah berganti walaupun aku punya dah 2 3 kali berganti. Masih penuh tiub! Jadi nasihat aku korang jangan tertipu dengan penampilan luaran seseorang ye..

Bila aku kena pergi offshore platform, selalunya dua tiga hari je dan jarang lebih dari seminggu, dia mesti minta kebenaran mak dia untuk ‘pinjam’ bibik kesayangan dia tu.

Bila aku balik habis dapur dan almari baju aku diselongkar oleh bibik.

Mencari ‘sesuatu’mungkin? Anak aku minta parents aku jagakan. Sebab pernah sebelum ni, aku tinggal 2 hari je, lantai tandas bertaburan tahi anak. Lepas dia cuci tahi anak, dia tak cuci lantai betul2.

Dia kira beruntung sebab dikurniakan dengan gigi yang cantik walaupun tak selalu bersihkan. Badan pun tak berbau walaupun daki berinci inci tebal. Balik kerja amat susah nak mandi!

Aku dah bagi nasihat banyak kali dah tapi macam tak jalan je. Ajak mandi sental badan dia? Uhmm, aku malu dan tak teringin pun nak mandi sekali. Please jangan kondem aku ye. Huhu.

Kadang2 aku terfikir laki aku ni sebenarnya tak reti atau pemalas? Sebabnya dia pernah sekali cuci tandas habis sebotol sabun pencuci dan peluntur.

Habis rosak tiles dan alat2 besi. Lap air milo tertumpah pakai towel mandi putih lepas tu biarkan di tepi sudut dinding.

Seminggu aku balik dari offshore bau masam satu rumah. Aku nampak effort dia tapi apa yang dia buat tu memang tak masuk akal

Pada pandangan korang, perlu ke aku refer dan luahkan kat parents dia, atau parents aku. Atau perlu aku rujuk ke kaunseling je.Nasihat pun tak jalan. Refer makamah layan ke alasan remeh ni?

Jujur aku dah tawar hati dan aku rasa dah tak boleh nak hadap mak dia. Kenapa mak dia tak didik elok2. At least biarla ada sifat pembersih dan rajin tu sikit.

Aku dah tak larat nak jaga kebersihan anak lelaki dia dah. Ambil la balik. Aku ingin kembali kepada sifat asalku sebelum berkahwin yang bukan suka marah2 dan cepat melenting

– Jenab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *