PJJ Sampai Kiamat

Salam semua pembaca IIUM Confession. Aku Dania, berumur awal 30 an, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Anak sulung 3 tahun lebih dan anak kedua baru dilahirkan februari hari tu.

Sepertimana tajuk di atas, itulah masalah aku.

Sebenarnya dah banyak kali aku hantar confession, tapi tak pernah disiarkan mungkin bagi admin cerita aku tak menarik atau ini hanya masalah kecik.

Namun aku betul2 perlukan pandangan pembaca yang bernas, apa yang aku perlu buat untuk selamatkan mental health aku.

Aku sudah berkahwin hampir 5 tahun, Selama itulah aku dan suami aku berhubungan jarak jauh sebab dia berkerja di sektor kerajaan di sebelah Utara.

Aku pulak dah berhenti kerja dari sebuah syarikat swasta di negeri kelahiran kami dan tinggal di sana.

Sebab aku berhenti ialah aku nak ikut dia tinggal bersama, tak nak pjj..

Guess what, dia tak bagi. Sia-sia je aku berhenti kerja. Aku memang tak rela ber pjj dengan suami sebab aku rasa aku tak mampu.

Sudah berkali2 aku bagitau dia yang aku nak tinggal bersama di negeri tempat dia bekerja, tapi dia tak bagi, alasannya dia dah mohon pertukaran dan kena tunggu pertukarannya diluluskan.

Setiap kali aku ungkit pasal ni, kami akan bergaduh, dia akan diam tak layan atau cakap dia dah banyak kali explain benda sama.

Masalahnya, aku sangat tertekan uruskan anak anak sendiri walaupun aku stay dengan family.

Ada adik lelaki yang dah besar, ibu yang dah tua sangat, aku tak cukup tangan nak handle 2 orang anak, lebih2 lagi anak sulung agak aktif dan kekadang suka buat perangai.

Kadang rasa menyusahkan orang tua, bukankah nafkah isteri termasuk tempat tinggal yang selesa dan bukankah tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya tapi kenapa dia menidakkan hak aku itu.

Kalau dua2 kerja kerajaan, aku faham kalau terpaksa pjj tapi sekarang aku bukan kerja kerajaan hanyalah seorang suri rumah.

Suami akan balik kampung dalam 2 bulan sekali, masalahnya kalau balik kampung, dia akan bawak aku dengan anak2 balik rumah mak dia,

Yang aku sakit hati, dia boleh tinggal aku pergi melepak dengan kawan2 dia sampai pukul 5 pagi tanpa rasa bersalah.

Bukan ke kalau pjj perasaan rindu tu berkobar2 erk tapi ni tak pulak. Takde pillow talk, cuddle, kalau nak keluar makan atau jalan2 mesti ada adik beradik dia sekali.

Tiada kualiti time bersama, dah la aku penat jaga anak, kurang kasih sayang pulak, hubungan badan lagi la, selalu aku yang start, dia ade la jugak cuit sekali dua tapi jarang sangatlah.

Dah la time dia balik kampung je boleh jumpa. Sedih.

Aku pernah pergi rumah sewa dia tempat dia kerja selama 4 bulan, tiada apa yang mencurigakan macam berbini dua ke apa,

Dia keje shift, balik keje mostly dia banyak tido je, telefon dia pun clear takde suspicious call atau wasap atau apa2 lah.

Sekarang aku rasa aku sangatlah burn out. Asyik nak mengamuk, rasa nak marah anak, kekadang nangis sorang2.

Mungkin sebab baru lepas beranak, penat, sunyi, kurang kasih sayang semuanyalah. Anak kedua baru 3 bulan.

Aku sayang keluarga kecik aku. Dari segi lain, suami ok je, selalu bagi nafkah bulanan, dengan anak2 pun layan elok. Rasa2 apa masalah dia erk tak bagi aku ikut, tinggal sekali kat tempat dia kerja tu?

Oh ya, sekarang dalam proses untuk bina rumah sendiri di tempat aku tinggal. Doakan suami aku dapat ditukarkan dan rumah cepat siap.

Aaminn.

Yang buntu,

– Dania (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *