Tawar Hati, Tapi Masih Menjalankan Tanggungjawab

Saya sudah berkahwin selama 15 tahun, sepanjang kahwin beberapa tahun duduk asing,

Beberapa tahun saya tinggal sama suami tetapi menjaga mertua oku, dan kembali asing tahun ini di mana suami jaga mertua, saya jaga anak 5.

Kekangan kerja suami selalu berpindah, menyebabkan kami tidak boleh tinggal sama kerana anak masih bersekolah.

Saya juga ada merasa serik bila dituduh tidak mahu menjaga mertua semasa mertua kene ikut suami berpindah atas tuntutan kerja,

Di sebabkan keadaan duduk asing saya minta suami menjaga mak ayahnya sendiri, saya jaga anak-anak.

Sepanjang berkahwin suami beberapa kali kantoi bermesej, whatap dengan perempuan secara mesra. Memuji perempuan, mengajak keluar.

Saya memaafkan beberapa kali..

Kepercayaan memang kurang dan saya insecure..

Bila bagitau suami masalah saya dia kata saya tidak percaya dia, kene percaya suami ketika duduk asing.. saya cuba bertahan emosi setiap kali dia kantoi berfikir positif.

Kami juga membahagi bil untuk bayaran kegunaan rumah memandangkan saya bekerja..

Saya juga memasak setiap hari di rumah memandangkan mertua tiada boleh makan luar kerana sakit..

Walaupun berpantang saya juga kene menjaga orang dirumah (10 orang 1 rumah) dapat saya simpulkan ada lebih 5 kali suami kantoi. Umur kami sudah 40an.

Suami berpewatakan alim, mengaji, banyak nasihat, bantu jaga anak, tidak culas nafkah dan bil yang sepatutnya dia bayar,

Cuma dia ada akhlak buruk suka mesej dan berkenalan dengan perempuan walaupun saya dah banyak nasihat.

Alasan dia hanya manusia. Mungkin tak dapat mengawal nafsu kerana tidak menunduk pandangan.

Saya juga mengalami perubahan fizikal selepas melahirkan anak secara pembedahan 4 kali, itu antara penyebab kami jarang sekali mengadakan hubungan fizikal. Sebulan ada sekali dua.  Bila duduk asing lagi jarang.

Saya juga tiada masa untuk diri sendiri, sebab privacy saya terganggu kerana ramai orang di rumah, saya perlu uruskan baju yang banyak dan masak makanan yang banyak sepanjang mertua tinggal dengan saya,

Di samping itu saya juga bekerja. Dan rasa makin rendah diri setiap kali suami kantoi..

Tahun kemuncak di mana suami kantoi aplikasi omei, berkenalan dengan ramai perempuan, ajak keluar,

(kami duduk asing, dia cuba ambik kesempatan), hendak pergi beraya rumah perempuan tersebut, satu-satu mesej dia saya baca dengan rasa kecewa sehingga saya dah mula rasa trauma.

Saya tak boleh pandang atau bercakap dengan suami. Saya jadi marah walaupun dah dekat 4 bulan kejadian tu.. buat pertama kali saya minta suami ceraikan saya kerana rasa tak dihargai..

Trauma saya rasa tak dihargai mungkin bermula dengan perasaan menjaga anak sendiri, menjaga mertua lagi,

Tiba2 dapat tahu suami mencari perempuan lain untuk suka-suka katanya sebab tak mampu kawin padahal emosi saya tidak dipenuhi..

Saya juga merasa serik menjaga mertua saya kerana ketiadaan privacy saya dan masa saya untuk diri sendiri,

Berbanding sekarang saya lagi selesa kerana tinggal dan urus anak lima orang sendiri… Saya dapat lakukan apa yang saya suka.

Tapi saya sedia maklum mertua tidak mahu tinggal dengan anak lain memandangkan kami jaga mertua sangat baik masa kami tinggal sama..

Sebab itu mertua rela tinggal dengan saya berbanding dengan anaknya sendiri walaupun tahu saya duduk asing dengan suami..

Saya menolak dan meletakkan syarat saya hanya akan jaga mertua jika suami jaga bersama..

Saya lakukan untuk menjaga mental dan emosi saya sebab saya sudah ada pengalaman tinggal asing dengan suami yang memerlukan jiwa luar biasa untuk berdikari menjaga anak-anak sendiri,

Disebabkan itu mertua terasa.

Untuk makluman suami bercakap baik dengan saya, tidak pernah meninggi suara, tapi merasa agak janggal untuk bermesra sebagai suami isteri dengan saya kerana kami tinggal asing dulu, kemudian tinggal dengan mertua.

Agak kekok untuk romantis depan orang ramai.. walaupun saya dah banyak kali nasihat untuk lebih mesra dengan isteri. jadi kami banyak buat hal sendiri, saya fokus jaga anak.

Selepas kantoi saya rasa pengorbanan saya berdikari, jaga anak sendiri, share bayar bil dan jaga mertua tidak dihargai.. saya mula jarakkan diri sendiri.. saya dah tawar hati untuk terus bersama suami.

Suami tak mahu ceraikan saya. Saya tertekan kene taat dengan dia sebagai isteri..

Saya tak pernah lagi tinggi suara atau herdik suami.. cuma saya dah tak boleh nak hormat dan percaya suami, saya tak tenang uruskan rumahtangga dalam keadaan tinggal asing dengan suami.

Saya sangat bersyukur saya duduk asing dengan suami, jadi saya banyak ignore suami untuk jaga mental dan emosi saya memandangkan saya perlu stabil untuk jaga anak..

Tapi saya rasa berdosa sebab saya dah rasa tak nak jadi isteri.

Tolong bagi pendapat dan pandangan bagaimana saya nak neutral perasaan benci dan tawar hati pada suami,

Bagaimana untuk bertahan sebab anak dan teruskan perkahwinan dengan perasaan macam ini?

Pandangan saya, dia tak nak lepaskan saya juga sebab anak, kami memang tak mesra pun sebagai suami isteri. Mohon bantuan..

– Hamidah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *