Hi. Terima kasih sekiranya post saya disiarkan.
Saya wanita suri rumah, dikurniakan seorang puteri. Saya tak pandai mengarang ayat. Harap pembaca faham apa yang saya sampaikan.
Ceritanya saya berkahwin tahun ke 5 dengan pasangan atas suka sama suka. Alhamdulillah.
Sebelum kahwin, memang saya sedia maklum suami sejenis yang pemalu.
Tapi dia pernah menjawat jawatan dalam society semasa di universiti. Jadi saya beranggapan introvertnya bukan jenis high level.
Kami bercinta jarak jauh. Jadi setiap kali dia bertandang ke rumah saya dia hanya menjawab soalan bila diajukan.
Kadang2 krik2 juga di meja makan bersama ibu dan ayah saya. Tapi saya okay asalkan dia hormat ibu bapa saya.
Long short story, sejak berkahwin kami pernah attended majlis keramaian beberapa kali. Dan setiap kali attended tu boleh kata kami akan bermasam muka.
Pernah sekali dia terjerit dek kerana anak saya menangis semasa di kenduri dan tantrum teruk semasa usia 1 tahun.
Dia terus bergerak ke kereta dan tinggalkan saya di majlis begitu saja. Saya menangis kerana tak tahu apa perlu buat.
Dia pernah berterus terang katanya tak selesa bila menghadiri sesuatu tempat yang ramai orang. Dia akan rasa berpeluh2, pening, sesak dan tak boleh fikir. Senang cerita auto jadi serabut.
Dek kerana tu, kami akan balik seawal mungkin bagi elak kan dia rasa hal sedemikian.
Saya pernah juga merasakan hal ni adalah normal.
Tapi sesekali bila terjadi masalah bermasam muka sebab pergi tempat sesak, saya pula jadi tersinggung. Macam tak berbaloi nak bermasam muka kerana hal ni.
Saya pujuk suami dan katakan saya boleh terima kalau dia tak selesa. Tapi dia mesti kena perlahan2 ubah sebab tempat sesak ada di mana-mana dan kadang2 tak boleh nak elak.
Lagipun kita hidup memang dengan manusia.
Tapi kali ni berbeza pula respon nya. Katanya baik, cuba awak pun kurangkan rasa takut dengan lipas. Tengok boleh atau tidak. Pada saya analoginya tak sama.
Mungkin ke dia rasa panic attack? Sebab saya tak pernah rasa panic attack. Saya pula suka bersosial dengan masyarakat.
Saya kurang pasti sama ada ini adalah introvert yang normal atau panic attack. Banyak lagi insiden yang membuatkan saya rasa confuse setiap kali bergaduh hal ni.
Saya harap readers boleh share pandangan dan cara saya boleh bantu untuk kurangkan masalah apa yang dialami.
Mohon jangan kecam suami saya. Sebab dia syurga saya, destinasi akhir saya nanti. In sha Allah.
Terima kasih dan jaga diri semua.
– BlueSky (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit