MIL dari Ner4ka itu Syurga Su4miku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/mil-dari-neraka-itu-syurga-suamiku/).

Hi semua, Ingat lagi part 1 MIL dari Neraka itu Syurga Suamiku?

Lama aku ambil masa nak sambung part 2.

MIL aku memang psiko teruk & menyakitkan hati.

Aku dah banyak kali bergaduh dengan suami aku sampai tahap minta cerai sebab aku tak nak dia jadi anak derhaka, aku nak jaga mental aku & anak-anak.

Baik suami aku duduk je celah ketiak mak dia yang selalu kata aku ambil anak dia sedangkan kami tak abaikan MIL.

Setiap kali bergaduh je mesti berpunca daripada MIL yang suka berdrama air mata, maki hamun & buat ayat psiko menyiksa mental anak menantu,

Melabel anak derhaka, syurga di telapak kakinya selain hebat berlakon melaga-lagakan anak menantu.

Paling aku tak boleh terima & terkesan di hati aku, MIL menyakiti anak-anak aku semasa ketiadaan suami aku tapi berlakon baik bila depan suami.

MIL duduk di kerusi, dia sepak anak aku yang tengah tengok tv dekat dengan kerusi, saja-saja kaki tu nak menjalar kacau anak aku.

Gurau kasar nampak?

Lepas tu suka maki & mencarut. Anak-anak kecil cepat sangat menyerap.

Korang rasa aku tahap nak cilikan mulut anak aku ke nak cilikan je MIL aku tu. Tu pun aku sabar lagi. Hadap dengan tabah kononnya.

Lepas tu MIL buat hal lagi. Banyak. Tapi kali ni aku highlight 3 je.

1. Nak loan kereta guna nama anak tanpa bincang

Aku dalam pantang. Dia ajak laki aku ke klinik, sebab tak sihat. Tiba ajak singgah kedai kereta. Nak loan kereta atas nama laki aku.

Tak bincang, tak apa2, tiba2 decide terus. Gila kan?

Alasan? Nanti ibu mati, ambil la kereta tu kat kau, kau sambung bayar.

Macam laki aku tu kaya. Bila laki aku tak turut, dia merajuk cakap laki aku anak derhaka. Berminggu merajuk. Memang makan sumpah seranah. Dengan aku2 yang dalam pantang kena hadap.

2. Nak beli gelang emas sebab malu kat menantu

Aku beli emas selepas keluarkan kwsp. Dalam 10k. MIL mengamuk sebab laki aku beli utk aku je. Weiiii. Duit kwsp aku. Bukan laki aku.

Mentua aku drama kat adik beradik laki aku minta collect duit beli emas. Kat ipar2 lain dia cakap laki aku nak sponsor 3k, kat laki aku dia cakap la kakak-kakak nak sponsor beberapa ribu sorang.

So, dia nak sekian-sekian dari setiap anak. Padahal, dia create je. Tapi adik-beradik ni lagi cerdik, checking satu sama lain. Kantoi! No emas! Hahaha.

3. MIL kaki scam anak-anak

Suka call tengah-tengah malam menangis-nangis tak sihat tak ada siapa nak bawa ke hospital bagai. Setiap anak pernah kena.

Laki aku pernah tinggalkan aku yang terlantar & tak boleh berjalan (masalah otot masa mengandung) seorang diri & shoot sejauh 30km ke rumah mentua sebab nak bawa ke hospital dah dia cakap anak lain tak jawab call.

Masa sampai, MIL tercegat depan pagar ajak lepak mamak. Laki aku bawa, tapi laki aku tak makan sebab bengang kena scam.

Bila dia cerita kat adik beradik dia, diorang gelakkan je sebab diorsng pun pernah kena dengan mak diorang yang lapar perhatian tu. Laki aku kategori sabar & hormat mak dia.

Dia tak maki. Dia tak cakap apa-apa. Lepas melayan mak dia makan, dia balik. Kalau itu yang dapat puaskan hati mak dia, dia terima. Tapi, kali tu je la. Next trick mestilah dah tak percaya.

Okay. Kali ni aku stop sampai point no 3 ni je la. Point no 3 ni memang memberi kesan kepada semua anak. Semua pernah kena scam cara yang sama.

Call nangis-nangis sakit tengah-tengah malam, pernah juga ada anak yang call ambulans sebab lambat nak sampai rumah mak diorang, ambulans sampai depan rumah, dia halau & maki ambulans.

Ada juga masa yang MIL cerita tengah-tengah malam, dia pergi sendiri ke kecemasan hospital sebab anak tak peduli, lepas tu doktor nak admit wad sebab darah tinggi, tapi dia lari balik.

Aku pun tak taulah betul ke tak. Kerap dia cerita macam tu untuk minta perhatian & belas kasihan anak-anak supaya risaukan keadaannya, sedangkan selang 2 3 hari mesti ke rumah dia.

Dia mesti cakap dah 5 hari tak makan sebab tak lalu, padahal dua hari lepas kami makan sama-sama. Bukanlah anak-anak abaikan dia atau apa-apa.

Dia pun normal dan tak nyanyuk. Cuma suka buat teruk nak bagi orang risau tapi menipu yang kantoi sebab tak pandau cover.

Lagi satu, logik ke selang 3 4 hari tiap malam ke kecemasan, doktor entertain darah naik sampai 200 lebih lepas tu ada branula tapi boleh lari balik? Takkan kalau sebulan sampai berkali2 tak jadi isu? So, susah nak percaya kan?

Dan. Nak dijadikan cerita. Suatu malam, jam 2 pagi, dia call laki aku. Suruh datang sekarang juga sebab dia sakit badan. Sedangkan di rumah MIL ada je laki dia (FIL hahaha).

Suami aku baru sampai rumah jam 11 malam dari kursus. Disebabkan baru je tertidur, suami jadi mamai. Kebetulan, aku kat kampung mak aku dengan anak-anak.

Jam 2.30 pagi, MIL telefon lagi suami aku. Dia maki sebab suami aku tak sampai lagi. Dia paksa suruh datang jugak.

Macam biasa, dasar anak tak guna, suka tengok aku mampus sorang-sorang. Dan kata makian dah sebati di bibirnya tanpa henti.

Tak cukup dengan itu, dia call aku marah-marah macam aku punca suami tak datang. Padahal dia dah tahu kami kat tempat lain-lain.

Korang rasa apa perasaan mamai-mamai jawab call terus kena maki? Aku tidur je tanpa matikan talian. Letak tepi telefon. Tapi tak boleh tidur pun, hati bernanah-nanah.

Cerita pasa FIL aku, sejenis tenang, seolah sudah terbiasa dengan karenah MIL yang over acting & suka berpura-pura takkan masuk campur urusan drama MIL, melainkan FIL akan terpalit kena maki sekali.

Bukan dia takut bini, cuma bini yang tak takut dengan dia. Hahaha.

Aku respect FIL aku, sangat penyabar & selalu pekakkan telinga melayan karenah drama MIL & menghadap segala makian saban hari.

Suami aku trigger. Jadi stress dengan mak dia. Dia wassap panjang-panjang dalam group adik beradik kata dia otw & cerita segalanya.

Apakan daya. Semua orang sedang tidur. Aku jela yang baca dah terjaga dek telinga yang kena panah petir tadi. Baru aku faham cerita. Tadi macam tak faham kenapa kena marah.

Suami aku gagahkan diri bangun, drive ke rumah mak dia. 30km. Jam 3.30pagi. MIL aku macam biasa. Duk menangis marah sebab dia lambat. Suami aku lapor dalam group, MIL macam normal je tak ada yang serius.

Tapi sebab dia mengadu sakit badan & tak boleh bangun (suami duk ingat macam selalu, tak boleh bangun bila depan orang, bila orang balik dia boleh bangun jenguk kat tingkap nampak kelibat dia yang tak boleh bangun tu),

Dia ajak MIL bersiap ke kecemasan hospital untuk puaskan hati MIL.

MIL masih dengan drama makiannya (dalam duk sakit tu boleh marah semua anak terpaling tak guna termasuk laki aku sebab lembab & lambat sampai).

FIL & suami dah ready nak papah MIL masuk kereta. Belum sempat nak papah, tiba-tiba MIL seolah-olah tarik, kaki tangannya kejang lalu meninggal dunia beberapa minit selepas itu.

Tak jadi pergi hospital. Telefon ambulans datang ke rumah untuk sahkan kematian.

Berakhirlah riwayat syurga suamiku.

Bukanlah aku tak sedih. Sedih. Tapi, dari satu sudut yang mentally tortured dengan MIL, aku lega, aku bersyukur Allah lebih menyayanginya & tentukan yang terbaik untuknya.

Aku selalu doa. MIL aku selalu sakit-sakit, sembuhkanlah jika benar kesakitan itu & jika itu yang terbaik atau matikanlah jika itu yang terbaik dengan apa sahaja drama yang jadi.

Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Nota: Terima kasih atas nasihat, idea & kecaman dari part I (semasa masih hidup) & part II (sudah meninggal). Bukan aku tak move on, cuma aku memang terkesan.

Sape cakap take it easy, korang kena try duk tempat aku. Moga korang jadikan pengajaran & tauladan untuk kehidupan masing-masing.

– Menantu Perempuan Tunggal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *