Kahwin Memerlukan Restu Yang Sesuai Ekspektasi Keluarga Sebelah Pihak?

Assalamualaikum, just perkenalkan diri sebagai single jelah, memandangkan betul-betul single, hahahaha.

Zaman sekarang kalau nak suruh anak-anak atau anak-anak buah dia kahwin senang je keluar ayat dari mulut, tapi nak merestui tu payah pula ek, lagi payah nak calon menantu yang boleh masuk dengan dia. Hahahaha awal-awal dah emo.

Okay back the stories. Aku dulu pernah tersuka seorang laki. And our family agak kerap bersama, kadang bercuti bersama, makan-makan sesama, kadang family aku tidur rumah dia, dan family dia pun tidur rumah aku. Kira rapat lah.

Aku bahasakan dia sebagai Y lah ye, aku suka dia tapi belum luahkan lah, bak kata orang nak kena prepare mental dan fizikal dulu, takut kena reject nanti dah susah nak move on, hahaha.

Baru-baru nie ada gathering lah, keluarga aku dan keluarga dia turut terlibat. Tengah rewang semua tetiba cerita pasal kahwin and mak dia cakap macam nie ‘kalau Y kahwin, biar dia jauh sikit, nanti pusing-pusing tak jumpa orang sama je’

Aku dengar terus tersentak, hahahaha nasib keputusan aku untuk hold luahkan perasaan tu tepat. And then mak dia sambung lagi, ‘single (aku), ada siapa-siapa tak yang boleh dengan Y nie mana tahu ada kawan-kawan yang bujang’,

Aku terus jawab, ‘bab-bab jodoh orang saya taknak terlibat’ (jawap dalam ketawa padahal hati tengah pedih mat, hahahaha).

Sejak mak dia cakap gitu, aku belajar untuk buang sikit demi sikit perasaan aku untuk dia, setiap malam aku mengingatkan diri, tak guna terlampau suka dan sayang sekiranya keluarga sebelah lelaki tak suka.

Tapi perkara tu tak mudah ye, sebab jenis keluarga kitaorang selalu berjumpa. Hati kena kebal lah walaupun perit. Aku pun tak yakin Y suka aku pun tak, tapi cara dia treat tu nampak lain, sebab nampak lain lah aku jadi suka dan sayang dia.

Salah satu nya, tengah kopek kentang, Y cakap ‘haa tangan kena pisau tu nanti’ selama duduk rumah buat kerja takde pulak yang nak care pasal aku, tetiba Y pulak terlebih care, adik dia yang dekat sebelah kopek juga tak pulak cakap macam tu, hahaha.

Kalau time ramai-ramai, meja makan kosong, aku akan duduk tempat yang tepi kanan ada meja menghalang dan belakangnya dinding, untuk mengelakkan dia duduk sebelah.

Tapi tak berhasil ye, dia amik kerusi lain dan duduk sebelah jugak, walaupun kerusi depan kosong. Aku cari penghalang untuk elakkan hati terpaut lagi, tapi tu semua tak berhasil ye.

Kalau Y memang ada dekat meja makan, aku akan duduk selang 2-3 tempat duduk dari dia. Demi menjaga hati sendiri, ahh gittew, hahaha.

Eh tak habis dekat sini. Y pernah amik gambar senyap-senyap aku (time nie aku tengah makan dia amik), and then dia panggil aku, dia cakap nak send gambar nie dekat wasap group.

Tak berhenti situ dia cakap dengan abang aku pulak, rancak lah diaorang mengugut semua (aku tak boleh terima gambar yang dia amik, nampak terlampau cantik, ahahahahha paham-paham lah ye).

Eh banyak lah cara dia buat aku terpaut dekat dia. kang nanti ada yang geli-gelemen pulak baca, hahahaha. Y nie family man, aku memang suka lelaki family man, kbhaiii hahahaha.

Back the story. Y nak masuk 30-an dah, orang-orang sebaya dia mestilah rancak nak kahwin kan, before this Y nie ada pasangan 6 tahun bersama dan dia memegang jawatan ‘Pasangan paling romantis’ sepanjang waktu tu.

Habis sweet dia treat girlfriend dia, pergi makan sedap-sedap, apa yang girlfriend dia nak, sedaya upaya dia tunaikan,

2 bulan awal Y dah isi jadual dia untuk awek dia, sampaikan mak Y terasa gila, mak Y cakap, bila Y dengan awek dia nie masa dengan keluarga terus tak ada, cuti-cuti je keluar dengan awek. Y dengan awek dia pun ada simpan duit sesama untuk ke next step, tapi jodoh tak panjang.

Mula-mula dengar awek dia buat hal (ex girlfriend dia dah kahwin sekarang and ada anak dah), tapi bila diselidik balik rupanya mak Y tak restu hubungan diaorang,

Hubungan Y nie bukan memerlukan restu mak je, adik beradik dia pun kena dapatkan restu. Kalau mak okay, tapi adik beradik dia tak okay, memang tak lanjut lah hubungan tu.

Sampai lah sekarang si Y tu heartless gila, nak kenal dengan perempuan pun takut, takut perempuan yang dia nak, keluarga dia tak terima.

Masa kita kumpul ramai-ramai, bincang pasal kahwin orang lain, si Y kena tempias lah, and Y mencela ‘Orang suruh mak carikan tak nak, tapi bila orang bawak mak tak suka’ mak dia jawap ‘cari lah sendiri takpun suruh single (aku) carikan’.

Aku diam je, malas nak masuk campur perbincangan anak beranak. Hahaha.

Act dah lebih 3 kali mak Y suruh aku carikan pasangan untuk Y. Tapi aku tak layan, bukan tak layan sebab jeles, tapi sebab complicated, lagi-lagi jenis keluarga yang nak ikut cara dia je,

Kalau kau nak masuk keluarga Y, kau kena tegur adik beradik Y dulu, kalau tak tegur dan berbual kira kau bukan calon yang sesuai dengan ekspetasi dia sekeluarga.

Kalau aku cari kang tak kena selera, habis nya dicanang aku ke orang lain. Hahahaha dah tak boleh positif bab nie. Bagi aku keputusan EX girlfriend Y putus dan kahwin dengan orang lain ada lah tepat.

Kita sebagai perempuan cari lah keluarga lelaki yang boleh terima kita. Cinta dan sayang sahaja tak cukup buat kau kenyang dan tenang. Aku pun pernah terjudge Ex Y nie, sebab nampak gila Y nie setia, tetiba dapat berita Ex dia kahwin dengan orang lain,

Bila dah kenal lebih dalam keluarga Y, aku dengan yakin dan setuju dengan keputusan Ex Y, hahahahaha. Kalau tanya perasaan aku ke Y tu tak sebanyak dulu, sekarang masih ada sikit but terkawal. Harap tahun nie kahwin lah aku, supaya dapat jauh sikit dengan Y, hahahaha.

Dan kepada Y harap tabah, potensi kau untuk kahwin pada tahun nie nampaknya tak ada jalan, cuba cara lain ye. Kalau boleh, gunakan kuasa gentlemen kau dalam membuat keputusan.

Hidup berkahwin tak mudah ye, jangan guna kan sayang cinta sahaja. Perkara nie tak membuatkan perempuan bertahan dengan kau.

Sekian terima kasih dari saya yang pernah menyukai awak. Semoga bahagia dan berjaya. Chaiyokkk boyyyy, aku surrender awal. Hahaha..

– Single (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *