Nikmat Mana Yang Aku Nak Dustakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku Indah, berumur awal 30an. Baru mendirikan rumah tangga, belum sampai setengah tahun pun. Berkerjaya dalam bidang pendidikan, lebih setengah dekad.

Untuk kawan2 n keluarga yang mengenali aku, jangan mention aku di komen, ye. Cukup kita2 je tau siapa aku. Huhu.

Aku nak pendekkan, tapi tak pandai, maka, jadilah confession yang panjang. Mungkin berbaur riak jugak, sebab aku nak cerita benda2 yang indah je dalam life aku.

Bukanlah maksudnya hidup aku takde masalah langsung, berlambak je, tapi ntah, aku ni jenis yang tak berapa kisah sangat dengan benda2 macam tu.

Tau2 eh settle dah. Haaa lebih kurang macam tu lah. Sb aku ni jenis yang dalam kepala “Kalau aku susah, orang lain berlambak n berganda lagi susah”.

Mungkin sebab upbringing family aku yang buat aku jadi macam tu. Mak ayah aku, family besar aku esp belah mak jenis yang takde nak buat perempuan jadi ayu, jadi lemah apa semua selagi tak melebihi limit syariah.

Mak-mak sedara aku sungguhpun majoriti suri rumah, belajar takat SPM, tapi diorang bukan jenis makcik bawang yang berlumba2 anak siapa gaji paling besar, anak siapa kahwin awal, anak siapa belajar paling tinggi, etc.

So hubungan aku dengan makcik2 n sepupu2 sangatlah baik. Ok, salah satu point nikmat yang aku nak cerita is.

Lain2 ni, aku nak berkisar dalam timeframe 2015-sekarang.

2015.

Aku interviu SPP. Tapi gagal, sama macam sebahagian besar kawan2 sama batch dengan aku yang lain. Sedih. Kawan2 aku yang lulus masa ni mostly posting di SBP.

Tak, aku bukan nak cakap “Untunglah dpt budak pandai,”, tapi tunggu perenggan yang lain, aku akan cakap kenapa aku mention jenis sekolah.

2016

Aku mengajar di sekolah swasta di Lembah Klang. Jauh dari keluarga. Pertengaah suku ketiga tahun tu, aku dipanggil iv sekali lagi.

Alhamdulillah lulus.

Masa mohon penempatan, aku mohon Sabah dan Sarawak. Sebab macam yang aku cakap, family upbringing buat kami anak2 ni jenis yang tak takut nak cuba benda baru, pergi tempat baru, kenal orang baru.

Ayah aku siap cakap lagi “Masa muda ni pergi la kerja jauh2, nanti kalau bosan kat tempat orang, slow mohon la balik sini,”. Mak aku pun “Mak tak pernah jalan sana.

Kalau ada anak kat sana, boleh mak pegi,”. N sebenarnya dari zaman sekolah, aku nak sangat2 jadi cikgu di Borneo. Cita2 aku jadi cikgu bukan sebab nak mengajar sangat, tapi sebab nak jadi orang sana.

2017

Dapat result. Aku kena ke sebuah kolej vokasional, di utara tanah air. Masa ni kecewa sangat2. Tapi macam aku cakap, lantak lah. Ayah aku cakap “Takpe, nanti balik takde la jem”.

Indeed. Aku balik kampung jarang2 lah jumpa jem, time perayaaan, time mengundi, time cuti sekolah, n bila2 je. Jarang sangat2 jem tu.

Kalau ada pun slalunya sb follow lori, hujan lebat, orang buat jalan, atau ada accident kat depan.

Sebab tu je. Another nikmat yang aku kena syukuri.

sekarang aku nak cakap kenapa aku mention SBP tadi. Ok, selama ni, aku tak pernah tau pasal kolej vokasional. Aku ingatkan kv ni sama je macam sekolah lain.

Bila dah posting sini, aku bersyukur sebab tak dipostingkan awal (sbp/smk lain), sebab kalau tak, sampai sudah lah aku tak tau tentang kv.

Lepas tu, di sini, aku kena ajar vokasional, sebab guru program tu tak cukup, sedangkan opsyen utama aku adalah akademik.

Minggu-minggu pertama aku berlalu dengan kekecewaan. Tapi sebenarnya, ada bagusnya bila aku ajar vokasional.

Aku cuma perlu fokus pada pelajar program tu je. Bayangkan, ajar 5-6 jam 1 subjek dalam kelas yang sama. Tu kalau 1 subjek, kalau 2-3 subjek? Haaaa memang kenal budak2 sampai ke atok opah diorang lah ceritanya.

Kalau aku ajar akademik, aku tak rasa aku dapat rapat dengan pelajar, sebab jumpa pelajar paling lama 3 jam je seminggu, dah la ajar mcm2 kelas. Nama pun jenuh nak ingat. Lagi nikmat untuk aku syukuri.

2018

Aku beli kereta. Mula2 aku nak jenama import. Tapi ayah aku kata “Nanti jadi apa2, sakit nak membayar insurans”.

So sebagai anak yang dengar kata, aku ikutkan je. Jarang2 sebenarnya ayah aku larang aku dari buat apape. Maka bila dia larang, aku memang akan ikut.

2019

Aku accident. Nasib baik ayah aku larang aku beli kereta import dulu. memang betul, kereta tempatan pun aku macam menung jugak time renew insurans n roadtax. Tu belum kira harga tayar lagi.

2020 -PKP

Masa PKP 2020, dari Mac sampai Jun, Alhamdulillah, aku terkandas di rumah Mak Ayah.

Kebetulan PKP bermula lepas cuti sekolah bermula. Dapat puasa sepenuhnya dengan keluarga. Dapat beraya dengan keluarga sebelum pulang ke work station.

2021 – PKP

Masa ni aku tau dah hikmah kenapa Allah tak izinkan aku kerja di Borneo yang merentas lautan tu.

PKP 2021, aku terkandas di work station dari awal tahun sampai bulan 10. Tapi, sekurang2nya, aku masih berada di tanah yang sama dengan emak ayah aku.

Walaupun aku tak dapat balik beraya, sorang2 di perantauan, atleast bila2 je aku boleh start enjin kereta untuk balik kampung kalau keluar pengumuman PKP ditamatkan.

Takde nak terbeli tiket awal, atau missed tiket. Tapi apa2 pun, ni bergantung pada rezeki. Kalau Allau nakkkan sesuatu tu jadi, maka jadilah, n takkan jadi tanpa izin-Nya.

Masa PKP ni kan bosan. Kelas online tak sama macam face to face. Face to face, kita banyak lagi kerja untuk dibuat di pejabat, berbanding masa online class, kerjanya cuma perbincangan dua hala thru gmeet. Maka, aku rajin lah main Facebook.

Satu lagi nikmat yang perlu aku syukuri, aku kenal suami aku sekarang. Ehhh. Kalau aku tak tersangkut di negeri orang, kalau aku terkurung dengan mak ayah aku, rasanya tak jumpa lagi beliau,

Sebab duduk dengan mak ayah maksudnya hari2 ada je aktiviti fizikal yang buat tak sempat nak tengok fon pun.

2022

Disember, aku kahwin dengan jiran tadi. Alhamdulillah, tak payah kami pening nak balik rumah mak ayah mana2. Sebab dekat. Jerit pun dengar.

2023

Januari aku mohon egtukar. Mohon main2 je sebenarnya. Sekadar nak memeriahkan suasana masa musim result keluar. Sebab aku fikir, kawan2 aku yang bertahun kahwin masih gagal untuk duduk bersama.

Tup2, Februari keluar result, Alhamdulillah, another nikmat yang Allah bagi. Tempoh PJJ tak sampai tiga bulan. Dapat serumah dengan suami, dekat dengan mak ayah aku, n mak ayah mentua.

Sekarang aku di sekolah baru, satu lagi nikmat yang aku kena syukuri sebab aku tak dipostingkan ke sini awal2.

Sebab aku tengok, semua yang posting sini kena jadi warden, n disebabkan aku tak posting sini terus dulu, aku terselamat dari jawatan yang semua orang taknak ni.

Dan yang terakhir, nikmat yang terbesar aku kena syukuri sebab aku dilahirkan sebagai aku. Jenis yang orang kata, letak lah aku di mana pun, aku ada je cara untuk bahagiakan hidup aku.

Nanti kalau aku rajin, nak cerita tentang ujian2 pulak, yang datang sebenarnya dari perangai aku sendiri, bukan dari orang lain sangat pun. Sekian.

– IndaHH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *