Tersekat Antara 1bu dan B4pa

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan/Puan budiman.

Saya ingin berkongsi beberapa perkara akibat kebuntuan yang melanda dan jasa baik untuk memberikan pendapat supaya saya boleh buat keputusan demi kemaslahatan semua pihak.

Saya tidak mahir dalam mengarang ayat, tapi saya letak hanya poin-poin sahaja dan maaf jika poin-poin tersebut tidak teratur.

1. Ibu bapa saya telah bercerai hampir 15 tahun.

2. Akan tetapi, ibu saya masih menetap di rumah yang sama selama ini.

3. Bapa saya telah membeli rumah di pekan yang lain tetapi tetap 1 daerah dan berkahwin baru. Ibu tiri saya berada di rumah di negeri lain.

4. Kami 5 beradik dan saya sulong, saya telah berkahwin dan 1 adik saya telah berkahwin menetap di negeri lain.

Saya menetap di daerah sama berikutan kerja dengan syarikat ayah. Adik-adik lain bekerja lain dan yang bongsu baru habis pengajian tinggi. Mereka bertiga menetap di rumah ibu saya.

5. Kami semua tinggal dalam 1 daerah.

6. Bapa saya memperuntukkan RM5,000 (termasuk caruman KWSP) sebulan untuk ibu saya sebagai gaji (tidak bekerja secara fizikal)/nafkah ketika masih berkahwin disebabkan ibu saya adalah ahli lembaga pengarah syarikat bagi syarikat bersekutu lain kami.

7. Semasa berkahwin, bapa saya juga memperutukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan kami serta peruntukan lain bagi bil utiliti serta penyelenggaran rumah sebanyak RM 4,000.

8. Alhamdulillah, keluarga saya cukup makan cukup pakai. Akan tetapi, ketika ayah saya masih menerajui keluarga, ayah saya seorang yang tegas.

Kami semua hanya akur dan patuh segala arahan diberikan. Bukan keluarga yang sejenis bercakap atau berbincang secara santai. Hanya menerima segala arahan daripada sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara.

9. Ayah saya sejenis memberikan arahan bukan secara literal serta spesifik dan tatacara penyelesaian masalah. Seperti contoh, keperluan meyelenggara kenderaan.

Apa yang rosak dan cara untuk baiki, harus dilakukan dan difikirkan sendiri. Saya OK dengan perkara tersebut mungkin disebabkan daripada kecil diajar berdikari sedemikian.

10. Selain itu juga, ayah saya jenis memberikan sesuatu barang/wang dengan tidak isytiharkan/memberitahu dengan terperinci kepada ahli keluarga seperti contoh wang perbelanjaan di universiti, perbelanjaan rumah atau perbelanjaan bercuti bersama sahabat.

11. Setelah bercerai, ibu saya masih menerima wang tersebut sebagai ihsan akan tetapi perkara tersebut tidak dijelaskan dengan terang.

12. Sehingga kini, jumlah pendapatan secara tunai ibu saya adalah ±RM 4,000 (setelah ditolak caruman KWSP) + RM 4,000 (Peruntukan pengurusan rumah).

Ibu saya juga masih menggunakan sebuah kereta milik syarikat (dari mereka berkahwin) dan ibu saya menerima hibah sebuah kereta akibat perceraian mereka disaksikan/diuruskan peguam cerai.

Selain itu juga, bil telefon dan insuran medikal ibu saya juga dibiayai ayah saya.

13. Semasa berkerja, saya faham jerih perih mencari pendapatan bagi pihak ayah saya.

14. Kini, ayah saya lebih terbuka banyak bercakap mengenai segala hal berkaitan dengan keluargaan

(mungkin sebab usia semakin senja atau mencari orang untuk berbincang sebab tidak mampu berfikir sendiri – andaian/pemahaman saya) seperti harta, tanah, wang dan lain-lain sambil perbincangan mengenai hal kerja.

15. Akhir-akhir ini, ayah saya ada membangkitkan isu kearah seperti ketidakpatuhan perbelanjaan rumah oleh ibu saya.

Ayah saya merasakan perbelanjaan rumah tersebut tidak sebaik mungkin berikutan tidak mengikut piawaian yang sesuai.

16. Dan saya faham, ayah saya cuba meminta saya untuk membantu beliau dalam menguruskan perkara ini.

Oleh yang demikian, saya telah menceriakan kembali rumah tersebut dengan walaupun tidak menghampiri kesempurnaan dengan bajet yang baru.

17. Saya ada bertanya mengenai peruntukan (setelah diberitahu oleh saya secara khusus) itu semua kepada ibu saya, akan tetapi saya tidak mendapat jawapan yang konkrit, hanyalah ibu saya menyatakan beliau tahu menguruskan duit.

Jadi, sebagai yang malas menimbulkan perbalahan, saya hanya teruskan arahan yang harus dilakukan.

18. Ayah saya malas untuk mempertikaikan wang peruntukan penjagaan pengurusan rumah dengan menyuntik dana baru.

19. Pada hujung tahun ini, keluarga adik beradik sebelah ayah saya akan majlis pernikahan di Pulau utara tanah air.

20. Pada awal penceraian, kami sejujurnya blur apa perlu buat atas perkara berlaku. Ibu masih balik kampung atuk belah ayah saya ketika raya berikutan adik-beradik ayah memang agak rapat dengan ibu saya.

Tambahan itu pula, ibu saya telah kehilangan orang tua nya. Saya hanya kenal nenek saya di sebelah ibu sahaja yang pernah bersua ketika kecil.

21. Ayah saya berkahwin baru setelah beberapa tahun bercerai.

22. Pada satu tahun itu, ibu saya bertembung dengan ibu tiri saya terbaru (saya tiada di kampung berikutan isteri saya baru hamil anak pertama dan tidak mahu berjalan jauh).

Lalu terjadi kejadiaan di mana semua orang rasa (baca adik beradik ayah) bersalah tidak tahu mahu bantu yang mana satu.

23. Setelah berlaku perkara itu, atuk saya kini tidak duduk dirumah itu dan duduk di rumah antara adik beradik ayah. Sesiapa nak lawat boleh datang.

24. Pada suatu ketika, ada jemputan masjlis tapi ayah saya hadir dengan tidak bersama ibu tiri saya berikutan tidak mahu kisah berulang.

25. Berbalik kepada para 18 dan 16, ayah saya memberitahu saya supaya memberitahu ibu saya untuk tidak hadir ke majlis tersebut demi kebaikan semua orang.

26. Mungkin ayah saya fikir (andaian/pemahaman saya dari segi tingkah laku) sudah tiba masanya untuk totally stop kan semua benda yang relate akibat sudah hampir saban tahun tiada apa-apa, dari segi kewangan dan urusan keluarga kecuali penting.

27. Ayah ibu saya sudah lama tidak berbicara secara bersemuka atau telefon melainkan perkara yang penting seperti berkenaan adik saya.

28. Sebab dari pengamatan saya, kebanyakkan pasangan yang bercerai sudah tidak berkait lagi tentang apa-apa lagi dari segi kewangan atau kekeluargaan secara rapat.

29. Mungkin itu yang cuba disampaikan oleh ayah saya melalui para 25 dan para 27.

30. Saya boleh lihat ayah sudah 100% pasti sudah move-on dan pernah menyatakan kepada semua adik beradik nya tidak akan berkahwin/rujuk semula ibu saya sebulan ayah saya menikah baru.

31. Untuk ibu saya, walaupun secara mulut cakap sudah move on dan memaafkan, tapi dari segi tingkah laku saya perhatikan masih tidak. Saya rasa hal ini disebabkan masih duduk di rumah mereka berkahwin selama ini.

32. Saya ada cadangkan kepada ibu saya supaya berkahwin baru dan dia tidak menyatakan apa-apa jawapan.

33. Saya sebagai anak sulung saya harus bertanggungjawab akan hal ini dengan membantu dalam menyelesaikan hal ini dengan tuntas dan berhemah demi menjaga hati semua orang especially ibu saya atas sebab tuntutan islam serta adil saksama.

34. Pak cik saya juga telah menyediakan hotel untuk saya, adik beradik serta ayah dan ibu tiri. Untuk ibu saya, telah menyediakan inap desa untuk hari kejadian (rujuk para 18).

35. Mungkin daripada side adik beradik ayah tidak mahu bercakap hal ini takut menyakitkan semua pihak dan harap semua orang faham dan selesaikan sendiri. Hahaha.

36. Saya ada juga terfikir, sudah tiba masanya untuk ibu saya stand down dan kembalikan hak sepatutnya kepada yang lebih berhak untuk hal seperti kewangan dan kekeluargaan.

37. Mungkin ini yang ayah saya harap ibu faham, duit yang diberi selama ini untuk disimpan untuk digunakan pada masa bila memerlukan.

38. Sekarang, bagaimana saya ingin memahamkan ibu saya untuk para 24 dan 35.

Harap coretan saya ini dapat saya melepaskan apa yang terbuku di dada dan mohon jasa baik untuk cadangan yang paling releven serta patuh shariah dalam menyelesaikan permasalahan saya.

Semoga jasa baik tuan/puan dibalas kebaikkan olehNya.

– Kompius Ibrahim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *