An4k Kesayangan

Aku nak cerita tentang abang aku.

Abang aku ni dia seorang yang pendiam, pandai orangnya dan sekarang dah menjadi seorang yang berkerjaya.

Aku sebagai adik sangat kagum melihat dirinya sebab dalam adik beradik aku, dia yang berjaya ke menara gading.

Mak abah aku memang sayang gila dengan abang aku ni. Yela anak lelaki sorang je. Mana la tak sayang kan.

Lepas je abang aku dah grad dia pun membuat keputusan untuk berkahwin dengan pilihan hati nya sendiri.

Mak abah aku dia tak pernah nak masuk campur hal kami adik beradik bab mencari pasangan ni.

Okay berbalik pada cerita. Untuk pengetahuan korang la abang aku kawin sejurus dia grad so time tu dia kerja pun macam tak sempat la balas budi mak abah aku ni. Sebab nak kawin kan. Kena cari duit.

Time dapat tau je abang aku nak kawin, makcik aku yang paling rapat dengan abang aku dia bantah sebab kata nya abang aku tak nak balas budi mak abah aku.

Sebab asalnya keluarga aku orang susah duduk pun rumah pprt je.

Lepas tu mak abah aku abaikan je dan diorang setuju abang aku kawin. Mak abah aku pun suruh la abang aku bawa kenal bakal menantu dia.

Mula mula mak aku okay la, berkenan je. Lepas tu buat la proses seterusnya merisik la, tunang pastu kawin.

Kau tau time majlis sanding belah lelaki. Abang aku boleh cakap dia tak nak buat kenduri dekat rumah mak abah aku, dia cakap nak buat dekat rumah nenek aku sebab rumah nenek besar.

Kiranya abang aku ni malu la orang tau yang rumah dia sebenarnya kecik je, rumah bantuan pulak tu. Tapi mak aku iyakan aje permintaan dia.

Kalau nak dikirakan dalam adik beradik aku ni. Mak paling manja kan abang aku la. Apa dia nak semua dapat. Btw abang aku ni anak no 2.

Selepas je abang aku kawin. Aku dah berenggang dengan dia maklum la bini dia boleh jealous aku dengan abang aku sendiri, bukan nya aku berpeluk pun dengan abang aku pun. Eee geli aku.

Okay nak cerita pasal kakak ipar aku pulak bini kepada abang aku tadi.

Kakak ipar aku pun orang susah tapi diva kalah anak orang kaya, berlagak. Aku mula mula pun meluat juga tengok perangai dia tu. Tapi nak buat macam mana. Dah itu pilihan abang aku.

Abang aku ni jenis dia memang ikut je kehendak bini. Kalau bini kata A. A la dia buat.

Kadang aku pun tak faham sapa isteri sapa suami. Selepas sebulan abang aku kawin. Abang aku beritahu mak aku yang bini dia ngandung.

Mak aku memang tak terkejut la sebab keluarga kiteorang pun majority bunting pelamin.

Okay lepas beberapa bulan kakak ipar aku bersalin. Dalam pantang mak aku la jaga konon nye. Nak jadi mak mertua yang baik.

Selepas kakak ipar aku habis je pantang. Dia ajak abang aku balik kampung dia.

Lepas beberapa hari dia balik kampung dia, tiba tiba dia menyepi, takda nak call mak aku ke apa. Mak aku macam tertanya tanya la kan. Biasa la orang tua.

Mak aku suruh aku contact kakak ipar aku tanya bila nak balik. And dia kata tak boleh balik sebab abang aku sibuk kerja.

Btw time ni abang aku bekerja dia taiping. Dan rumah mak aku di ipoh.

Nak dijdikan cerita abang aku hanya balik time raya je itupun raya pertama je pastu petang tu dah balik rumah mertua dia di kedah.

Bende ni jadi berlarutan sehingga la kakak aku yang no 3 ni nak kawin.

Kakak aku kawin time tu raya ketiga so time tu ramai la juga orang cuti lagikan.

Tapi abang aku tak balik. ABANG AKU sendiri tak balik untuk kenduri adik dia sendiri.

Korang bayangkan la perasaaan kakak aku time tu. Hari bahagia dia. Takda abang kandung dia sendiri.

Aku time tu jangan cakap la rasa nak telefon maki ja abang aku tu. Abah aku telefon abang aku banyak kali tapi tak dapat.

Setelah selesai majlis apa semua, Abah aku try telefon abang aku,

Sekali abang aku angkat telefon.. Dengan takda serba salah nya boleh kata kat abah aku. “Ha kenapa bah call ni.. tengah sibuk ni”

Aku yang dengar ni macam, “what the h*ll. Kau ni dah kenapa hah, kena sampuk ke, kalau kau ngadap je kerja tu takkan habis”, aku memang marah gila time tu.

Pastu abah aku terus tutup telefon. Lain air muka abah aku time tu dengar anak kesayangan dia kata macam tu.

Aku sebagai ank bongsu pun taktau la nak cakap, abang aku layan mak abah aku tu teruk pun diorang tetap mengalah sebab 1 perkara.

Abang aku pernah ugut mak abah aku yang dia tak nak balik dah dan mak abah aku takkan jumpa cucu diorang lagi kalau mak abah aku tak layan isteri dia baik baik.

Mak abah aku tu sayang gila dekat menantu dia. Sampaikan kalau diorang nak balik. Mak aku kemas bilik, masak makanan fav diorang, tak bagi menantu dia kemas rumah, sebab risau letih.

Pastu aku la yang anak bongsu la yang akan kena marah, kena buat semua tu. Mengemas la, membasuh la apa la..

Tapi aku rasa pelik gila dengan perangai kakak ipar aku ni. Sangat memelikkan. Ada lagi sambungan nya. Nanti la aku sambung.

Nanti aku sambung cerita pasal muslihat kakak ipar aku tu. Dan punca kenapa abang aku taknak balik kampung dah

Saya minta maaf la ye kalau jalan penceritaan saya ni agak memeningkan tapi saya lega dapat meluahkan isi hati saya ni.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *