Hi semua. Aku harap confession aku disiarkan, sekadar ingin membaca pendapat dari pembaca pembaca IIUM Confession ni.
Nama aku Kiki, aku dah berkahwin dengan suami aku 3 tahun.
Setelah berkahwin, pertama kali aku balik ke rumahnya aku disambut elok oleh semua ahli keluarga suami termasuk mama.
Sehingga sekarang layanan mama kepadaku elok tetapi ada satu perangai yang pelik tentang mama.
Mama seorang yang liar. Jarang berada di rumah kerana keluar dengan kawan kawan tanpa izin papa,
Karaoke sehingga lewat malam, pukul 6 pagi pun belum pulang ke rumah dan ada tabiat main judi.
Tentang papa pula, walaupun sudah pencen dari kerja kerajaan, namun masih bekerja kerana sikap mama yang hari hari meminta duit beratus ringgit sehari.
Suami ku anak kedua dan mempunyai seorang kakak dan adik perempuan.
Anak anak menjadi mangsa tempat mama mengugut minta duit apabila papa sudah kehabisan duit untuk diberi kepada mama.
Pernah sekali suami di ugut oleh mama, kata nya jika suamiku tidak mahu memberikan duit, dia akan berhutang dengan ahlong.
Anak anak yang lain pun acap kali sudah di ugut begitu, risau kalau mama berhutang dengan ahlong, suami dan adik beradik yang lain terpaksa memberi duit kepada mama.
Bukan anak anak tak kasi duit bulanan, masing masing menjalankan tanggungjawab tak pernah lupa untuk bagi duit dekat mama tiap tiap bulan.
Papa pula satu sen pun tidak mahu ambil duit anak anak kerana papa tahu mama sering meminta duit walaupun dah diberi duit bulanan.
Boleh dikatakan setiap minggu mama akan meminta beratus ringgit dari anak anak nya.
Suami dan adik beradik nya tidak kisah untuk selalu membantu kewangan mama jika duit yang diberikan digunakan untuk belanja dapur atau belanja barang rumah,
Tetapi digunakan untuk perkara yang tidak elok terutama nya berjudi.
Barang dapur dan barang rumah adik suami yang selalu belikan, papa pun terpaksa makan di luar kerana mama sering tiada di rumah.
Bukan papa tak pernah tegur, tetapi mama akan mengamuk menjerit jerit kembali kepada papa apabila ditegur.
Pernah juga kantoi depan aku mama berjudi online dalam telefon semasa kami semua keluar berbuka puasa, kerana malu dengan menantu, papa terus menegur mama untuk menyimpan telefon.
Puasa tidak, sembahyang tidak, malah berjudi. Sangat la tidak kena untuk seorang wanita umur 50 an melakukan perangai sebegini.
Anak anak semua sudah tidak tahan dengan perangai mama. Mama juga pernah tuduh aku kaki kikis, aku kawal suami di whatsapp bila suami tidak ingin menurut memberi duit.
Tapi bila jumpa aku depan depan, elok pula peluk senyum, sangat hipokrit.
Semua perangai perangai mama yang liar ni suami tidak pernah ceritakan padaku, malah aku juga tidak pernah di’invite’ dalam group whatsapp family.
Aku tahu semua ini sebab aku curi curi baca whatsapp conversation dalam group family dorang.
Aku sendiri tak tahan melihat perangai mama yang selalu ganggu suami, whatsapp dan call suami mintak duit tiap tiap minggu,
Suami pun ada komitmen untuk keluarga kecil kami sehingga aku dengan rela hati bantu suami aku dari segi kewangan.
Tetapi aku tolong suami dalam keadaan tidak ikhlas kerana aku tahu duit suami banyak habis untuk menganggung mama melakukan perkara liar.
Aku tidak marah dan makan hati kalau suami terpaksa menghulur duit untuk mama jika duit yang diberikan digunakan untuk perbelanjaan yang sepatutnya.
Tapi bila aku tahu duit yang diberikan digunakan untuk berjudi, keluar bersuka ria dengan kawan kawan, itu yang membuat aku sakit hati.
Tapi itu la, aku sakit hati sorang sorang sebab suami aku tidak tahu yang aku tahu perangai liar mama nya.
Nak diluah kepada suami, aku tak tahu macam mana nak mula sebab liar macam mana pun wanita tua itu, mama tetap ibu nya. Aku buntu.
– Kiki (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit