Aku Yang Tiada Aura

Salam sejahtera semua pembaca, saya nak minta pendapat. Seandainya penulisan ini pun tiada aura, haha tapi sudi-sudilah membaca dan turunkan pendapat atau solusi. Hmmm….

Intro sikit diri ini – seorang wanita berumur 30 an, telah berkahwin, memiliki 2 pasang anak, bekerja 8 am-5 pm. Bukan introvert… Saya rasakan yang saya tiada aura. Kenapa saya cakap macam tu….

Ibu ayah – saya duduk jauh beratus kilometer dari mereka. Agak terbatas berbakti secara bersemuka dengan mereka disebabkan faktor jauh,

Namun dapatlah berbakti cara lain, contoh kalau ada hal² berkaitan kesihatan terutamanya, saya uruskan tapi secara jauhlah memandangkan saya staff kkm,

Dapatlah bantu mereka dalam urusan set appointment dan bacakan result mereka, lebih kurang macam tula.

Selain itu, bila saya balik ke rumah mereka saya akan all out menyelesaikan kebajikan mereka dan hal² rumah dan ambil alih tugas adik yang tinggal sekali dengan ibu ayah.

Sepanjang saya berada di sana itula saya iqram mereka semampunya. Namun, ibu ayah lebih utamakan adik no 4, contoh kalau diorang marah sangat² dengan no 4, sekejap je marahnye, lepas berapa hari dah teringat dan mula sebut no 4, no 4 jarang balik ke rumah mereka,

Kalau pergi pun sebab nak minta tolong tengokkan anak² diorang bila diorang ada hal. Perkara ini mak dan adik yang tinggal sekali pernah meluah ke saya.

Setiap kali saya balik, akan ada dialog mana la no 3, tak mai², rindu sangat dengan anak² diorang, dekat anak² saya, tak pernah ada dialog macam ni .

Masa pkp, bila dah bole cross border, saya balik dengan riangnya, elok saya setting meja makan, ayah bersuara mana cucu2 atok (anak² no 3, tak datang sini) saya geram jugakla, tapi tula apa daya saya…. Sebab kita tak de hak nak merajuk dengan mak ayah,

Saya pernah test seminggu tak kol mak, hari ke 7 saya kol jugak sebab tak tahan haha, tapi kalau no 4, 2 hari tak dengar kabar berita, dalam wassap grup family berulang ulang tanya kabar diorang, ada mana, napa senyap jer, cucu² nenek tak rindu nenek ke????

Itupun adik no 4 & isteri dia pernah query kenapa masa saya pantang, mak saya p jaga saya, sejak itu, mak dah jarang datang rumah saya, mungkin jaga hati diorang, tapi mak cakap mak dah tak larat jalan jauh, tak pelaaaa.. saya pun mungkin dah tutup kilang kot haha…

Dan kalau mak ayah pergi berjalan beli cenderahati, anak no 4 dan cucu di sana dah tentu dapat macam², anak saya dapat jugak, tapi seorang dua jelah, yang lain², tak dapat so share la…

Dan pernah masa tu family day, nak amik gambar ramai², mak tak mau bergambar selagi no 4 tak sampai, kami ajak gambar dia bad mood, elok no 4 sampai, dia pun bergambar pelbagai aksi,

Belum cerita, mak up gambar dan aktiviti cucu² sana di medsos, opkos anak2 no 4 semuanya ada, anak² yang tinggal dengan dia pun ada, anak saya tiada….

Saya kekadang mesti la eksaited post gambar anak saya terima anugerah semua dalam family grup, tapi tula setakat di situ sajala. Saya tak kisah kalau mak tak up dalam medsos, tapi kenapa anak² saya tiada tersenarai …

Adik – seorang je adik perempuan yang saya ada, dipendekkan cerita saya pun tiada aura kat dia rasanya jugak, sebab bila saya balik, kalau nak ajak dia buat apa² aktiviti, dia nak kena tanya dulu sepupu kami, available ke tidak untuk join,

Yelah, saya tau diorang memang rapat, saya tak de masalah pun kalau sepupu nak join, tapi, kenapa tanya sepupu tu avai ke tak, lepastu dengan saya dia suka marah kalau saya tegur dia ataupun tak sependapat dengan fikiran dia,

Tapi dengan sepupu tu, dia jaga hati sungguh, kita dahlah jarang balik, nak menumpang kasih, kekadang rasa tak mau balik sana…. Tapi tula kan, kat sini pun orang² terdekat pun sama juga.

Suami – dia pulak lebih kepada keluarga dia, pernah saya tengah sarat, demam pulak, dia diminta untuk hantar ayah mertua ke rumah kakak dia ,jauh dalam 1 jam perjalanan, saya tak dapat ikut dengan keadaan saya waktu tu, dan saya tiada masalah suami pergi hantar ayah,

Saya punya tunggu dia sampai lewat malam tak balik², rupanya diorang ajak dia makan malam sekali dan dia hanya beritahu saya selepas saya sampai rumah, sampai hati suami biarkan saya seorang di rumah dalam keadaan macam tu dahlah saya tak makan apa,

Nak bangun tak larat, demam, sadisss… dan kalau ada berkumpul keluarga, suami tak pi makan dengan saya yang sedang makan dengan anak², tapi pergi ke keluarga kakak dia makan berjemaah, sensitif ke saya ni???

Ibaratnye kalau pergi gathering side dia, dia tak kenal saya ,masuk kereta baru kenal balik, tiap kali macam tu lahhh. Pernah tanya dia, dia kata andaian saya je….

Ada lagi peristiwa yang suami lebihkan keluarga dia daripada saya sendiri, panjang pulak nanti.

Kawan -kawan –  yang ni pun berlaku perkara yang sama, contoh, kalau 2 orang kawan ajak saya pergi makan ke beli barang ke, kenduri ke, diorang akan duduk berdua je, macam saya tak de, tapi bila nak balik cari saya haha.

Pernah kawan seorang ni duduk semeja dengan saya, bila saya pergi ambil makanan, tengok dia dah hilang rupanya pergi makan dengan kawan lagi seorang,

Saya nak pergi makan sekali, tak dapat sebab meja terhad, bukan sekali dua tapi tiap kali, oleh itu, saya nokhtahkan yang saya dah tak pergi mana² dengan mereka. Tapi tula kan, lepas berapa hari tu diorang cakap saya dah berubah…

Ohhh kat tempat kerja lama, pernah ada seorang kawan ni ada terasa dengan saya, dan bila ada dinner, ada acara gambar beramai ramai, dia cakap dengan saya supaya saya jangan ada sekali dalam gambar tu, terkedu kejap..

Dan kesannya sampai sekarang saya fobia nak gambar beramai bersama grup kawan².

2 tahun lepas, saya dapat tahu dia ada bergaduh dengan teammate dia, isu besar juga, riuh satu bangunan, tapi tula mungkin teammate tu ada aura, sekejap je baik semula, huhu.

Anak- anak – setakat ni anak² masih melekat dengan saya, tak pasti akan datang saya ada aura ke tidak kepada mereka….

Saya dah buat yang terbaik & termampu untuk orang-orang sekeliling saya, tapi itula terkadang rasa ditakdirkan saya dipilih tempuh keadaan ini.

Apa pandangan pembaca?

– -EmilEmilia- (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *