Assalamualaikum semua. Aku nak cerita pasal macam mana aku boleh dapat boss toxic macam mana ni. Aku namakan aku, Sha. Berkerja di sebuah syarikat yang aku rasa kira selesa nak settle down sebab company yang aku kerja ni GLC.
Aku degree holder tapi aku jadi PA sahaja. Dekat company aku ni orang masuk semua memang guna cable. Senang cerita aku pun masuk atas kenalan keluarga yang mana ayah aku bantu untuk aku masuk disini.
Iye aku sedar aku masuk guna kenalan tapi aku tak sia-siakan peluang yang ada aku sebaik mungkin lakukan kerja aku dengan baik dan sangatlah cemerlang. Masalah aku sekarang ni adalah boss aku perempuan toxic!
Kenapa aku cakap dia toxic? Dia ni memang super toxic. Aku stress sampai kadang aku rasa aku nak berhenti. Dia suka marah and Malukan aku depan orang semua orang.
Iye! Dia Malukan aku and marah aku tanpa sebab kadang depan semua orang. Aku pendekkan ceritalah sebab bila nak fikir balik kejadian-kejadian yang menyakitkan hati aku boleh kena anxiety attack.
Sampai aku rasa macam nasib aku tak baik sebab dapat boss toxic macam ni. Iye sampai kadang rasa nak sepak terajang muka dia. Bila mana dia suka marah-marah aku, aku suka berimaginasi aku sepak terajang seret muka dia.
Walhal benda tu tak terjadi tapi aku berimaginasi. Aku tak boleh nak lawan. Yelah dia boss kan. Kalau lawan nanti aku kena Pindah ke negeri lain tak pun aku di campak dekat unit yang aku tak nak.
Nak dijadikan cerita padah hujung tahun 2022 aku mengandung anak ke-dua. Tak sangka sangat sebab perkahwinan yang baharu ni aku dikurniakan anak yang comel dan sangat menyenangkan.
Penguat kasih sayang antara cinta aku dan suami. Alhamdulillah. Baru nak happy-happy lepas tu kena pulak fikir macam mana dengan kondisi aku yang mengandung ni aku nak kena hadap boss aku yang toxic ni.
Dahlah aku kena jaga dia, kau bayangkan pa kepada boss toxic yang kau sendiri rasa nak maki hamun dia dengan perangai dia yang tak tentu pasal nak mengamuk. Dasar perempuan mulut puaka.
Oh iye aku lupa nak describe macam mana boss perempuan aku yang toxic ni. Dia pendek gemuk, free hair and of course suara terpekik terlolong macam orang gila. Suka marah orang dan jatuhkan maruah orang depan-depan orang.
Kadang benda-benda kecik pun nak heboh macam dia yang terpaling bagus dalam dunia ni dan yang paling penting dia tak kahwin lagi walapun tahun ni dia dah masuk 42 tahun. Berlagak dengan pangkat dan apa yang dia ada sekarang.
Memang betullah orang cakap perempuan ni tak boleh jadi boss dan diaorang tak boleh nak pimpin orang sebab perempuan suka guna emosi untuk buat apa-apa keputusan. Lagi-lagi kalau tak kahwin memanglah cepat dan suka meroyan.
Mungkin orang macam ni dan tak kasar aku nak cakap level-level andartu ni tk pernah dapat belaian dan kasih sayang dari seorang lelaki tu yang perangai macam Haram gitu.
Okay berbalik kepada macam mana aku lalui bekerja dengan boss perempuan toxic ni. Sepanjang aku mengandung memang aku kena alahan yang agak teruk sampaikan aku tak boleh nak bangun pergi kerja, badan-badan aku naik gatal-gatal aku garu sampai luka berdarah-darah.
Aku juga kerap cuti sebab aku penat melayan alahan aku ni. Pagi petang siang malam asyik muntah je sampai lembik di buatnya. Dari hari pertama aku cakap aku mengandung satu ucapan tahniah pun tak pernah keluar dari mulut bos aku ni.
Siap pesan dekat aku buat kerja elok-elok lagi adalah sebab dia cakap sampai hujung tahun dia akan busy dengan kerja-kerja dan meeting-meeting dia. Aku hanya tunduk berdiam diri sebab aku memang tak mampu nak balas apa-apa dengan keadaan aku yang lemah waktu tu.
Bermula dari hari itu hari-hari aku di office memang sangat suram. Ada je benda yang tak kena.
Aku rasa waktu aku mengandung ni lagi banyak dia marah-marah and tinggi suara dekat aku dan setiap kali dia marah dan tinggi suara dekat aku itulah juga aku cakap dekat anak dalam kandung aku, “Jangan dengar iye sayang, mama tak nak anak mama stress tau.”
Dan setiap balik kerja itulah aku akan luahkan apa yang aku rasa sepenuh hati aku dekat husband aku. Husband aku hanya mampu memberi aku rasa tenang dan jadi penyabar untuk aku sabar dengan manusia macam ni.
Benda yang paling aku takkan lupa dan aku takkan maafkan sampai aku mati apa yang dia buat dekat aku. Aku ingat lagi, bila aku kerap cuti dia akan push suruh tanya aku bila nak masuk kerja dan buat kerja-kerja yang tertangguh.
Walaupun aku masuk hospital pun dia tetap akan push and whatsapp aku tanya pasal kerja dan push-push aku. Kadang tu aku jadi takut nak tengok telefun sebab takut kalau-kalau dia yang whatsapp dan call aku.
Disebabkan boss toxic ni sepanjang pregnancy aku paranoid sangat dengan orang-orang yang badmood titiba nak marah tanpa sebab. Sebab aku akan teringat dekat boss aku yang toxic ni.
Aku ingat lagi time aku pergi checkup 32 minggu kandungan di klinik kerajaan. Aku amik half day tapi dia tak bagi.
Walhal time tu aku dah memang amik cuti tapi disebabkan ada benda-benda urgent pasal kerja yang tak boleh dielak aku diarahkan untuk cancel appointment aku, untuk focus dengan kerja.
Aku memang dah takut dengan perempuan toxic ni dan iye, aku amik cuti untuk puaskan hati dia. Sampai nurse dekat klinik kesihatan tu marah aku.
So, aku amik lah half day untuk hari seterusnya check up baby aku. Itu pun boss aku tak bagi aku amik cuti. Korang faham-fahamlah kalau check up dekat klinik government ni memang lama sangat. Kadang tu dari pagi smpai ke petang still tak settle lagi.
Aku half day pagi, 8pagi -12tengah hari. Kau bayangkan dekat aku dah nervous sebab dah pukul 11 am aku still tak settle-settle lagi urusan check up aku. Aku punya lah nervous sampaikan aku rasa macam nak tercabut jantung aku dan titiba aku kena anxiety attack.
Doc aku perasan keadaan aku macam tu terus doctor tanya kenapa dan dia suruh aku check up psikiatri.
Kau bayangkan punya aku takut waktu tu sampai aku tak boleh nak bernafas dan aku menangis. Doctor siap cakap nak call boss aku tu untuk mintk permission bagi kelonggaran dekat aku.
Yelah kalau dah pukul 11 am tak siap memang aku takkan masuk office tepat pukul 12.30 tengah hari lah. Silap-silap aku makan maki dia lagi lah.
Aku gagahkan juga diri aku untuk sampai office pada waktu yang dia tetapkan supaya aku boleh settlekan kerja-kerja yang dia mintak sebelum dia nak masuk meeting.
Bersusah payah aku datang office rupanya meeting cancel dia tak inform dekat aku pun. Ya Allah sakitnya hati aku sampai aku menangis macam budak dekat toilet mengenangkan perbuatan boss aku yang toxic ni.
Ya Allah aku memang doa sangat supaya Allah balas apa sahaja perbuatan jahat yang dia buat dekat aku dan orang-orang yang dia aniayai. Semoga satu hari nanti dia akan rasa macam mana perasaan sakit hati orang yang dia aniayai.
Hanya Allah sahaja dapat membalas segala perbuatan hina dan keji kau tu wahai boss toxic! Kau memang tak layak nak jadi boss tapi tulah disebabkan orang dalam dan “cable” kau boleh duduk di jawatan kau sekarang.
Sejak dari kes itu aku dah macam rasa tak sedap hati dengan boss toxic aku ni dan kawan-kawna pejabat aku yang macam suka sangat tengok aku jatuh tersungkur. Boss toxic aku ni perangai dia, dia memang tersangatlah suka dengar sebelah pihak.
Means kalau apa-apa jadi dia takkan nak clarify benda tu dengan dua dua belah pihak, dia akan ambil keputusan yang sangat bodoh dengan dengar sebelah pihak yang dia rasa dia nak pilih untuk dia tahu.
Aku sedih sebab kawan yang aku anggap sahabat antara manusia yang jadi batu api untuk cucuk boss aku supaya benci kan aku.
Ya Allah stressnya aku mengandung time ni smpaikan setiap hari kalau aku pergi kerja aku akan menangis sepuas-puas hati dalam kereta untuk make sure aku tak rosakkan hari-hari aku.
Iye rupanya bukan boss aku je yang toxic dekat office tu tapi kawan sepejabat aku pun toxic sangat-sangat. Dia burukkan aku depan boss aku. Dia cakap dia buat semua kerja aku, macam aku pergi kerja tak buat kerja dan ibarat aku ni jenis makan gaji buta.
Ya Allah rasa macam berat sangat ujian aku sebab di uji dengan manusia yang berhati busuk, dengki dan toxic macam ni. Aku tak sangka apa dan segala hal yang aku ceritakan dekat dia , dia pergi bagi tahu boss toxic aku tu.
Sampai nanti aku akan dimarahi sebab careless lah buat kerja dan macam-macam lagi tomahan yang diaorang buat dekat aku.
Cakap aku selalu hilang bila time kerja pergi, padahal dia yang selalu hilang pergi amik anak sekolah, suami dia demamlah nak kena balik rumah nak masakkanlah, nak kena settlekan anak-anaklah.
Eh, macam-macamlah tapi yang disalahkan aku. Kerja dia banyak sangat yang tertangguh aku buat tanpa aku bercerita satu dunia aku buatkan kerja kau.
Tapi at the end of the aku manusia yang selalu di tuduh tak buat kerja bagi habis dan akulah yang terpaling dipandang buruk oleh boss toxic aku.
Kawan aku ni suka cakap dengan kawan-kawan office aku yang lain jangan cakap lepas pasal boss toxic aku dan bila dengan aku dia akan kutuk dan burukkan kawan-kawan yang lain tapi bila dengan boss dia akan cakap aku yang jahat, aku yang itu ini. Eh semua yang buruk memang akulah.
Aku hanya mampu bersabar aku tak tahu macam mana nak bagi tahu kawan-kawan aku yang lain yang sebenarnya gunting dalam lipatan adalah dia.
Boss aku masih tenang mendapat segala info-info dari bawah sebab perempuan ni yang banyak mengadu kat dia pasal semua benda.
Tak sangka besar ujian aku sepanjang mengandung ni. Dapat boss toxic and dapat kawan pun jenis backstab aku dari belakang. Bila ingat-ingat balik apa yang kawan aku buat ni sampai aku rasa macam nak pecah dada aku menahan marah.
Aku punyalah percaya dia, anak-anak dia kalau dia bawak pergi office aku sayang macam anak-anak aku. Aku selalu belikan dia makanan sebab aku nampak dia selalu berkira-kira nak beli makanan yang sedap-sedap.
Birthday dia aku sambung bagi hadiah best-best sebab aku rasa dia Sahabat aku. Tapi belakang aku macam-macam kau hina kau kutuk aku.
Ha helok lah jadi kawan baik boss toxic aku tu, sebab perangai kau orang dua ni lebih teruk dari syaiton.
Alhamdulillah aku dah bersalin sekarang ni dan tengah cuti 3 bulan ni Ya Allah aku rasa lega sangat dah tak jumpa muka-muka saiton ni sebab kalau aku pandang je muka diaorang aku jadi stress dan aku jadi takut sampai kadang terkena anxiety attack.
Aku harap Allah luaskan rezeki aku untuk aku dapat kerja baru. Aku nk berhenti sebab demi menjaga kesihatan mental aku.
Buat kawan toxic boss toxic aku harap kau baca apa yang aku tulis dan kau kena tahu satu benda yang aku takkan maafkan apa yang kau dah buat dekat aku sampai aku down dan aku rasa dimalukan depan semuaorang.
Dan aku juga doakan apa yang kau buatkan dekat orang, kau akan terima balasannya. Ingat balasan Allah ini cepat atau lambat sahaja dan semoga Allah balas semua apa yang kau pernah buat dekat aku lebih teruk apa yang kau buat. Aamiin
– Sha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit