Si Pendek Yang Narsistik

Assalamualaikum, salam 1 Madani gais.. Nama aku Kotak, seorang rakyat di bandaraya bersejarah. Kat sini aku nak tanya pendapat korang semua.

Pernah tak korang ada kenalan yang bersaiz agak rendah, dan sikap mereka ni selalunya narcisstic, ego, hanya merasakan dia je betul. Orang lain semua salah pada pandangan dia. Tapi dia sorang je lah berpendapat macam tu.

Aku ada kenal dengan seorang mamat bernama Asaluddin Aircond. Nak cakap kawan tu, takda lah juga. Setakat kenal-kenal macam tu je.

Asaluddin ni kategori lelaki yang rendah @ pendek. Dalam 160cm++ je. Aku lagi tinggi dari dia sebab ketinggian aku 177 camtu. Macam mana aku kenal? Melalui projek2 kecil. Sebabnya si Asaluddin ni kontraktor.

Masa tu, aku ada problem kat tempat lama. Dia seboleh mungkin ajak aku kerja dengan dia. Katanya gaji sebulan RM3000.

Untuk aku, amaun tu cukup dengan status aku yang marhaen ni. Cumanya kerja dengan dia takda epf dan socso gais. Aku fikir masak-masak, ok takpa.

Socso aku carum sendiri je. Sebab apa-apa jadi masa kerja nanti, macam mana dengan keluarga kecil aku kan.

Makanya bermula lah aku berhenti tempat lama dan kerja dengan Asaluddin, setelah dia call aku banyak kali untuk kerja dengan dia.

Mula-mula aku cakap, bagilah gaji sebulan sekali RM3000. Tapi dia kata takut tak ada modal, jadi bayar gaji hari RM100 sehari.

Aku fikir, ok sebulan ada 26 hari kerja, dapat RM2600 sebulan masih ok. Awal 2 bulan kerja, gaji hari bayarannya cantik. Tapi tak pernah pun cecah RM2600 apatah lagi RM3000 yang awal-awal dijanjikan.

Lepas tu, Asaluddin mula la janjikan bulan dan bintang dekat aku. Kononnya aku dibayar gaji hari + komisyen untuk projek yang aku handle.

Aku sebetulnya sangat percayakan dia, maklum lah mulut manis macam ada tanam tebu tepi bibir kan. Dia nak aku uruskan projek-projek dia, kira macam supervisor lah kan? Betapa naif nya aku gais, kerana percayakan si pendek ni.

Masuk bulan ke tiga, ada projek sekolah, 4 biji. Dia minta aku uruskan A – Z. Maklumlah, dia ni nak baca plan kerja pun tak reti.

Dia janji kan pada aku, “nanti aku bagi kau komisyen bro. Jangan risau. Satu sekolah ada 4 angka komisyen”. So aku kira paling minimum dia bagi RM1000 lah kan 1 projek sekolah.

Yelah, dia untung satu sekolah minimum pun RM16k, takkan lah RM1k tak boleh bagi aku sebab semua aku uruskan. Masa tu pula, dia busy sebab ‘mata air’ tengah nak bersalin.

Jadi memang dia jarang sangat turun site. Aku lah uruskan segalanya termasuk bila pihak konsultan datang, dia hanya di tepi je dan tolak aku untuk berurusan dengan orang atasan. Yelah, dia kan tak boleh baca plan semua tu. Dia tak faham pun cara kerja.

Nak dijadikan cerita, bulan kemudiannya tu, aku cuma dapat gaji RM1500 je gais. Ya, 1.5k je sebab hanya 15 hari je kerja.

Aku dan yang lain kan dibayar gaji hari. Tak kerja, tak ada lah duit gaji. Alasan yang diberi si pendek ni, tak ada job, jadi memang kitorang tak dipanggil kerja.

Mati kutu aku bulan tu. Mana cukup untuk belanja sebulan. Aku cari job-job tepi demi kelangsungan hidup. Bulan kemudiannya pun sama.

Ada hari kerja, ada hari tak kerja sebab tak ada job kata Asaluddin ni.

Dan satu hari, bocor rahsia dan baru lah aku tahu dari kawan-kawan sekerja. Diorang kata, Asaluddin bagitahu, aku yang merayu-rayu nak kerja dengan dia. Dia pun sebab kesian, panggil aku kerja.

Demi Allah, demi Tuhan, aku sikit pun tak pernah merayu macam tu. Dia yang call aku berkali-kali untuk ajak aku kerja bawah dia.

Aku baru tahu dia sejenis plot twist, lidah bercabang, talam dua muka gais. Depan aku, dia mengutuk kawan-kawan kerja sebab cuti lah apa lah.

Belakang aku, semua yang buruk je dia sebarkan pada orang sekeliling. Dia tak tahu, masa Januari ada seorang abang tu offer aku kerja.

Kata abang tu, aku berkebolehan, dan dia suruh aku quit dengan Asaluddin.

Aku dengan jujur tolak tawaran abang tu sebab aku fikir kan loyalty dan trust yang aku ada pada si Asaluddin ni. Mungkin aku ni terlalu mudah percaya kat orang, kan gaiss? :(

Bulan berganti bulan. Masuk bulan Ramadhan, aku semakin tidak dipanggil bekerja oleh Asaluddin. Dalam group whatsapp, kata tak kerja.

Tapi semua kawan sekerja dipanggil secara private whatsapp. Seolah-olah Asaluddin ni sengaja nak suruh aku quit. Aku tak tahu nak describe macam mana serabutnya masa ni. Mesti korang pelik kan gais.

Pasal apa dia macam berdendam sangat dengan aku. Sebabnya projek yang dia ambil, dia langsung tak buat ikut spek JKR, nak cut cost + maksimumkan profit. Dan dia nak aku sign dokumen-dokumen berkenaan supaya aku lah yang bertanggungjawab.

Kiranya duit dia sorang nak, tapi tanggungjawab semua tolak kat aku. Eh memang aku tak setuju lah nak sign. Melainkan segalanya ikut spesifikasi JKR, baru aku boleh sign. Kalau tak, gila lah aku kan gais?

Jadi, sejak dari situ nampak si Asaluddin ni tak berapa suka kat aku. Dalam 2 minggu lagi nak raya agaknya tak silap aku.

Dia bagitahu semua, last hari kerja selasa. Cuti seminggu sampai 2 mei. Memang terkejut beruk aku. 9 hari cuti woi. Mana nak cari duit ni gais.. Garu kepala aku.

Tak kerja, tak da duit. Tapi masih terngiang kata-kata si pendek ni. “Jangan risau bro. Nanti aku bagi duit raya + komisyen”.

Aku pulun buat kerja tepi untuk cukupkan gaji ku. Dua hari nak raya, si Asaluddin masih diam membisu. Bila aku minta gaji dan komisyen, barulah transfer.

Itu pun dia potong lagi duit komisyen dengan alasan projek tu ada masalah. Aku hanya dapat RM300 je komisyen tu.

Tak cukup gais dengan nak buat persediaan raya. Dia pula sedap berjalan merata cuti raya tanpa sikit pun fikirkan kesusahan aku dan kawan sekerja yang lain.

Lepas dari raya pula, seminggu ada lah 3 hari atau 2 hari je kerja. Aku memang busy isi jobstreet, indeed, myfuturejob dari awal bulan.

Nasib baik ada kerja-kerja tepi untuk tambahkan income bulanan aku. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan. Macam biasa, aku diketepikan dari kerja oleh si Asaluddin ni.

Aku ambil keputusan untuk bersemuka dengan dia. Tu pun lepas kawan-kawan sekerja dah pergi ke site, sebab aku masih fikir nak jaga air muka dia. Dia nampak sangat terkejut sebab tak sangka aku datang. Yelah aku kan tak dipanggil kerja.

Aku bagitahu niat ku untuk berhenti dan juga tuntutan aku terhadap RM3000 komisyen yang dijanjikan. Untung berpuluh ribu, takkan lah sikit tu je aku minta dia tak boleh bagi kan, lagipun tu dia yang janji.

Si Asaluddin ni balas, bagi tempoh seminggu kat dia. Aku pun iya kan aja.

Seminggu kemudian, guess what gaisss. Benar seperti jangkaan aku. Dia balas mesej aku kata tak ada pula dia janji macam tu. Hahaha.

Kemon lah si pendek, duit masuk poket berpuluh k, tapi bila aku buat tuntutan terus hilang ghaib ke duit tu. Jadi nya memang tak dapat lah aku duit tu.

Duit tu sebenarnya sangat aku perlukan gais bulan ni. Aku baru mula kerja tempat baru, dan perlukan duit untuk bayar itu ini.

Tapi, harapan aku musnah. Silap besar aku adalah tiada perjanjian bertulis antara aku dengan si Asaluddin ni. Sesungguhnya aku lah orang yang terlalu letakkan kepercayaan 100% pada orang yang salah.

Betul lah kata saudara aku. Aku namakan dia sebagai Jin. Jin selalu kata orang pendek yang dia kenal, selalunya perangai hauk.

Dia jelah mangsa keadaan, orang kena percaya cakap dia, suka mengada-adakan cerita, sombong. Dan mereka ni suka plot twist. Macam sama pula deskripsi Jin bagi ni pada sifat Asaluddin.

Lagi satu, mungkin sebab Asaluddin ni orang yang rajin berpolitik. Tulah mulut manis semacam kan. Kalau dengar dia cakap petang ni, besok pun kita boleh petik bintang kat angkasa gais… hahaha.

Dulu sebelum aku kerja dengan dia, kemain dia mengutuk bos tempat lama aku. Katanya kedekut lah, apa lah.

Tapi agaknya tak sedar dia pun sama level je dengan kawan baik dia (ex boss aku) tu. Sebabnya, kerja hari public holiday pun masih dibayar RM100 je, bukan double atau triple. Kerja OT 2-3 jam tak pernah dibayar walau satu sen.

Kalau lah dia naik satu hari nanti, mungkin kah Istidraj? Kalau pun dia jatuh satu hari nanti, mungkin sebab doa orang-orang yang dia zalimi.

Tapi siapa lah aku untuk menghukum macam tu kan? Semua kerja Tuhan. Aku cuma hamba. Cuma aku harap, kezaliman yang dia buat, semoga Tuhan balas cash satu hari nanti.

Hidup ni umpama roda, gais. Tak selamanya kita di atas, mungkin akan terkena pada anak cucu keturunan pula.

Aku minta maaf gais jika ada sesiapa yang bersaiz comel terasa. Korang tak perlu terasa kalau korang manusia yang baik dan tak menzalimi sesama manusia ya.

Adios..

– Encik Kotak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *