Aku Lisa, suami aku Ali. Aku dan Ali berkawin atas dasar cinta. Untuk lebih lanjut aku berkawin kerana terlanjur. Kami sedar akan silap dan dosa kami. Tapi aku bukan nak cerita tentang itu.
Sebelum berkawin aku dah dapati banyak sangat redflat Ali. Aku sedar tetapi aku tak tau kenapa aku terlalu bodoh.
Pada awal hubungan kami, kami mengalami kemalangan kecil, ketika itu aku yang memandu. Salah aku kerana tak lihat cermin sisi ketika reverse dan aku terlanggar motor dibelakang kereta. Aku terus keluar dan owner motosikal tu aunty indian.
Dia terus pekik dan marah aku kerana itu. Aku terus meminta maaf kerana rushing. Dia terus call anak-anak dia. On the spot anak-anak aunty tu datang. Dua orang ye sekali datang. Dengan berbadam besar dan tinggi.
Mereka berdua terus pekik aku tanpa tanya apa yang terjadi. Kita ni kalau panik memang tak boleh pikir ape yang patut kita buatkan. Ali masa tu hanya duduk di sit penumpang sambil meneliti muka buku. Tanpa bertanyakan aku ni ok atau tidak.
Tetiba datang pakcik yang kebetulan ada disitu, terus disarankan aku supaya selesai dibalai. Ali yang baru perasan pakcik tu menegur aku terus keluar dari kereta. Selama 10 minit dia tak peduli indian man tu maki-maki aku ugut-ugut aku baru dia nak keluar dari kereta.
Aku memang tak sangka dia sanggup layan aku macam tu. Aku marah sangat. Terus aku minta putus tanpa berfikir panjang.
Dia terkejut dan terus bagi tau yang dia nak mengajar aku kiranya situasi ni terjadi ketika dia tiada disana. Keadaan ni takkan sama kalau masa tu dia memang tak da.
Tapi apekan daya aku termakan pujukan dalam masa 2 bulan dengan pujuk rayunya. Dia terus hantar rombongan meminang ye.
Disebabkan ini juga lah aku ibarat kena pukau ye. Aku rasa tersentuh sebab macam tu sekali dia betul2 nak peristerikan aku. Selepas 5 bulan terus kami bertunang dan 3 bulan kemudian terus kami bernikah.
Semasa bertunang itu lah kebanyak redflag timbul. Terlalu banyak sampaikan aku sanggup nak cancelkan perkawinan kami 3 hari sebelum pernikahan.
Tapi aku masa tu pikirkan keluarga. Tak sanggup lagi kami malukan keluarga walaupun banyak dosa dah kami lakukan yang jugak malukan family kami.
Redflag semasa pertunangan, salah satunya dia berkira soal duit yang sebelum ni dia tak pernah tunjuk. Mulakan strategik percaturan duit dan macam-macam lagi.
Redflag ni jugak datang dari keluarga mertua. Tapi aku ni buta lagi. Aku tahu selepas aku kawin ye. Selalunya macam tulah kan.
Beberapa hari sebelum majlis Ali keluar dengan abang dia. Boleh pulak masa tu abang Ali ni sebuk dengan baju kawin kami. Dia cakap mahal.
Bukan dia bayar pun, nak sibuk kenapa. Yang si Ali ni salah kan aku sebab dia kata aku tak survey betul-betul. Bukan aku guna duit kau pon Ali.
Aku bentak semasa call. Dan Ali ni bukan pulak loud speaker. Bijak kan Ali ni. Along dia cakap aku ni kurang ajar dan susah kalau macam ni perangai jadi isteri. Perlahan tapi aku dengar setiap perkataan.
Aku bentak balik “bukan Lisa guna duit abang pon. Abang nak bising ape.” Aku terus letak call. Perasaan marah meluap masa tu. Ali block aku sampailah sebelum hari pernikahan kami.
Aku masa tu berserah kalau dia tetiba batalkan dihari terakhir tu. Tapi malam tu diunblock kembali tapi agak pelik aku tak lega pon. Mungkin firasat aku masa tu betul tapi aku menidakkan.
Perkawinan kami bahagia, pada mulanya je. Aku tidak berkerja pada awal 3 bulan perkawinan kami. Dari sini la keluar semua sisi gelap Ali.
Aku ni macam kena tampar bila sedar semuanya. Masa tu aku rasa dah terlambat. Aku mula mencari kerja. Akhirnya aku kerja tapi part time sahaja, tak ada gaji tetap cuma gaji diberi ketika aku kerja. Memang sakit.
Ali layan aku dengan dingin sampai kan aku rasa perkawinan kami tak lama disebabkan kedinginan dia. Dia pernah bagitau patutnya dia senang sekarang kerana 2 orang berkerja. Tapi tidak.
Dia cakap hobinya punah sebab berkawin dengan aku. Hati aku punah dan hancur. Sekelip mata perasaan aku hancur.
Walaupun hati aku hancur tapi aku masih sayangkan dia. Hati aku masih setia terhadapnya. Sehingga aku dapat kerja yang tetap. Kewangan kami makin kukuh dan bahagia.
Masa ni aku masih tutup mata aku. Sebab masing ada duit sendiri dan genap setahun perkawinan aku mengandung. Masa ni muncul kembali sisi gelap Ali.
Masa aku mengandung tidak sikit pon dia hiraukan. Seolah aku ni bukan mengandung anak dia. Apa yang aku mengidam semua aku cari sendiri. Aku ke klinik sendiri. Scan sendiri. Semua pasangan mahukan zuriat sendiri.
Tapi berbeza Ali dan MIL aku. MIL tak sanggup nak tengok anak kesayangan dia ni menjadi ayah yang muda tapi pada aku 28 tahun bukan umur yang muda. MIL menasihati aku supaya cari kerja yang boleh menjamin masa depan anak.
Untuk apa? Supaya tak susahkan anak dia. Dari sini aku nampak didikan mak ayah yang menjadi utama semua ni terjadi. Patutlah anaknya stress bila tak de duit.
Untuk pengetahuan family in law ni agak senang. Duit mereka sentiasa ada berbeza sangan dengan keluarga aku. Adik beradik ramai dan ayah aku yang menyara kami sekeluarga.
Ali seorang yang introvert. Terlampau introvert. Dia tak pandai membawa diri kemana pun dia pergi. Dengan family aku lansung tak rapat.
Jarang balik rumah family aku. Aku pun tak kisah asalkan dia izinkan aku balik rumah family aku. Selepas aku melahirkan anak, aku berpantang dirumah family aku. Ali tak tinggal bersama walaupun rumah kami dan family agak dekat.
Dia hanya datang bila hujung minggu dan cuti. Itu pon dia datang hari sabtu pagi, tidur sehari dan pulang ahad pagi. Duit belanja pantang pon dia tak bagi.
Bukan aku tak pernah bagi tahu dia apa yang perlu dia tanggung. Nampak kan sifat mesra Ali ni. Ali ni selepas kawin aku ibarat tak kenal lansung perangai nye. Berubah 360 darjah.
Habis sahaja pantang Ali tak hiraukan makan minum aku dan anak. Walaupun baru sorang tapi dia dah membebel macam perlu suapkan 10 orang anak. Padahal sikit pon dia tak keluarkan modal untuk anak kami.
Aku diam malas nak panjangkan cerita. Tapi bila diam dia makin melampau. Aku pulak semakin tak tahan. Gaji aku hanya cukup makan.
Ditambah pulak Ali ni citarasa agak besar. Sewa pulak rumah besar. Bayar bulanan 800/bulan. Dia mintak aku kongsi bayaran sewa. Dia cakap tak mampu. Nak bayar kereta, rumah dan bil.
Aku ni pulak jenis cepat kesian terus setuju tanpa memikirkan bebanan aku pula. Selepas dapt anak aku kerap buat overtime. Nak tangung anak lagi diri lagi, suami lagikan. Masa ni kewangan cukup disebabkan overtime tu.
Tiba-tiba company aku cut off semua overtime. Masa ni masalah timbul. Satu-satu masalah datang. Aku mula tak cukup duit, bila mintak dengan Ali, alasan sama dia bagi. Duit habis.
Banyak sangat alasan dan bila aku mengadu. Dia pulak menyalahkan aku boros beli macam2 untuk anak aku. Ni anak aku yang pertama. Baju pon tak banyak. Kalau aku tak beli habis tu nak harapkan siapa.
Disaat aku kesempitan. Mama akulah tempat aku meluahkan rasa. Aku bagitahu segala perit aku lalui sepanjang perkawinan aku dan Ali.
Mama suruh aku melepaskan Ali. Mama cakap dia bukan suami dan ayah yang baik. Wajarkan aku berbuat macam tu. Ali masih seorang lelaki yang baik walaupun kadang-kadang.
Tapi tanggung jawab yang dia tunjukan tu masih belum matang dan aku pon tidak mahu mensia-siakan hati aku lagi.
Apa yang patut aku lakukan. Aku sejenis yang memendam dan takut akan kehilangan. Aku sejenis takut untuk berterus terang. Aku buntu.
Aku jugak ada sedikit nasihat, ini untuk generasi akan datang. Dizaman ini banyak suami/isteri tak menghargai perkawinan.
Sebagai ibubapa, aku nasihatkan supaya didik anak untuk menghargai dan didik supaya pernah susah. Ajar macam mana untuk memahami hati orang.
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit