Aku seorang wanita. Bekerjaya, berpelajaran, ada kereta, ada rumah, seorang ‘family woman’.
Umur dah menecah 31 tahun. Tapi masih single. Ada masa aku ok. Ada masa aku broken.
Aku pernah bercinta masa study, dah dirisik dan berjanji untuk ke jinjang pelamin. Tapi putus di tengah jalan. Broken teruk.
Sejak tu aku menyendiri. Terlalu menyendiri. Bertahun-tahun berlalu. Masih menyendiri.
Bukan tak pernah mencuba. Pernah. Sekali. Atau dua kali. Dua-dua percubaan dengan orang yang sama (baru dikenali 3-4 tahun lepas). Tapi tetap tak menjadi. Istilah dia, lelaki tu “ghosting”.
Aku tak tau apa kurangnya aku. Zaman sekolah bolehlah dikatakan ramai peminat tapi aku yang tak berminat. Sejenis yang satu sampai mati dah cukup.
Sampai dah kerja bertahun-tahun masih belum ada tanda-tanda untuk berpasangan. Memilih? Memilih tu perlu sebenarnya.
Takkan aku nak pilih yang kaki pukul, kaki judi, kaki kelab malam, kaki perempuan pula?
Kawan-kawan lelaki aku cakap aku bekerjaya sebab tu lelaki tak nak dekat. Lah… aku bukan kerja gaji puluhan ribu sebulan.
Bekerjaya yang pada tahap mampu sara diri sendiri. Tu sahaja. Habis tu lelaki nak yang macam mana? Yang tahu melawa tapi tak kerja?
Nope. Tu bukan aku.
Melawa, melawa juga tapi aku sejenis yang berusaha untuk dapatkan duit sendiri. Tak hadap duit orang lain. Tu la yang aku pelik. Kenapa sampai sekarang masih single.
Hampir tiap hari aku menangis dalam sujud minta Allah ampunkan dosa-dosa agar ditemukan jodoh.
Tahajjud minta Allah berkati hidup dan diberi rezeki berpasangan dan memiliki zuriat. Jenuh sebenarnya bila kiri kanan orang duk bertanya.
Kawan-kawan sebaya semua dah beranak pinak. Even anak-anak sedara aku pun dah berkahwin.
Aku nak jugak. Bukan aku tak nak. Masalahnya, Allah belum nak bagi.
Bukan tak usaha… Tapi sehingga kini masih belum ada yang mendekati.
Kalau aku yang dekati, dia menjauh pergi. Kawan-kawan yang dah berkahwin pulak ada yang duk kecam sebab aku single lagi.
Tak kurang juga yang tak bagi aku kahwin kononnya lepas kahwin hidup aku akan berubah 180 darjah. Dah takkan dapat meneroka dunia suka-suka hati macam yang aku buat sekarang.
Entahlah. Sedih sebenarnya. Sapa yang tak teringin berpasangan kan? Ada orang yang diberkati dengan pasangan yang baik, dan zuriat yang soleh dan solehah.
Ada orang yang diberkati dengan hidup menyendiri tapi dia senang menyendiri selagi masih ada keluarga.
Tapi aku tengah-tengah. Family ada, tapi aku juga nak pasangan. Tamakkah aku? Kufur nikmatkah aku?
Tapi aku pujuk hati sendiri. Bertahun pujuk diri. Mungkin ini yang lebih baik. Mungkin bersendiri itu yang terbaik.
Weh, tengah taip ni pun aku menangis. Baru maghrib tadi aku menangis. Penat. Doakanlah aku. Aku dah penat sebenarnya. Sangat-sangat penat. Kadang-kadang rasa macam putus harap.
Tolonglah sama-sama doakan aku.
Aku pun doakan sapa-sapa yang baca ni semoga Allah berkati hidup korang dimurahkan rezeki, jika berada dalam kesusahan akan diturunkan pertolongan. Aamiin….
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit