Assalamualaikum, Nama saya Ms B. Di sini saya mahu tanya pendapat korang semua.
__
Saya bekerja di perniagaan parents saya. Parents saya pula kedua-duanya bekerja govenmnt. Perniagaan parents saya sudah lebih dari 10 tahun beroperasi.
Sebelum saya yang atur business ini, ibu saya yang handle account company dan saya hanya ditugaskan bantu service company ja.
Bila saya sudah cukup umur, dan habis belajar, ibu arahkan saya tukar nama lesen syarikat ke atas nama saya. Saya pun okay sajalah sebab tidak tahu apa-apa pon effectnya selepas nama diubah ke nama saya..
Tidak lama selepas itu, ibu arahkan lagi tukar bank company di syarikat bank lain sebab account bank asal ada masalah. Sudah tentu-tentu atas nama saya juga sebab lesen syarikat nama saya.
Dan ibu saya arahkan saya pegang account bank syarikat. Kemasukan pengeluaran semua bergantung dengan saya. Dari mula haritu, saya sudah tahu kerugian dan keuntungan syarikat.
Dan ketika itulah juga mesin yang membawa keuntungan kami rosak. Masa tu PKP, pendapatan kami jadi semakin merosot. Pekerja satu persatu berhenti sebab kami sudah tidak mampu memberi gaji.
Terlalu banyak sewa mesin sehinggakan tidak dapat bayar sewa mesin syarikat dan juga sewa kedai. Parents seolah-olah lepas tangan dari semua tanggungan company. Semua serahkan ke saya.
Bila saya tak mampu capai target, dan minta bantuan, diorang akan marah dan kadang sampai maki saya.
So, ibu suruh saya buat loan untuk dapat bantuan wang. Saya ingat untuk membayar hutang-hutang semua. Rupanya untuk beli mesin baru.
Saya tak mampu untuk menolak sebab banyak sangat alasan kenapa harus buat loan.
Btw, ibu saya seorang yang susah nak bawa bincang. bila saya tidak mahu lakukan apa dia suruh, dia akan marah seolah-olah saya tu tidak mahu bantu dia majukan perniagaan.
Bukan saya tidak mahu, saya memikirkan masa depan saya juga. Apa-apa tindakan company, semua atas nama saya. Saya pening dan susah hati. terpaksa akur.
Loan pun lulus dalam 10k. Mesin baru pun sampai, dan alhamdullillah dapat membantu sedikit kewangan tapi masih belum ada keuntungan. Ada bayaran sedikit, bayar hutang.
Tidak lama selepas itu, ibu beli 2 mesin baru lagi, saya pun kurang pasti pinjaman duit dari mana.
Ya Allah, saya buntu banyak sangat tanggungan kedai, bayar gaji 2 pekerja pun kadang tak lepas, tidak termasuk lagi gaji saya dan kakak saya.
Saya dan kakak saya berbulan2 tahan hati tak bergaji sebab nak utamakan dulu tanggungan company.
Semasa ibu manage company, bila tidak cukup keuntungan, dia pakai je duit gaji dia untuk bayar semua tu.
Tapi bila saya yang handle semua ni, tak nak bantu, tak nak kerjasama. Padahal saya tak ada kerja lain, pendapatan kehidupan saya bergantung dengan company ni. Begitu juga dengan kakak saya.
Kami berdua sehinggakan malas sangat nak pulang rumah sebab banyak akan ditanya berkenaan company yang tak berapa maju.
Nak tahu pendapatan harian berapa, supplier dah bayar ke belom, sewa dah bayar ke belom. saya runsing, stress.
Bila kiteorang kata tak bayar lagi, mula dah nak cari pasal nak marah, nak maki, kata kami tak nak tolong diorang bantu company. Dah ada untung lebih, tak ada penghargaan pun untuk kami.
Nak cakap “Terima Kasih, Anakku” pun, jauh sekali. Diorang kata Company ni untuk masa depan kami, tapi kalau hanya tinggalan hutang-hutang, macam mana?
Dari semua ni, saya selalu dapat migrain sampaikan saya takut ada masalah otak sebab kepala saya tak habis2 bising.
Moody selalu, nangis, lepaskan geram teriak sorang-sorang dekat kereta sebab terlalu memikirkan macam mana nak bayar hutang-hutang bulanan.
Maaf kalau terlalu over tapi itulah saya rasakan.
Saya nak lari dari semua ni. Saya ingat dengan berkahwin dapat lari tapi tak. Ibu paksa saya duduk sekali sebab konon senang nak tengok2kan company.
Saya tak larat dah nak fikir semua ni, nak kehidupan dan pekerjaan baru.
Pada pandangan pembaca2 sekalian macam mana? Ada apa2 nasihat atau cadangan untuk saya lakukan?
– Ms B (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit