Pembantu Rumah Solusi 1bu Burn Out Ke?

Aku Sara. Berumur 30 an, orang utara, sudah berumah tangga dan mempunyai anak². Aku bekerja sendiri.

Aku mempunyai suami yang baik iaitu solat, tidak pernah naik tangan dan berkata kasar. Perihal rumah dia akan membantu jika sempat dan apabila aku minta tolong.

Beberapa tahun lepas, aku sedar yang aku mempunyai chilhood trauma. Dulu masa kecik, bila aku menangis, ayah selalu bentak suruh diam dan provok suruh aku berhenti nangis.

Apabila adik menangis, aku yang akan jadi mangsa tanpa ditanya terlebih dahulu apa puncanya.

Pernah dirotan dan ditampar dan selalu menjadi saksi parent aku bergaduh. ayah aku tolak mak dengan kaki sampai jatuh. Aku syukur suami aku bukan macam ayah aku.

Cuma sekarang aku rasa aku belum berjaya break the cycle. Aku jadi trigger bila anak² menangis manja. Bukan nangis yang sebab sakit tapi menangis yang mengada-ada tantrum tu.

Kalau penat, aku akan membebel dengan suara yang kuat. Kalau dorang tak dengar cakap, aku akan pukul, tampar dan paling kurang, aku rasa nak baling barang ke dinding. Baru puas hati.

Lepas aku dah ok, aku akan menangis menyesal. Rasa Ibu yang tak guna dan jahat.

Aku luahkan isu ini kepada suami. Suami faham. Bab tolong urusan rumahtangga, suami tak sempat membantu banyak sebab kekangan kerja yang tak kira waktu.

Kalau membantu pun, mesti ada je yang tak beres. Contohnya, tolong salin lampin anak. Baju kotor dan tuala anak dibiar atas lantai. Lampin anak dibiar dalam sink terbukak tanpa letak dalam tong sampah.

Jadi aku kena kutip setelkan semula. Aku jadi stress dan muka jarang senyum dan nampak tua je selalu.

Semua ini berpunca dari expectation dan sebab badan penat. Jadi suami suggest cuba ambil pembantu rumah untuk urus rumahtangga.

Dah cuba yang Melayu lokal tapi susah, asyik nak cuti, cepat penat, datang lambat dan jarang boleh stay in sampai malam sebab waktu kritikal perlu pembantu adalah waktu maghrib dan awal pagi before anak ke sekolah.

Jadi Walaupun kena cut cost belanja dan korbankan saving sebab nak ambik pembantu rumah warga asing yang menelan deposit yang besar, aku sanggup dan kami rasa ni priority.

Aku rasa perlu sebab aku nak elak badan aku penat. Aku nak mood aku ok dan tak marah-marah anak² lagi.

Aku nak ada masa untuk spend time dengan suami dan anak² dengan tenang tanpa perlu fikir kena sapu makanan tumpah, lap, mop lantai, dobi dan sebagainya.

Ya, aku akui setelah ambil pembantu rumah warga asing, aku lebih waras. Aku kurang membebel. Aku dapat keluar berdua dengan suami sementara ada orang jaga anak aku sekejap.

Masa yang diperuntukkan untuk basuh pingggan dan mengemas rumah tu aku guna untuk layan anak² aku elok, aku dapat bermain, aku ajar dorang macam² sampai anak aku yang tadika tu pandai membaca dan lancar mengaji.

Aku berjaya disiplinkan waktu makan dan tidur dorang tanpa pengaruh emosi aku.

Tapi, langit tidak selalunya cerah dan manusia tak pernah puas. Timbul pula isu pembantu. Suka minta gaji advance. Selalu pecahkan barang. Bukan jenis pembersih sampaikan aku geli nak masuk wet kitchen.

Aku dah ajar dan bagitahu banyak kali, tapi tu lah. Esok sama juga.

Anak-anak pula walau dah pesan, dibaginya anak aku tengok smart phone bila waktu rehat nak suruh diam. Anak pula jadi manja, semua benda jadi tak pandai dan berdikari sejak ada pembantu.

Makan pula asyik bersuap. Kadang kadang, suka bagi benda manis tanpa kebenaran aku walaupun aku dah pesan. Sekarang anak aku dah pandai cakap loghat pembantu rumah tu. Itu isu anak.

Isu lain pula, jenis tak pandai masak. Aku bukan dan takkkan suruh dia masak untuk aku. Memang selalunya aku akan memasak untuk keluarga termasuk aku asingkan siap-siap lauk yang dah siap masak untuk dia.

Tapi dia masak untuk diri sendiri pun tak pandai so jadi beban ke atas aku pula nak kena fikir tentang dia bila ada hari aku malas masak.

Bab lari pun satu hal, asyik kena pantau je. Kang curi barang dan lari ikut pakwe satu hal pulak.

Belum lagi bab guna kelengkapan diri, asyik habis saja. Shampoo sabun cepat betul habis. Ubat gigi pun sama. Untuk kegunaan sorang je pun. Aku dan suami yang berkongsi sabun pun tak secepat itu habis.

Tapi tu semua benda kecik ja, cuma tetap mengganggu fikiran aku untuk tenang bila dicampur aduk semua sekali.

Cuma yang paling besar sekali, bab privasi. Kami sekeluarga tak ada privasi keluarga sebab ada orang luar dalam rumah. Pintu bilik kena selalu bertutup, suami aku kena jaga aurat. Aku pun kena pakai elok sikit.

Nak discuss apapun tak boleh sembarangan takut pembantu dengar. So, kadang² jadi rimas dan serabut pula.

Kadang² aku rimas suara dia bercakap kuat dengan anak aku sampai pernah aku terjaga dari tidur sebab dengar suara dia. haha.

Aku pun mula persoalkan balik, aku ni nak apa sebenarnya? Asalnya penat, jadi ambik pembantu. Timbul pula serabut ada orang luar dalam rumah dan beri pengaruh pelik kat anak pula. Jadi, aku nak apa sebenarnya ni?

Kurang bersyukurkan aku? Aku tak boleh expect suami aku 100% dapat tolong aku semua sebab dia kerja dan support almost semua perbelanjaan keluarga.

Aku juga tahu kisah Siti Fatimah mengadu penat mengurus rumahtangga kepada Rasulullah dan meminta pembantu rumah.

Tapi Rasulullah tidak menyarankan sebaliknya mengajar selawat supaya diringankan urusan adalah lebih baik. Aku ada amalkan cuma, tenangnya sekejap sahaja. Bila lupa, sifat amarah ku datang semula, anak² kena tempias.

Jadi aku nak tanya pendapat korang apa yang terbaik sebenarnya?

Adakah aku patut ignore je perangai pembantu rumah tu atau, Adakah lebih baik aku kembali kepada asal iaitu jaga sendiri je anak² tanpa pembantu, tapi gaji pembantu tu, tukar jadi upah/nafkah aku?

Dan aku guna je duit tu ambik pembantu part time bila perlu je. Tapi boleh selesai ke isu penat, dan membebel marah anak? Atau aku kena jumpa pakar psikologi?

Atau, korang ada pesanan, nasihat, doa atau tips yang lebih bernas? Terima kasih sudi baca confession aku.

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *