Jodoh Express

Salam semua bila kau dah masuk stage dewasa ni dah ada kerja memang setiap kali jumpa saudara mara atau kawan memang akan ada soalan “bila nak kahwin” apa lagi kalau waktu bercuti raya.

Aku sejujurnya memang dah lama teringin nak kahwin. Hidup bujang sorang senang tapi bila tengok orang kahwin rasa sunyi juga.

Of course ada yang cakap hidup kahwin tak seindah di sangka. Tapi, hidup bujang dan single ni pun tak seindah yang di sangka juga.

Aku cuba macam dating site tak kira muslim friendly atau tidak tapi tak ada hasil. Dua tahun sebelum covid aku akhirnya berjumpa jodoh yang boleh di katakan express.

Kalau yang aktif di twitter mungkin tahu tweet pasal cari jodoh tu semua. Jumpa satu post yang sekarang dah delete.

Umur dia hampir 40 (39 tahun) kalau boleh tak nak buang masa kalau sebulan ngam dalam masa kurang setahun boleh dirikan rumah tangga.

Aku waktu tu umur baru 27 tahun. Tapi gagahkan diri dm siap panggil dia “akak” lagi.

Aku tulis “salam kak saya umur baru 27 tahun tapi dah bersedia nak mendirikan rumah tangga” dari situ kami kenal chat apa semua dekat wassap hampir sebulan.

Bayangkan nak jumpa kali pertama dia drive dari KL ke Johor. Aku padahal dah volunteer datang KL tapi dia nak juga drive ke Johor. Yang paling aku tergamam dia nak datang rumah.

Aku cuak juga balas “kak express sangat ni berjumpa kali pertama dengan family” tapi dia balas mesej tu penuh serious minta alamat dan cakap jangan masak nanti dia belikan makanan untuk mak dengan ayah aku.

Bayangkan kali pertama jumpa chat pun tak sampai sebulan dia drive dari KL ke Johor jumpa aku dengan mak ayah dan adik aku sekali.

Datang pula bawa 6-7 jenis makanan. Aku pula cakap ada kawan perempuan dah lama kenal nak datang. Padahal setakat berwasap je itupun tak sampai sebulan.

Punya peramah first time jumpa mak dengan ayah aku dia punya excited siap suruh tidur rumah sebab drive jauh.

Aku satu hari tu rasa kagum dan memang jatuh cinta terus. Mak dengan ayah aku pun suruh dia tidur rumah maklumlah drive jauh lagipun waktu tu dah nak maghrib takut jadi apa-apa.

Selang seminggu kemudian aku pula yang drive ke rumah family dia.

Rumah dia dekat KL tapi family dia dekat perak aku pun drive boleh di katakan takut juga sebab ini baru kali ke-2 kami jumpa itu pun aku jumpa mak ayah dia terus.

Mak ayah dia memang jenis peramah.

Waktu kami jumpa tu memang mak ayah dia straight forward cakap kalau boleh tak nak aku dan anak dia berlengah kalau memang ada jodoh elok ke pelamin terus. Raya tahun tu juga aku bawa mak ayah dan adik aku ke perak.

Fast forward hujung tahun 2019 kami berdua selamat nikah dan selesai majlis perkahwinan sekali.

Raya tahun ni baru lah dapat bawa jumpa saudara mara semua sebab waktu 2020 kita ada covid. Jumpa saudara mara semua cakap “murah rezeki ni sebab isteri lagi tua”

– Zul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *