Hubungan Toksik Makan Diri

Dua tahun lepas, orang sibuk dok kata kat aku cerai ajelah. Cerai ajelah. Sampai cakap aku bodo stay dalam relationship yang toxic. Kau boleh, kau boleh.

Dah tu bila aku diceraikan, aku takde tempat nak tuju, aku minta tolong orang yang sakan soh aku bercerai tu, tumpangkan aku balik kampung sebab duit dalam bank aku tinggal RM50,

Cucuk kat atm tak boleh keluar duit sebab mesin boleh keluar duit sekeping RM50 sahaja baki tak mencukupi. Mana aku ada duit dan aku tau orang tu nak balik masa cuti sekolah.

Dia tak layan aku dan kata tak dapat nak tumpangkan aku sebab nak balik kampung cepat. Aku cakap just dua beranak je satu beg tarik. Terus kata kereta mpv dia tak muat untuk tumpangkan aku.

Padahal dia ni ibu tunggal, dia nak hantar anak dia dua orang balik kampung masa cuti sekolah.

Memang aku menangis sakan sebab sebelum cerai aku dah kata, kalau cerai aku takde tempat nak pergi sebab aku tak bekerja macam dia, dan aku tak berduit. Diaorang kata takpa, kitaorang ada. Kita orang kesian dekat kau. Jangan risau.

Aku rasa macam kene scam pun ye. Sebab diaorang yang janji bulan bintang kata bila kau bercerai kitaorang akan bantu yang mana boleh.

Carikan aku kerja, boleh tumpang rumah dia orang sementara aku stabil. Ni nak tumpang balik kampung pun tak mau. Bukan aku nak minta duit pun, minta tumpang je.

Kawan sorang lagi yang beria untuk aku menjanda pun tak nak terima kehadiran aku anak beranak dengan alasan suami dia tak izinkan aku menumpang di rumah mereka. Aku takde hp. Nak call cari public phone dah la limited. Tebal muka pinjam hpnorang tak kenal.

Terkontang kanting aku menangis di bus stop. Anak aku baru 3 tahun masa tu. Ex-husband halau aku dari rumah. Dia kata takkan dia plak yang kene keluar dari rumah yang dia bayar sendiri.

Siapa yang suruh kau repot pejabat agama. So dia rasa tercabar dan dia ceraikan aku. Ex husband marah aku pergi mengadu di pejabat agama dan dia kena panggil. Ex husband suka mengamuk, mencarut, pukul aku lepaskan geram bila dia ada masalah.

Bila aku fikir balik baik aku stay je dalam hubungan macam tu, at least aku ada tempat berteduh dengan anak aku, ada orang bagi aku makan. Aku rasa baik aku diri aku kene pijak dengan ex kalau macam ni.

Masa tu inilah ada dalan fikiran aku nasib aku jadi macam ni sebab aku dengar nasihat advisor pergi repot pejabat agama, tuntut keadilan untuk diri kau dan anak, sampai bila nak stay dalam hubungan toxic macam ni??

Aku dah cakap aku takde apa-apa. Advisor kata takpe, kami bantu mana boleh. Tiba masa, semua hilang. HILANG!

Sambil menangis tarik beg dukung anak aku jalan kaki patah balik ke rumah 7km. Aku merayu untuk dia terima aku balik, dia tak layan. Pintu dikunci.

Aku minta ehsan jiran, jiran sekolahkan aku. Kenapa cari masalah, sabar ajelaaa bila dah kawen. Sabar sampai mati je sebab dah ada anak, lelaki memang macam tu.

Jiran tak percaya, suami aku baik kata dia. Sedih aku. Jiran hulur RM50. Suruh aku balik kampung naik bas. Dia hantarnya aku ke terminal bus. Tiket bas habis. Aku hilang arah. Aku jalan kaki ke stesen petronas dekat dengan terminal bus tu. Aku berehat kat surau.

Masa dalam tempoh perkahwinan bila beranak je suami tak bagi kerja, duduk rumah jaga anak. Paham ajelaa kalau kita tak kerja, takde pendapatan harapkan ihsan suami ajelaaa.

Bila minta nak beli pad pun kena marah. Nak tak nak kena guna kain batik potong buat kain alas. Sebab dari kena maki setakat mintak duit nak beli pad RM5.50.

Cuba jadi dropship, jual baju dapat komisyen RM10 sehelai. Rasa mewah sikit masa tu tapi bila suami dapat tahu, pecah telefon aku dikerjakan. Siap pakej maki kena pukul lagi dia kata dia dah bagi makan tempat tinggal cukup bagus.

Peliklah lelaki ni, masa sebelum kawen cukup baik beria-ria pikat kita. Dah sah jadi isteri sesuka hati je layan anak orang, sampai dalam tempoh 5 tahun perkahwinan tu aku bertukar personaliti jadi pendiam, tak banyak cakap.

Hubungan dengan keluarga putus terus, tak dibenarkan ahli keluarga datang rumah pun, raya memang balik hari je itu pun dapat 2 kali raya jer. Itu jelaa kenangan yang ada untuk aku kenangkan.

Orang yang tak de kat tempat aku bolehlah tohmah apa yang diaorang suka. Kenapa kau tak buat macam ni, kenapa kau tak buat macam tu.

Cerita kita lain…. tu je nak cakap.

Balik kepada cerita tadi, ada warga emas yang singgah solat kat surau. Mak ciknya tanya aku, kenapa anak ni nampak dalam masalah???

Mak cik yang baik hati approach aku, aku nangis cerita masalah aku. Dia bantu aku, berikan aku tempat berteduh, makan. Anak aku dia tolong asuh, sementara aku keluar bekerja.

Alhamdulillah dalam susah aku Allah hadirkan insan yang baik hati bantu aku sebab masa tu aku dah berputus harap dengan nama manusia.

Aku call keluarga minta bantuan, mak aku sendiri tohmah aku kata anak tak sedar diri. Sebab hubungan kami terputus masa tempoh perkahwinan.

Aku dikongkong teruk oleh suami yang sepatutnya melindungi aku. Sama dengan ahli keluarga yang lain. Dah la nak call susah nak cari public phone. Muka tembok minta pinjam hp orang. Orang pun teragak-agak nak bantu.

Ex husband ni jenis cemburu buta, kalau dia keluar bekerja dia kunci gril rumah, kunci dia bawa. Takut aku lari dari rumah.

Sebab aku pernah minta tolong jiran, dia spin cerita kata aku ada depression meroyan anak kecik. Kalau terbakar rumah memang rentung aku anak beranak.

Aku pun ada attenot latikan diri dari rumah tapi dia dapat kutip aku. Teruk aku kena pukul. Social media semua dia delete account. Lepas pukul minta maaf, benda ni makan tahun lama-lama aku takut betul dengan dia.

Orang kalau tengok perwatakan dia memang tak sangka dia psiko macam tu sebab aku pun tak sangka dia macam tu.

Kenduri kendara memang dia tak bawa pergi. Saudara mara dia pun aku tak kenal. Dia sendiri je pergi, sebab dia cakap takde keperluan aku ikut sama. Hidup aku hanya di rumah aje. Setahun sekali dia bawa balik kampung dia beraya.

Bila fikir balik, kenapa bodoh sangat aku?? Kenapa aku biar je diri aku disakiti??? Sebabkan lama aku hadap domestic violence ni, aku trauma teruk.

Aku memang refer psikiatri dan ada ubat depression. Aku baru je ada kad oku, kurang upaya mental. Severe Anxiety Disorder.

Alhamdulillah aku dah ada kerja tetap, dengan gaji diploma yang aku ada. Setahun lepas aku dah mampu menyewa bilik sendiri tanpa susahkan mak cik yang bantu aku yang aku dah anggap macam ahli keluarga sendiri.

Walaupun tak mudah untuk aku bangkit semula tanpa sokongan ahli keluarga sendiri, alhamdulillah ada keluarga angkat anak beranak mak cik tu pun sangat baik hati bantu aku. Allah jer mampu balas jasa baik mereka sekeluarga.

Walaupun Allah beri aku ujian yang besar, aku berada pada tahap yang paling bawah dan hina aku rasakan dan aku bangkit semula dengan kurniaanNya.

Apa yang aku belajar susah macam mana keadaan diri kita jangan putus asa untuk berdoa. Dalam setiap kepayahan, kesusahan pasti ada manisnya. Masa aku didera fizikal dan mental tiap-tiap hari aku doa tak kira masa.

Aku tak menyesal dengan apa yang terjadi. Aku redha. Aku tak berharap pun masa diputar kembali sebab benda tu mustahil.

Walaupun lepas habis belajar kahwin dengan usia yang muda, kurang ilmu pengetahuan pengalaman pahit betul mendewasakan.

Dijandakan masa umur bawa 30 tahun dengan cara yang paling hina lagi. Masa ditimpa musibah aku kenal siapa kawan, siapa lawan.

Memang adat kehidupan manusia yang tiada apa-apa akan dihina, dipandang sepi. Maka dengan bismillah aku ubah diri aku jadi lebih baik.

Aku tak lupa pada keluarga, mak ayah aku. Aku kirimkan duit belanja. Kat keluarga angkat pun aku bagi sumbangan. Dari aku bekerja sebagai pembantu kedai gaji RM800 sebulan sampai sekarang gaji dah RM2500 sebulan.

Sedihnya orang luar lagi hargai kita, anak-anak makcik yang bantu aku ni rajin carikan kerja kosong sampaikan rezeki aku dapat kerja tetap.

Diaorang minta aku tuntut hak anak kat ex suami tapi aku tak nak. Sebab aku kenal dia macam mana, elok hidup aman damai kang porak peranda.

Aku just apply hak jagaan anak je kat high court mahkamah syariah. Nak mudahkan urusan sekolah anak.

Insha allah dapat lesen nak beli moto sebijik. Senang nak gi keje takde lagi nak naik public transport.

Terima kasih Allah, terima kasih jasa orang baik.

Maaf ayat berterabur. Terlalu perit untuk dikenangkan kembali. Minta tolong yang nama superstar cinema ke, kawan-kawan seangkatan dengannya tak yah komen. Kang aku murung empat belas hari. Terima kasih.

– Kartini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *