Jodoh Dari Dating Apps

Hai Assalamualaikum.. Aku harap confession aku disiarkan. Aku Mizz Nina, berumur 34 tahun. Dan aku baru sahaja mendirikan rumah tangga tak sampai setahun.

Aku tahu rumahtangga aku baru setahun jagung, jadi nak bagi tips atau panduan rumahtangga, rasanya belum layak lagi.

Tapi memandangkan sekarang musim orang kawin, jadi aku nak share kat sini macam mana aku jumpa jodoh aku di dating apps yang agak terkenal jugak la dan bukan islamik.

Okay, macam aku cakap aku dah berusia 34 baru aku jumpa jodoh aku. Tapi 3-4 tahun lepas, aku juga macam orang lain, berusaha dari pelbagai aspek untuk cari jodoh memandangkan circle aku kecil dan aku tak berminat nak ada hubungan dengan kawan tempat kerja.

Jadi pilihan aku dating apps sahaja. Dah bermacam2 dating apps aku cuba dari islamik sampaikan yang tak islamik.. Kecuali omi je aku belum cuba.

Banyak dating apps yang aku cuba, dan macam2 lelaki yang aku kenal dan jumpa.

Aku tak malu untuk mengaku aku kenal dan jumpa dengan ramai lelaki sebab aku prefer jumpa depan2 untuk nilai personaliti diorang. Yang penting aku tak buat bukan2 dan niat baik untuk cari jodoh.

Aku memilih? Yes, memang aku memilih. Tapi aku lebih memilih berkaitan personaliti dan sikap berbanding rupa. Dan alhamdulillah apa yang aku nak, dan doa setiap spesifik perangai, aku memang jumpa dalam diri suami aku.

Aku nak ringkaskan macam mana smooth nya perjalanan perkahwinan aku dan suami aku. Setelah beberapa episod duka dalam mencari jodoh. Haha. Kalau aku tak kena ghosting, aku yang ghosting orang. Hehe.

So fair lah. Ok berbalik kepada cerita kami jumpa, aku sebenarnya jumpa dia waktu aku tengah kenal dengan orang lain jugak. Kenal= attach.

Tapi orang tu macam tak pasti pulak halatuju hubungan kami. Jadi aku tak nak buang masa, aku jumpa dan kenal orang lain jugak.

Aku pilih untuk kenal 2 orang dalam satu masa untuk elakkan aku ada emotional attach dengan lelaki tersebut. Dan juga penting untuk aku tak dikaburi dengan red flag yang mungkin aku tak nampak.

Korang mesti pernah dengar statement ni, “don’t marry potential, marry reality”. Dan itulah aku pegang sepanjang pencarian jodoh aku.

Apa2 yang aku tak boleh tolerate, macam pengotor, malas kerja, riak dengan diri sendiri, berkira, kedekut, memang aku ghsoting terus lepas jumpa. Haha.

Tapi kes suami aku ni lain, waktu first time kitorang jumpa, dia memang pendiam, dan tak banyak cakap. Aku yang banyak cakap.

Bab personaliti dia okay, cuma satu je, dia rendah diri sedikit sebab rupa dia tak handsome (ni dia yang akui). Sebab muka dia ada parut2 jerawat, dan agak tanned kulitnya.. Jadi bukan macam oppa lah. Hahaha.

Lepas pertemuan pertama, aku boleh consider jugak lah untuk keluar second time sebab personaliti dia ok, baik walaupun kadang2 blur ayam. Haha.

Long story short, aku dan dia mcm lost contact beberapa bulan sebab conversation dia macam hambar dan aku pun busy dengan lelaki sorang lagi, tapi end up tak jadi jugak.

Sampai lah aku rasa macam dah malas nak cari jodoh, aku nak travel je, so aku pun hidup seperti biasa.

Satu hari aku perhatikan story laki aku ni kat ig, dia aktif bersukan. Dan aku pun memang nak cari lelaki yang aktif sebab aku pun aktif bersukan.

Dipendekkan cerita, kami berbalas story di ig sampailah dia cakap nak ajak aku keluar semula. Dan aku pun okay jela.

Lepas 3-4 kali keluar, dia sampaikan hasrat tanya aku untuk serious relationship.  Aku tanya serious yang macam mana, dia jawab date to marry.

Aku minta dia bagi masa pada aku, sebab aku ni dah banyak pengalaman kenal lelaki yang kata nak date to marry, tapi lastly tak nampak effort pun kearah tu .Jadi percakapan tak selari dengan perbuatan.

Kemudian aku tanya dia, kalau aku say yes, what’s next? Dia jawap, dia nak jumpa aku untuk bincang tentang pemikiran dan hidup masing2.

Tanggungjawap lepas kawin, kesediaan dari segi fizikal, mental dan kewangan untuk berumahtangga dan apa expextation masing2 selepas kawin, nak tinggal dimana, parenting yang macam mana kami prefer dan lain2.

Bila dia jawap tu, aku rasa wow, impress jugak dengan pemikiran dan cara dia. Dan perbincangan tu berjalan dengan lancar sangat, sampailah kami berkahwin..

Laki aku selalu cakap,kenapa lah dia tak jumpa aku dari awal lagi.. Aku tak setuju sangat pun, sebab kalau dia jumpa aku dulu, mungkin aku tak sematang sekarang dalam handle emosi. Jadi aku bersyukur sangat aku berkahwin di usia ni walaupun orang fikir dah lambat.

Jadi, apa aku boleh share beberapa perkara dalam pencarian jodoh aku;

1) Dont marry potential. Marry reality.

Yang ni betul sangat. Jangan expect orang untuk berubah sebab kita sendiri pun susah nak berubah kan? Contoh merokok.

Kalau lelaki sebelum kawin merokok, tak payah expect lepas kawin akan berhenti. Memang ada, tapi kena sabar lah dan kalau tak berhenti, naya juga pada korang yang expect dia akan berhenti.

Kalau lepas kawin perangai berubah, anggaplah itu ujian perkahwinan. Sebab kita pun dah buat beberapa cara untuk selidik dan kenal pasangan kita sebelum kawin.

2) Bersangka baik pada Allah.

Yang ni pun aku sangat wajibkan semua orang buat. bila kita sangka baik pada Allah, kita akan anggap apa yang Allah bagi pada kita sekarang mesti ada hikmah walaupun kadang2 perlu air mata.

Walaupun kadan2 aku sedih kenapa belum jumpa jodoh, tapi skejap je sedih, sebab aku enjoy je single life aku, hehe. Allah tahu apa yang baik untuk hamba Dia walaupun kadang2 kita ada rancangan dalam hidup kita.

3) Doa, doa, doa.

Pasal doa ni memang aku spesifik nak yang macam mana. Tak pernah miss dalam solat walaupun time tu tak nampak dengan siapa aku berjodoh.

Doa aku dalam solat, ” Ya Allah, kurniakan aku suami yang baik akhlak dan agamanya, yang menjaga solatnya, yang lembut tutur katanya, yang bertanggungjawap, keluarga mertua yang baik yang menerima baik burukku, yang bertolak ansur, yang menyayangiku, yang stabil kewangannya dan rajin bekerja dan sama2 berusaha menuju ke jannah Mu.”

Macam ni lah sebijik doa aku minta dan alhamudulillah sangat semua tu aku dapat dalam suami aku.

4) Improve diri.

Aku tahu perempuan zaman sekarang banyak yang independant. Aku pun macam tu jugak. Tapi bila aku nak kawin, aku tak nak dah jadi terlalu independant. Aku tetap nak harapkan lelaki terutama dalam hal tanggungjawap.

Tapi aku tetap improve diri aku macam2 skill. Menjahit, memasak, baking, semua aku boleh. Percayalah, skill ni tak rugi pun untuk belajar.

Kita pun ada value tersendiri bila nak pilih lelaki. Kalau kita nak lelaki yang berkualiti, kita pun mestilah jadi yang berkualiti kan?

5) Tegas dan tahu apa yang nak cari dalam hidup/hubungan.

Benda ni penting supaya korang tak rasa buang masa kenal lelaki yang tak tahu pun apa dia nak dalam hidup dia. Apatah lagi dalam hubungan.

Tu yang flirting sini sana, rambang mata jumpa awek sana sini. End up, bagi harapan pada orang lain. Perempuan pun, kalau tak nak teruskan, cakap je, jangan bagi harapan pada orang,

Sebab aku sentiasa percaya kat luar sana memang ramai lagi lelaki/perempuan yang baik, dan jelas hala tuju hidupnya. Cuma masa belum tiba untuk dipertemukan.

Rasanya itu sahaja kot perkongsian aku. Doakan perkahwinan aku dan suami aku berkekalan sampai syurga dan aku doakan yang masih dalam pencarian jodoh, sabar, dan terus berusaha serta bersangka baik dengan Allah.

– Mizz N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *