Tak Pandai Menolak

Aku tak tahu nak kasi tajuk apa sebenarnya. Rasa macam dah melalut cerita aku kat bawah tu so whatever la. Kalau berminat nak baca, silakan. Kalau tak, skip scroll je, haha.

Waktu aku zaman sekolah dulu, ada sorang budak lelaki ni suka kat aku. Mana aku tahu? Mula2 kawan2 aku yang kasitau. Aku tak caya.

Yalah, nak mengusikla tu. Sebab aku jenis pendiam. But it turns out to be real haha. Lelaki tu sendiri cakap kat aku.

Mula2 tu dia text je. Tibe ajak borak. Aku borak jela. Kawan sekolah kan. But tak lebih2.

Yang bagusnya dia pun tak de nak melebih. Sangat menjaga tutur kata & privasi. Maksud aku tak lebih2 ni dari segi percakapan – borak2 hanya mengenai sekolah.

Tak de nak melencong tanya perkara lebih2 pasal aku ke apa. And whenever I chat with him, I noticed he kinda observed the way I talk?

Sebab ada sekali tu dia kata, “eh *nama aku* guna perkataan tu?” (not a bad word okay haha. But perkataan yang macam budak2 or orang dah lama tak guna la).

And I was like, “a’ah, kenapa?” haha. Bagi aku biasa je. I guess that’s how people like bila suka someone? Observe etc?

Then one day, dia text tu mula nampak serius. Dia kata dia ada something nak bagitahu (terbayang segala drama & movie aku tengok – macam tu la hahaha). Then dia confessed dia suka aku.

Lama dah, but aku jenis tertutup so dia tak berani nak tegur. But dia kata awal2 tu dia tak sure sangat perasaan dia. Maybe sekadar di awang2an haha.

But after 2 years baru dia pasti yang dia suka aku. And dia confess ni selepas 2 tahun dia confirmed perasaan dia ahaha.

Dahsyat betul.

Aku reply secara baik. Aku tak de la reject dia directly. Indirectly. Aku cakap aku prefer kitorang berkawan sahaja.

Then dia cam stop sekejap la texting. Kat sekolah pun aku buat macam biasa, but aku perasan dia cuba nak mengelak aku and tak berapa nak senyum bila ada aku.

What I could see there was – dia kecewa.

Sejujurnya, aku rasa bersalah but aku nak buat macam mana? Bukannya aku ada perasaan kat dia. Time aku nak reply confession dia pun aku amik masa lama juga.

Nak fikir macam mana nak reject dia in a good way. Even my mom pun advised jangan reject jahat sangat (aku ni pendiam pun mulut laser juga haha).

And yea, my mom tahu haha. Because it was so awkward – I need my mom’s help & advise haha.

Seingat aku sehari je rasanya dia cam mengelak aku. Lepastu dia act like normal. Text balik, boleh borak, ternampak each other kat sekolah pun okey tak de nak mengelak etc.

Tapi yang selalu start conversation, dia jela. Aku tak. Sebab aku jenis menjawab soalan je, bukan pengaju soalan haha.

Skip terus sampai graduation, dia minta nak bergambar sekali. Tbh, I was reluctant. Tak biasa. Tak selesa.

Aku mana pernah tangkap gambar dengan lelaki berdua. Group photo, normal la haha. Tak pun kalau bergambar dengan lelaki, dengan cikgu lelaki haha.

My friend was ready with her phone – nak tolong tangkapkan. And they kinda hyped me to take photo with him. So aku tangkap jela.

Gambar je pun kan huhu.

Balik rumah, kawan aku share gambar2 tu. Aku save jela in gallery. Save pun rasa pelik tau. Like… mmm… nak buat apa dengan gambar ni?

Haha. Buat kenangan graduation day je la ek. But now phone tu pun dah rosak, hilang dah pun gambar haha.

And then lelaki tu minta izin nak set gambar kitorang tu as his profile picture.

Di sinilah aku rasa bersalah gila T_T

Obviously aku tak suka. Aku tekankan sekali lagi, aku tak selesa. But how the heck should I say no? Bila fikir balik dah tua2 ni, ya aku bodoh.

Benda senang nak reject, say no je la kan. Tetapi kalau ingat balik apa aku rasa & fikir time tu, memang lain daripada diri aku yang dah tua & matang ni. So apa aku buat? Macam confession tu, aku tak reject directly.

Haih…

Aku cakap “suka hati la”. Kononnya dengan harapan dia faham. Aduhhh bodohnya aku hahaha. Bila aku cakap macam tu, of course dia fikir aku kasi green light kan? Haih…

Pastu kawan2 aku tanya bila pergi sekolah. Aku explain la. Aku boleh tengok muka kawan2 aku tak berapa nak setuju dengan cara aku.

Diorang tak cakap kat aku apa yang aku dah buat tu tak proper, but I can see it from their faces. Sebab aku pun rasa benda yang sama!

Umpamanya aku kasi dia harapan? But nope! Aku tak tahu nak menolak je T.T aku senang rasa bersalah walau bukan salah aku, aku iyakan je apa orang nak, aku senyap walau aku tak suka benda tu.

Jiwa kacau..

Itu masalah aku dulu. Alhamdulillah, sekarang jadi orang paling cepat bagi rejection sksksksk. Dah tak berapa nak pendiam sekarang, menjawab je kerja kekekek.

Perihal lelaki tu, lepas habis sekolah kitorang slowly stop texting. Of course, dia yang senyap dulu. Bila dia diam, aku pun tak de buat apa la.

Rasa bersalah juga setiap kali teringatkan kisah tu. Rasa bersalah kerana tersalah berikan tafsiran kepada dia. Rasa bersalah kerana buat dia berharap.

Rasa bersalah kepada diri sendiri juga sebab tak lebih berani menyuarakan pendapat. Kalau aku lebih tegas pendirian macam sekarang, tak adalah hati yang terluka.

From time to time perasan dia like posting IG & FB aku. Hope you’re doing well, bro! Aku tahu kau dah move on – aku percaya perasaan kau dulu pun sekadar crush je.

Habis sekolah, tak nampak setiap hari kat sekolah – hilang la perasaan tu. Aku pun tak de nak ambil serius sangat. Time belajar, fikir belajar je nak banggakan ibu bapa. Dah kerja ni, cari duit je la nak sara hidup.

Thanks for tuning in this lolipop! Aku bercerita ni pun selang seli buat kerja kat office nak menghilangkan kebosanan & mengantuk, haha.

– Lolipop (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *