Thanks sebab up story ni. To make it short n simple. Aku tujukan tulisan ini kepada lelaki bujang diluar sana.
Sekarang ramai perempuan bujang, betol?
Alasan yang biasa kita dengar sebab ramai lelaki dah berpunya. Jadi ramai perempuan tak jumpa jodoh.
Sebab tu yang bujang, sebelum kawin fikir masak masak. Persiapkan diri dengan ilmu.
Aku cadangkan ilmu basic sebagai manusia.
Ilmu agama, which is fardu ain. Ilmu pengurusan, pengurusan masa, pengurusan wang, pengurusan emosi.
Paling penting pengurusan wang. Banyak rumahtanggah hancur kerana masalah kewangan.
Kalau pasangan kau nak kawin pun ajak buat loan. Baik kau blah awal awal.
Lepas tu sebelum kawin, pastikan matlamat ko dan pasangan sama.. maksudnya dia jelas dengan matlamat ko, ko pun jelas matlamat dia.
Ni ko kawin dengan doktor, tapi nak dia macam suri rumah. Memang tak dapat la. Lepas tu belajar la ilmu psikologi, komunikasi semua tu penting.
Sebab kawin ni macam ko nak travel dengan seseorang. Travel jauh beb. Seumur hidup.
Make sure ko tahu apa kelebihan dan kekurangan dia sebab ko boleh tolerate bila nak hadap kelemahan dia.
Jangan waktu bercinta semua ok. Kalau ko jenis pembersih, pastikan ko cari yang seangkatan dengan ko.
Pengalaman aku, antara sebab ramai perempuan bujang adalah disebabkan ramai lelaki yang takut nak ada komitmen life time dengan perempuan.
Kawin ni bukan semua indah. Kat media kita tengok banyak artis yang nampak bahagia kat sosial media, end up bercerai berai.
Kawin ni ko kene siap sedia ada komitmen seumur hidup dengan dia.
Kalau dia pemalas, ko kene hadap hidup dengan pasangan pemalas, kalau dia pengotor, ko kene hidup dengan pasangan yang pengotor.. life time.
Sebab tu ramai pasangan muda bercerai berai. Usia perkahwinan baru 3 ke 4 tahun.
Lagi satu, kawin ni jangan ikut orang. Siapa kata umur 26 wajib kawin. So kawin bila kita jumpa jodoh yang terbaik.
Kalau jodoh tu suami orang? Tapi dia yang terbaik. Apa salahnya kan? Benda boleh bincang elok elok.
Alhamdulillah sekarang ramai yang dah matang dalam hal ni.
Ok dah, cukuplah ni, nanti ramai yang kecam aku pula.
– Harry potter (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit