Impak Cerai Pada An4k-An4k

Pagi ni rasa agak melankolia.

Padahal baca post Taufiq Razif sahaja.

Perihal doa agar anak2 dikurniakan kesembuhan emosi.

Impak perceraian yang dilalui anak2 adalah berbeza.

Seperti mana setiap personaliti anak berbeza.

Begitulah impak yang dirasai mereka berbeza.

Jadi..

Ibu tunggal dengan seorang anak,

Perlu mengurus emosi sendiri dan emosi seorang anak/

Kalau ada tiga anak,

Biasanya mak tak sempat nak urus emosi sendiri.

Kena sentiasa functioning.

Emosi akan mempengaruhi perlakuan dan tindakan.

Cerita 1

Waktu awal perceraian,

Ada anak saya (5 tahun waktu itu) yang sakan menangis.

Dia menangis terjerit2,

Tanpa saya tahu kenapa.

Puas pujuk,

Puas tanya,

Tiada jawapan..

Baru2 ini,

Sedang santai2 berdua dengannya (Kini dia 15 tahun),

Baru terkeluar cerita zaman dia sakan menangis,

Turns out..

Dia rindukan abahnya.

No matter what a mom did to make her kid happy,

It would never commensurate dengan the presence of a dad.

Cerita 2

Ada perlakuan yang tiba2 muncul kesan daripada luka2 lama.

Self-harm, suicidal, dulu ceria tetiba jadi pendiam dan pemendam.

Tambah pulak dengan peer pressure atau buli di sekolah.

Buli melalui kata2 seperti “Mak bapak kau bercerai entah2 sebab kau”.

Dan macam2 lagi dialog yang very degrading.

Budak2 sekolah zaman now,

Mulut ramai yang mcm longkang juga.

Maybe pengaruh parents,

Maybe pengaruh sosial media,

Tambah lagi dengan abah yang pilih kasih antara anak2.

Pressure yang dia terima,

Bukan kaleng2,

Kesian..

Dia melaluinya pada waktu yang muda,

Dan tentunya,

Perlakuan seorang isi rumah,

Akan ada efeknya pada orang yang tinggal serumah.

Saya sebagai mak yang menjaga,

Pecahkan pintu bilik sebab risau dia main pisau atau overdose ubat – done.

Sambil drive sambil gelabah tarik pintu kereta bila dia tiba2 bukak dan nak terjun dari kereta – done.

And countless trip to ER pada tengah2 malam sampai ke pagi – done.

Saya juga naik risau bila anak seorang lagi,

Mula main hantuk2 kepala didinding.

Alhamdulillah,

Kuasa Allah,

Anak2 dah lebih tenang dan kembali ceria sekarang.

Percayalah,

At one time,

Saya sendiri rasa penat nak hidup,

Haha..

Dan benda2 ni surely ada impak pada career journey saya,

Jadi,

Jangan heran kenapa saya benci sangat,

Pada kecurangan,

Betul..

Agama tak salah,

Yang salah adalah penunggangnya,

Fabi ayyi ala irobbikuma tukazziban..

– Cik Puan Kental (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *