Kerugian Sebuah Kehidupan

Ini kisah nyata tentang kawan aku.

Dia ni jenis perempuan yang terlampau berani. Aku sendiri tak mampu jadi macam dia yang kehulur kehilir sorang diri.

Aku pernah sound dia “kau jangan buat berani sangat ye, pergi makan sorang, tengok wayang sorang, merayau pun sorang kang jadi pape orang lain yang susah.”

Tapi macam biasa la, keras kepala dia tahap kalau kena hempuk dengan lesung batu pon, lesung tu yang pecah. Memang tak jalan la nasihatkan dia.

Kadang aku yang risau dengan perangai dia yang berani sangat. Mak bapak dia selalu sound dia sebab ni lah. Dia berani tak bertempat.

Lepastu bila kena marah mula la stress, tup tup esok lesap lagi healing sensorang pulak. Tak serik.

Style dia memang boleh hidup berdikari sendiri dari kecik.

Dia pernah cerita, waktu darjah 1 dia pergi sekolah jalan kaki sorang-sorang je dari rumah sampai depan kelas. Orang lain semua mak ayah yang hantar siap tolong galaskan beg.

Lepas habis sekolah, ramai mak ayah sponsor anak diorang ambil lesen memandu. Siap tolong carikan dan settlekan bab pendaftaran.

Tapi kawan aku ni tak, dia yang cari pusat memandu sendiri, pergi kelas sendiri, bayar sendiri.

Dia kerja merata untuk bayar lesen dia 100% tanpa guna 1 sen duit mak ayah dia. Padahal family dia bukanlah orang susah, bapak dia cikgu.

Long story short, dari seorang yang pemberani, kuat semangat, tak takut orang, sekarang dia dah jadi sebaliknya.

Dia selalu berkurung, hilang keyakinan diri, takut nak move forward, dah tak kuat semangat macam dulu.

Semuanya lepas hubungan dia dengan orang yang dia sayang putus di tengah jalan. Dia seolah hilang arah tuju, dia takdapat terima itu ini.

“Aku dah tak reti la nak hidup” ni je ayat dia selalu ulang. Dia asyik habiskan masa dengan berkurung. Dia dah tak uruskan diri dia sendiri macam dulu.

Kalau dulu, almost semua benda dia buat sendiri. Sekarang, hampir semua benda dia kena di tolong.

Aku tak suka dia lemah sebab lelaki, tapi aku dah puas nasihatkan dia. Tetap dia tak dapat bangkit jadi diri dia yang dulu.

Dari seorang yang berdikari, sekarang dia seolah bergantung emosi pada orang lain. Hilang orang tu, hilang segalanya bagi dia.

Bab agama, kawan aku ni bukan jenis orang yang tak jaga solat. Dia solat awal waktu, mengaji tak tinggal.

Biasanya orang macam ni takkan hanyut lama dengan perasaan sedih, meratap perkara sia2. Tapi dia masih masih tak ubah macam mayat hidup. Makan tak nak, keluar bilik tak nak, beriadah tak nak.

Rutin dia hanya duduk dalam bilik pandang syiling dan termenung. Dengan family tak bercakap, dengan aku pun banyak text je. Dah berbulan-bulan keadaan tetap sama.

Dia mention beratus kali hati dia dah mati dan tertutup untuk lelaki lain. Dia takkan layan semua orang yang cuba dekati dia.

Dia masih lagi ingat orang yang sama walaupun orang tu dah tak ada dengan dia.

Selalu suruh aku stalk lelaki tu untuk tengok life mamat tu ok ke tak. Tak tahu la sampai bila dia akan macam ni.

Betullah, cinta boleh ubah orang sihat jadi sakit. Orang ceria jadi derita. Orang waras jadi gila. Orang yang kuat jadi lemah.

Rugi sangat bila hilang erti kehidupan hanya kerana seorang insan.

– Kawannya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *