Assalamu’alaikum semua. Tak tahu nak bagi tajuk apa. Pasal dua manusia yang aku rasa bersaing sangat nak jadi orang terpaling malang.
So ini kisah Jue & Jun. Dua orang ni suri rumah berkelulusan. Jadi mereka orang bijak pandai dan Jun up sikit sebab ada on line business. Kami lagi beberapa orang dalam group ni kerja makan gaji.
Mereka macam ni – bila Jue kata dia sakit tapak kaki, haish Jun pun mula senarai dia sakit tapak tangan, kepala & belakang.
Bila Jun kata anak merengek tak boleh letak, Jue pun sebok lah cakap anak dia ni kena dukung tak boleh tinggal.
Apa sahaja jadi persaingan siapa yang terpaling. Bila Jun cerita masalah laki dia balik lambat, Jue bukak cerita laki dia lagi pulak, outstation dah 3 hari. Lepas beberapa tahun nampak dah pattern ni.
Aku dulu² rajin bagi kata semangat, motivasi, siap ayat macam kaunselor. Lepas few years dah start respond tak ikhlas. Then aku start post kata hikmah. Poster think positive lah, kita ni kena bersyukur.
Aku nak suruh depa paham dah dah lah jadi orang terpaling susah hidup. Nak buktikan apa? Engkau paling bagus? Engkau paling diuji?
Atau takde point, cuma luah perasaan?
Atau korang rasa hidup kami yang lain senang sebab tak profesion Suri Rumah yang penuh onak duri?
Atau korang berdua desperate nak tunjuk pada kami korang pun ada value walau tak keluar cari nafkah bersama-sama suami?
Tolonglah, kami tak minat berbanding & bertanding. Kami pun tak pernah pandang rendah kepada Suri Rumah. Kalau rasa susah sangat hidup tu, jom ikut kami kerja.
Tempat aku nak pakai orang, buat sales tapi kerja swasta cuti kurang, bangsa lain pun ramai, kena bersaing & tutup mata + telinga diskriminasi & politik syarikat. Aku sendiri pun bungkam rasa & berusaha nak tukar kerja.
Tempat Timah & Tipah tu susah sikit lah nak masuk, kena apply melalui SPA. Nak dapat kerja Kerajaan persaingan sengit. Tapi mohon aje, mana tahu ada rezeki.
Betterlah drp engkau asyik tulis dalam media sosial complain berjemaah betapa perit menjadi Suri Rumah, berkorban segalanya untuk suami & anak².
Kami ni pakai baju lawa, korang uniform baju kelawar. Korang berjalan setakat pagar, kami tiap hari dapat tengok dunia luar.
Kalau nak tagih simpati, kami pun layak berbunyi. Kami ni kerja, pembantu rumah takdak, tak mampu ambil, kalau ada pun rumah kami mana muat nak tambah wanita dewasa sebab tak cukup bilik.
Jadi kami ni serba serbi buat, A to Z, dari bangun pagi redah siap nak hantar anak² ke taska/sekolah, tempuh jem, kerja cari duit, balik jam lagi.
Ambik anak sambung kerja rumah lagi, ada hari masak, ada hari beli. Ada hari cuci sendiri, ada hari angkut dobi.
Kadang anak buat perangai, sakit, suami bengkel di luar, macam² kena ngadap.
Last² kami buat group sendiri. Bukan apa, malas nak cerita dalam group lagi satu sebab nanti sebok 2J tu nak jadi yang terpaling.
Si Timah dah PJJ sebab suami kena tukar, jadi lah pasangan duka lara. Dia kata balik penat anak meragam, dia nak masuk tandas pun kena angkut si kecik sekali untuk urusniaga.
Tuhan je tahu dia terpaksa bertahan sebab tak mampu berhenti kerja kerana komitmen banyak.
Si Tipah pulak suaminya sambung belajar. Weekend masuk kelas.
So Tipah ngadap anak² sorang sambil pelbagai tunggakan kerja rumah kena selesai masa weekend. Masing² ada geram, kecewa, kecil hati dgn suami, mertua atau ipar.
Kita semua ada masalah tapi tak usah lah ghatibkan selalu. Ulang² benda yang sama. Semua orang kena berkorban dalam hidup ni. Semua orang ada kepayahan.
Tak larat balik² dengar anak² dialah paling sepah, paling degil, paling clingy, paling sakit. Jadi hidup dia lah paling mencabar.
Padahal bukan ada deadline, boss & anak² buah nak dijaga. Jaga anak tekak keluarga je, tenang & buat biasa dahlah. Anak pun 3-4 orang je, semuanya nampak normal.
Aku punya point jgn lah asyik nampak part hidup kita yang tak best dan nak besar-besarkan hal tu. Banyak nikmat yang Allah bagi.
Kalau asyik nampak hidup awak tu terpaling teruk, khuatir jadi terpaling malang betul² nanti.
Ada masalah tackle, lepas tu settle. Tak perlu ribut kalut. Kita kelam kabut nak semua sempurna, lama² stress dibuatnya, bukan engkau je, kami yang kena tadah telinga pun sama.
Kita nak lapang fikiran & tenang hati sebab dah cukup masalah & beban nak ditanggung.
Penat tau kalau dengar perkara yang negative selalu dari orang yang rapat & patutnya tempat kita gelak ketawa berloyar buruk hilangkan tension.
Cubalah cerita yang menarik, neutral & menceriakan pulak dalam kehidupan seharian. Jgnlah anak tumpahkan Milo, hang menangis bersihkan air manis pun nak repot repot.
Benda simple kot.. bukan mcm chemical tumpah kat line sampai terjejas production, brg defect & kilang rugi ratus ribu..huh.. sabar je.
Korang ada tak adik beradik, sepupu, kawan, ipar, biras atau jiran yang mcm ni? Nak buat mcm mana ye supaya mereka ni sedar dan berubah menjadi lebih normal.
Bukan apa, mantra mereka pun effect anak². Kami ni regularly juga jumpa dalam acara keluarga. So we all perhati anak-anak Jun & Jue pun dah ada perangai macam Mak depa.
Suka compare, merungut, berdrama, kejap sakit kepala, nanti sakit perut. Geram kami dibuatnya. Tapi rasa kesian pun ada juga.
Terima kasih admin & pembaca. Moga ada idea baik nak buat macam mana.
– Tuti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit