Ay4h

Hi semua. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Aku baru habis baca The bitter story (https://iiumc.com/the-bitter-story/) which is pasal ayah.

Aku pun nak cerita pasal ayah aku. Harini 18 June adalah hari ayah. Aku macam biasa scroll fb memang banyak posting tentang hari ayah.

Aku teringat kan ayah. Aku ada ayah tapi dia kahwin lain. Belum lama, 2 tahun yang lalu dia kahwin yang mana perempuan yang dia kahwin tu janda anak 5 gaiss.

Kami adik beradik ada 4 orang. Aku ada 2 orang abang dan seorang adik perempuan. Aku yang ketiga, perempuan juga. So 2 laki, 2 perempuan.

Yang kami bertiga ni dah kahwin semua, tinggal yang bongsu sahaja masih bekerja.

So korang boleh bayangkan tak, dah ada anak cucu menantu tapi masih menggatal dengan janda anak 5. Aku memang tak boleh bayangkan.

Mak aku memang tahan sungguh dengan perangai ayah aku. Ayah aku suka minum ya gais which is arak. Oh lupa, kami non-Muslim ya.

Masa tu memang agak susah sikit kehidupan kami sampaikan kami bertiga kena tinggal dengan datuk & nenek.

Ayah bekerja di kawasan kem, so mak pun ikut sekali. Tinggal laa kami bertiga di kampung.

Belanja memang tak ada la. Harapkan makanan kampung sahaja, sayur petik, ikan pancing. Itu laa lauk kami orang. Aku masih ingat lagi nenek berkuah kan air sahaja.

Masa tu ikan yang atuk dapat 2 ekor sahaja. Jadi dia bagi kami 3 makan, atuk & nenek tak berlauk. Aku makan sambil kesat air mata.

Baju aku pun kongsi dengan abang aku. Pakailaa baju yang besar, gaya macam lelaki. Hmm

Aku antara yang pandai antara kami bertiga masa sekolah rendah. Jadi setiap tahun tu memang aku yang sering naik pentas.

Setiap tahun juga laa aku hanya nampak senyuman gembira atuk & nenek aku. Mereka bangga ada cucu macam aku.

Tapi walaupun aku senang ada atuk & nenek, tapi hati aku lebih harapkan ayah ada datang sekali tengok kejayaan aku. Eh takkan setiap tahun takda jenguk anak, ada tapi jarang. Yang selalu balik tu emak aku.

Fast forward, ayah dapat belikan rumah flat di bandar. Mungkin ini hasil kerja di kem. Jadi kami berpindah ke bandar. Masa tu dah ada yang bongsu.

Walaupun dah ada rumah di bandar, tapi ayah masih bekerja di kem. Jadi sebulan sekali dia balik rumah.

Tapi setiap kali balik tu, memang kerjanya mabuk sahaja ya gais. Takda komunikasi yang betul dengan kami. Cakap pun sepatah patah. Yang aku ingat, tiada ciri2 kebapaan.

Aku tak tahu nak explain. Setiap kata2 yang keluar dari mulut ayah, memang buat aku sakit hati sebab masa dia mabuk memang banyak cakap, kalau tak mabuk tak cakap dengan anak2.

Sampaikan aku lebih suka dia tak balik rumah.

Lepas aku habis tingkatan 5, ayah dapat kerja di overseas. Masa tu memang seronok sebab apa2 yang aku minta, memang ditunaikan. Dapat beli kereta sebuah untuk kegunaan kami.

Sebab gaji ayah berbelas ribu masa tu. Ayah balik setahun sekali.

Masa tahun pertama tu masih okay, tapi masuk tahun kedua, setiap kali dia balik, dia bawa handphone ke tandas. Mak aku memang sudah curiga.

Sebab mak aku ni jenis yang boleh tahan garang, dia ikut sekali ayah ke tandas rampas tu handphone, terus dia terbaca laa mesej dia dengan perempuan lain.

Apa lagi, bergaduh laa mereka dua. Masa ni aku takda di rumah.

Yang ceritakan kat aku si bongsu. Lepas tu masuk tahun ketiga ayah semakin berani bermain mesej depan kami.

Kami ni macam tunggul, dia pulak senyum² layan hp. Ada sekali tu dia sampai bervideo call dengan perempuan tu.

Masa tu emak aku keluar, tinggal dia dengan yang bongsu. Then, si bongsu ni terdengar dia vc dgn perempuan, mungkin disebabkn geram si bongsu tumbuk ayah.

Si bongsu ni agak berbadan gempal dari aku. Aku pun terkejut juga dengar cerita ni dari emak.

Sampaikan ayah berani bawa perempuan tu jumpa family ayah. Memang semuanya membantah tindakan ayah mau kahwin lain.

Tapi dia tak dengar apa kata orang, masih teruskan perkahwinan mereka dua even though masatu belum cerai dengan emak.

Maksud aku, kahwin rumah panjang mereka dua sampai ada wedding photoshoot lagi. Memang geli laa aku tengok gambar mereka berdua.

Sejak itu aku memang dah block nombor Whatsapp & fb ayah. Aku benci tengok profile pic sama perempuan itu. Kereta dia ambil sebab atas nama dia.

Rumah masih kami punya sebab ada nama emak. Tapi korang tahu tak, haritu siap ayah ugut emak suruh keluar dari rumah tu.

Betul betul wujud lelaki yang buang keluarga lepas senang. Aku macam tak percaya ayah aku sendiri buat kami macam ni.

Tapi nasib laa kami semua sudah besar, semua bekerja dapat tolong emak bagi belanja bulanan & bayarkan rumah tu.

Dengar cerita ayah kena gout sekarang. Macam susah mau jalan. Itu ja laa cerita harini. Maaf kalau serabut sikit.

– Cyn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *