Redha Allah

Bismillah.. Assalamualaikum.. Alhamdulillah, sepuluh malam berkat di awal Zulhijjah telah datang..

Semoga malam keberkatan ini kita dapat mengisinya dengan amalan yang boleh mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Bertuah mereka yang terpilih menjadi tetamu Allah menunaikan ibadah Haji, semoga mendapat haji yang mabrur..

Juga syukur mereka yang mahu menunaikan ibadah korban, moga diterima segala niat dan amalan soleh demi meningkatkan ketaqwaan dan mendapat keredaanNya.

Sebagai hamba Tuhan, yang diberikan nyawa untuk kehidupan di dunia ini, apa yang paling penting sebenarnya untuk meneruskan kehidupan adalah untuk mendapat keredhaan Allah Taala.

Benda asas dalam keredhaan Allah adalah solat. Solat ini satu kewajipan sebagai hamba yang sebenarnya Allah nak beri banyak kebaikan dan rahmat darinya.

Solat itu dapat mencegah diri dari melakukan perkara keji dan mungkar.

Andai dirasakan ada kepincangan hidup, tekanan dan kesedihan.. sebenarnya hubungan dengan Allah ada masalah.

Ada mereka yang mengaku solat lima waktu, namun solatnya laju… Bacaan sunat di dibaca.. zikir tak dibuat, doa sekadarnya… Bukankah dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Jika ingin berzikir dengan bilangan yang banyak janganlah lafaz dan kusyuk itu lari dari niat sebenar.. seperti ingin menyebut Subhanallah yang terdengar bagaikan shu, shu….

Kerana lajunya.. atau ingin membaca selawat kerana ingin bilangan yang sangat banyak hanya mahu sebut hu, hu,… Bukankah lebih afdal menyebut dengan kemas dan penuh..

Jika mahu istighfar, ada bacaan pendek dan panjang. Amalkan bacaan saiyidul istighfar selepas solat kerana fadhilatnya besar. Juga bacaan ayat kursy yang fadhilatnya mendapat Syurga andai mati.

Menyebut pasal mati… Sangat banyak paparan berita tentang pelbagai kes yang membawa kematian baik kerana sakit, atau kemalangan malah ada juga pembunuhan atau kematian mengejut…

Kematian yang pasti… Sudah sampai ajal… Yang penting kita mahukan husnul khatimah…. mendapat rahmat dan redha Ilahi… Dapat memasuki Syurga Firdausi… Kerana kematian itu sebenarnya adalah kehidupan yang sebenar.

Sangat sedih bila melihat ada anak yang menjadi yatim piatu sekelip mata kerana terlibat kemalangan jalan raya…

Nasihat saya sentiasa membaca doa, ayat kursy dan banyakkan zikir daripada sekadar mendengar lagu atau bercakap hal yang melalaikan..

Tidak salah mencari ketenangan dengan hiburan mendidik jiwa namun jangan berlebihan…

Berhati hati memandu peka dengan keadaan kenderaan kerana, takut benar andai ditakdirkan kemalangan, Allah jaga dan memberi kesudahan yang baik.

Dunia ini terlalu banyak benda yang melalaikan… Yang jika diteliti apa yang diusahakan itu banyak kepada keduniaan bukan sasaran keredhaan Tuhan.

Semoga tiap langkah kita gerak hati kita dipandu Tuhan untuk memilih perkara yang baik dan diredhai…

Begitu juga jika ingin berkongsi sesuatu di media sosial… Adakah benda itu sekadar ingin menarik pandangan manusia dan membelakangkan pandangan Allah.

Selain redha Allah.. Mendapatkan redha manusia juga sangat penting. Maksud redha itu bukan menerima perkara mungkar dan membenarkan benda keji demi diterima oleh mereka yang fasik tapi bab menjaga hati…

Menjaga hati agar tidak terlepas kata dan tangan dalam menilai dan menghukum agar mereka tidak merasa dendam dan sakit hati kerana perasaan ini sebenarnya akan memberi penyakit ain yang makan diri…

Jika dilihat mereka yang bagaikan sudah banyak beramal soleh, bersedekah dan kebajikan namun rupanya hatinya belum cukup ikhlas sebenarnya mahu tarikan manusia untuk kagum dengannya…

Yang kemudiannya membawa kepada rasa kurang selesa kepada seseorang yang merasa kecil hati, maka akan ada suatu yang kurang baik menanti..

Sungguh yang paling jangan dibuat kecil hati adalah ibu bapa… ibu bapa ini keberkatan…

Semoga ibu bapa kita dirahmati diberkati dan diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat serta amal soleh yang banyak dan diterimaNya…

Juga semoga kita dapat menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak anak…

Terbaik dengan cara dan kemampuan sendiri dalam bimbingan pedoman… Untuk membentuk anak yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah akhlak dan ibadah…

Yang sedia merendah diri dan tidak sombong dengan kejayaan kerana faham semua ini adalah dari Allah SWT. Hanya pinjaman sementara untuk akhirnya ingin kembali kepadaNYA.

Jadi, sekadar ini untuk renungan bersama… Yang baik dari Allah yang buruk dari kelemahan diri ini… Sayang semua kerana Allah…

Semoga semua akan mendapat hidayah dan kebahagiaan… Mencari dan memahami apakah sebenarnya Redha Ilahi.

Mohon maaf andai ada khilaf, coretan ini moga ada manfaatnya..

Al-Fatihah.

– ‘Ibadillah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *