Salam dan selamat sejahtera kepada semua. Terima kasih kepada admin kalau luahan ni tersiar kerana sekarang aku perlukan pendapat dari semua pihak.
Aku pernah bertunang dengan seseorang yang aku namakan dia Wati (bukan nama sebenar) awal tahun 2019 dan Alhamdulillah aku kenal dengan dia sebelum tu hampir 5 tahun.
Cuma masa bertunang ada sedikit sahaja salah faham antara keluarga dan kami diputuskan hubungan tanpa apa2 kerelaan.
Kami dah berbincang tapi masa tu famili yang menentukan. Masing2 masa tu belum bekerja dan lepasan universiti jadi kuasa perbincangan tu terletak pada keluarga.
Aku dah cuba pertahankan dan dia pun sama, tapi tak dapat sebab kami ni belum kuat dari segi ekonomi, kerja pun tak menentu lagi.
Aku buat bisnes pun masih belum steady lagi masa tu jadi agaknya keluarga pun macam tak hairan sangat pendapat aku, apa yang aku rasa.
Jadi aku berhubung dengan dia macam biasa tanpa pengetahuan keluarga dan aku juga diperkenalkan oleh seseorang yang lain juga masa tu.
Dalam setahun selepas lepas PKP 1.0 tu aku bernikah dengan Syu (bukan nama sebenar) sekadar cuba nak tutup perasaan aku pada Watie. Setahun aku amik masa. Aku ingat bila aku buat macam ni Watie boleh lupa aku tapi tak.
Aku dah cuba tinggalkan dia, dia cari aku balik hingga aku ada anak seorang pun dia masih ada dengan aku. Aku hanyalah nak bantu dia untuk lupakan aku dan biar tak terseksa tapi dia tak boleh tanpa aku.
Setelah 2 tahun kami contact secara diam, Mac 2023 dia suruh aku terus terang pada isteri aku untuk memperisterikan dia dengan syarat aku kena lepaskan isteri aku sekarang.
Aku tak boleh nak tipu perasaan sendiri. Aku memang sayangkan Watie sangat2. Apa yang berlaku masa kami putus tunang dulu adalah bukan keputusan kami.
Aku sekarang dalam dilemma. Kalau aku lepaskan isteri aku sekarang, adakah keluarga Watie akan terima aku balik?
Aku nak lepaskan sebab aku taknak nak tipu perasaan dan berpura2 bahagia. Mungkin ramai yang akan cakap, ini semua hawa nafsu semata2.
Tapi terus terang aku cakap, aku tak cintai isteri aku sekarang. Aku tak nak hidup dalam penafian. Aku hanya jadi suami yang menunaikan tanggungjawab sahaja tapi tak mencintai.
Aku minta maaf atas sifat melayan dari awal tu tapi benda ni melibatkan perasaan. Hanya orang yang lalui sahaja akan paham struggle dia macam mana.
Dan aku harap sangat pendapat /pengalaman dan komen yang membina dari semua pembaca.
Aku tahu akan ada yang menghukum aku sebagai suami yang melayan dan sebagainya, tapi percayalah aku dah cuba semua cara untuk lupakan watie tapi tak boleh.
Aku tak boleh tipu perasaan aku dan aku tak nak aku berumahtangga dalam keadaan camni dan semata-mata kasihan.
Aku minta maaf atas mana2 penulisan ini yang mendatangkan amarah/tidak senang pembaca sebab aku sekarang tiada siapa2 untuk berkongsi masalah ini secara peribadi.
Untuk pengetahuan juga, sekarang bisnes aku dah makin baik, Alhamdulillah.
Jadi aku mohon pendapat pembaca semua masih ada kah peluang aku diterima oleh keluarga watie?? Kalau ada macam mana caranya?
Terima kasih…
– Wan SA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit