Aku Perfectionist atau OCD Mental? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-perfectionist-atau-ocd-mental/).

Salam admin & warga IIUM Confession, terima kasih untuk komen, nasihat dan pendapat yang diberi. Saya terima dengan hati terbuka positif atau negatif.

Ramai yang minta jumpa pakar, saya ada minta kawan buatkan surat untuk saya memandangkan dia pun doktor pakar cuma dia bukan bidang PSY, surat itu dah siap tapi saya berat hati nak pergi.

Dengan kawan saya masih tutup sikit cerita sebab malu juga, tapi dia kata saya ini macam ada anxiety sedikit kemurungan.

Mungkin banyak benda berkait satu sama lain, sikap ocd atau nak sempurna ini effect dekat tempat kerja saya, saya berhenti klinik dan masuk ke company kecil waktu kerja sana tabiat kunci kereta masih sama hihi.

Selepas beberapa bulan bos naikkan pangkat saya sebagai manager dekat situ, sebab kerja saya kemas dan sangat bagus dari pendapat bos,

Waktu ini sebab saya dah jadi ketua so saya sangat cerewet bab kebersihan, penampilan, dan kerja, staff jadi menyampah dengan saya dan tak nak dengar cakap serta melawan.

Saya cuba ambil hati mereka dengan selalu belanja makan, beli apa saya minum untuk mereka juga, hadiah untuk staff.

Ada yang okay ada yang tak, lebih-lebih staff yang lebih lama kerja dan tua pada saya.

Bila baca komen dekat luahan itu, saya tak cerita yang saya kerap balik rumah check tong gas dan pintu rumah kunci bila waktu kerja bukan kereta sahaja tapi rumah sekali, kecuali suami saya work from home.

Dan setiap kali selepas masak saya akan cabut kepala gas, saya buat setiap hari dia risau gas meletup nanti hahaha.

Bab tandas saya paling tak suka masuk tandas, bagi saya tempat paling kotor, setiap kali nak guna mandi atau poopoo saya akan cuci toilet itu, baru guna dan saya akan mandi selepas itu.

Tempat kerja atau tandas awam saya akan bawa sabun dalam beg, cuci sikit baru guna.

Tempat tidur katil saya, kalau nak tidur,baring tak boleh baju harian yang saya pakai dekat ruang tamu ke dapur ke, kena set baru dan bersih.

Suami pun dah faham benda ini, dia tak akan baring kalau tak tukar baju.

Walau dia baru mandi dan duduk di ruang tamu naik bilik kena tukar set baru.

Didikan keluarga, mak saya rasanya sebab dari kecil memang dia suka mengemas, rumah kami kampung biasa tapi sangat kemas.

Kalau balik rumah mertua saya jenis kena kemas segala benda baru boleh masak, tapi mertua, ipar ke adik ke jenis terus masak basuh kemudian,

Tapi saya tak subuh-subuh saya bangun susun pinggan, basuh segala benda dulu, lap sapu baru masak, mertua bising juga kata masak dulu nanti sepah semula.

Alasan saya tak boleh masak kalau tak kemas,

Jangan risau dari adik-adik suami saya menantu kesayangan walau menantu dan ramai sebab walau saya macamnie saya ringan tulang banyak benda, dan tak puas hati macamana saya perlu jaga hati mertua dan saya sayangkan mereka.

Yang lawak kalau hotel, saya kemas cantik sebelum keluar macam rasa kepuasan bagi saya.

Bab suami ada yang kata risau dia angkat kaki, dia sangat-sangat baik dan saya selalu remind dia siapa nak siapa dulu hahaha,

Saya tak bercinta so waktu nak kahwin dulu 4 family datang meminang saya dari kawan-kawan dan sepupu saya, tapi saya terima suami saya.

Saya rasa pilihan saya tepat mungkin lelaki lain tak boleh terima perempuan macam saya,

Suami saya kadang itu dia yang kemas rumah sebelum saya balik kerja sebab tahu perangai saya, kerja rumah macam basuh baju dia akan basuh sebab dia tahu saya cerewet bab kemas atau lipat baju.

Kereta saya kalau kami guna pergi mana-mana kalau dia nak merokok akan keluar pada kereta, berhenti mana-mana.

Dan barang basah, makanan dia tahu kena letak dekat bonet, saya sangat hargai suami saya.

Dan last ada yang kata buat checklist, saya dah pernah buat tak jalan juga, saya mesti rasa tak puas hati, kalau dari kecil tak main sensory pun tak betul.

Terima kasih sangat-sangat, surat dah ada saya akan jumpa pakar dahulu.

Semoga harian kalian baik-baik sahaja.

Terima kasih semua.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *