Perkahwinan Yang Hambar

Hi semua. Just perkenalkan nama aku Syira. Dari tajuk ni aku rasa pembaca dah boleh tahu apa yang aku ingin sampaikan.

Ini sekadar luahan aku. Sebab aku sendiri tak tahu nak luah dan minta pandangan pada siapa. Nak luah pada keluarga dan adik beradik sendiri, terasa macam buka aib rumahtangga sendiri.

Jadi aku fikir biarlah aku meluah dan minta pendapat dekat sini sebagai anonymous at least aku rasa lega dah luah.

Tak tahu nak mula dari mana. Aku dah berkahwin dengan suami aku. Masuk tahun ni dekat 3 tahun kami mendirikan rumahtangga. Tahun pertama rasa cinta dan keseronokan sebagai suami isteri masih ada.

Masuk tahun seterusnya semakin hambar. Kami sering pergi bercuti sebab masih belum ada rezeki anak jadi mudah la nak kemana-mana.

Masalah yang aku alami sekarang suami aku tak ambil kisah tentang perkara yang aku rasakan ia dah jadi satu masalah buat kami.

Ya aku tak menafikan tentang segala kebaikan suami terhadap aku. Semua lengkap tapi satu je yang tak lengkap iaitu hubungan intim.

Maaf kena meluah sebab makin hari rasa makin hambar. Aku asalnya wanita vaginismus tapi sekarang tak lagi sebab aku dah atasi masalah tu dengan mendapatkan konsultasi pakar.

Aku sebagai isteri juga sukakan seks, tak pernah sekalipun aku menolak kemahuan suami apabila dia mahu biarpun aku sedang tidur, penat atau dekat nak pergi kerja pada waktu tu. Sebab aku nak jadi isteri yang baik dan memenuhi fitrah suami yang bergelar lelaki.

Kadang beruntung aku tengok wanita lain bila mana suami yang nak bersama. Juga yang beria-ria pada isterinya. Ada kalanya timbul rasa sedih, rasa rendah diri dan kecil hati dengan suami sendiri.

Dah banyak kali aku yang mula dulu dan banyak kali juga aku ditolak untuk bersama. Kadang ditepis tanganku ketika mahu bermanja.

Kadang kena marah. Katanya penat. Aku sebagai isteri, pastinya ada keinginan dan nafsu batin yang minta untuk diselesaikan oleh suami.

Pernah beberapa kali aku tak tahan sangat sampai ajak suami aku dulu, dia boleh cakap hold dulu. Hujung minggu baru kita buat, dia ingat ini movie ke boleh pause dulu. Sebab kemuncak rasa nak bersama tu bukan boleh ditangguh.

Tapi bila suami nak, aku yang isteri ni bagi je tanpa alasan. Aku selalu jaga makan pakai dia. Tak pernah sekalipun culas.

Ohh ya, kalau nak tahu aku juga bekerja. Pakaian aku di rumah tak payah cakaplah. Sebab aku memang jenis suka pakai seksi dekat rumah at least boleh goda suami aku. Selalu pakai cantik-cantik, wangi-wangi dengan lingerie sekali.

Suami ada juga puji aku sebab cantik tapi dia tak nampak tergoda pun dengan penampilan aku. Aku pun cantik juga. Sebelum kahwin, aku diminati ramai lelaki. Tapi entahla aku tak tahu kenapa suami aku macam tu.

Selalu juga aku dibiarkan tidur sendirian dalam bilik, lepas aku dah tidur baru dia masuk tidur sekali.

Pernah satu ketika, aku dah berpakaian seksi tunggu suami masuk bilik lastnya dia layan bola kat televisyen sampai ke pagi. Bangun tidur, aku rasa marah dan sedih sebab aku rasa suami faham je reaksi aku malam tu.

Kalau balik kerja pun, biasa suami banyak main game, hadap media sosial daripada meluangkan masa bersama. Kalau bercuti, check in hotel je. Hanya bercuti semata. Jarang berhubungan intim. Adalah beberapa kali je bersama masa tu.

Aku dengan suami memang tengah TTC tapi kadang bila jadi macam ni aku rasa susah la. Aku je yang banyak usaha. Dia hanya ikut saja. Macam tak ambil peduli.

Kitaran haid aku pun suami tak ambil tahu. Waktu bila aku subur, waktu bila masa yang sesuai untuk bersama. Semuanya aku, aku, aku.

Cuba bayangkan macam mana kami nak dapat zuriat kalau nafkah batin pun kurang, selalu tak dapat. Orang luar tak faham, kadang memang mereka doakan kami ada zuriat tapi dalam hati aku selalu rasa macam nak tergelak. Rasa kelakar sebab aku je tahu suami aku macam mana.

Bila aku subur dan minta disentuh, pasti suami menolak. Suami pula suka juga mungkir janji. Kadang dia kata nanti masa cuti or hujung minggu kita bersama tapi bila dah tiba hari yang dijanjikan, suami buat tak endah je. Buat diam.

Dah banyak kali dia macam tu sampai bila aku dah merajuk baru dia nak bersama dengan aku. Itupun macam terpaksa je.

Suami tak suka aku merajuk sebab aku nampak riak muka dia berubah tapi hakikatnya dia yang punca. Wanita ni takkan merajuk tanpa sebab.

Aku dah pernah bincang dengan suami tentang hal ni malah aku pernah zahirkan permintaan aku untuk berpisah. Aku sedih dan nangis masa tu. Tapi suami tak suka aku ungkap ayat cerai tu.

Dia kata dia sayang aku, dia tak mahu kami berpisah. Lagi satu dia malu nanti dengan keluarga dia dan aku. Apa kata orang jika kami berpisah. Memang lepastu dia berubah dah ok tapi kejap je, lepas tu suami balik kepada sikap asal dia.

Sekarang rasa penat, stres dengan sikap suami yang terlalu “tak ambil kisah”ni. Kadang aku rasa betul ke suami ni jodoh terbaik Tuhan kepada aku? Berapa lama perkahwinan kami ni mampu bertahan? Sebab dah tiada seri, tiada kemanisan.

Aku rasa aku je yang banyak usaha, banyak buat rumahtangga kami nampak sempurna di mata keluarga, hakikatnya tidak.

Aku pura-pura ceria depan keluarga sebab nak pujuk hati sendiri, tak mahu keluarga kami fikir bukan-bukan. Aku pun nak jaga air muka suami. Aku nak jaga maruah suami, maruah kami berdua sebagai suami isteri.

Aku tak rasa suami aku ni “makan luar”. Dia bukan suami yang pandai nak curang, cuma dia kuat kerja selalu sibuk jadi bila pula nak curang.

Telefon dia pun aku selalu cek, lagipun kami bukan PJJ. Takde sebab dia nak main kayu tiga belakang aku. Kadang kan, kalau aku ni tak fikir halal haram, lama dah aku ni yang “makan luar”.

Sekarang semua mudah, di hujung jari je kalau nak curang tapi aku bukan perempuan macam tu. Aku masih jaga maruah diri hanya untuk suami je.

Jujur aku katakan, sekarang aku tak rasa sayang macam aku sayang suami dulu. Dia banyak buat aku jauh hati, tawar hati. Kalau nak bersama sekarang tak rasa apa seolah macam dah hilang nafsu nak bersama dia.

Aku ni berbelah bagi, kadang rasa macam nak tamatkan je perkahwinan ni dan nak hidup sendiri tapi aku tahu suami tak mahu berpisah.

Aku juga tak tahu kuatkah aku untuk hidup single lepas ni. Buntu. Kadang aku rasa suami ni macam dah tak minat ke arah tu. Dia tak mati pucuk. Aku tahu. Tapi entahla.

Aku pernah juga terfikir betul ke suami benar-benar sayangkan aku. Yelah sebab dia tak jaga kemahuan aku, dia tak jaga emosi dan perasaan aku.

Aku tahu mungkin aku bukan cinta pertama atau cinta yang mendalam buat dia sebab sebelum dia jumpa aku, dia pernah bercinta dengan wanita lain.

Aku hormat siapa sekalipun wanita yang bertakhta dalam hati dia sebab aku juga sebelum ni bercinta dengan lelaki lain. Aku faham sekiranya aku tak mendapat tempat dalam hati dia.

Aku pernah cakap macam ni pada dia, aku cakap ye aku tahu aku ni bukan wanita yang dia cinta, mungkin yang dia cinta wanita lain, perasaan yang ada dalam hati dia terhadap isteri dia ni hanya sekadar “sayang”, bukan cinta.

Dia kata dia tak suka aku cakap macam tu. Tak elok berprasangka buruk tapi hakikatnya instinct aku rasa macam ni.

Itu jelah aku nak luah. Cuma minta pendapat pembaca juga apa yang patut aku buat. Aku buntu. Tak minta dikecam atau bagi komen toksik sebab aku sekarang dalam fasa emosi tak stabil. Terima kasih.

– Syira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Sama la .. suami kadang balik kerja penat .. tapi bila buat kita turn on , dia yang kata dia penat . Entah .. kadang keluar pergi lepak boleh pula lama lama . Main futsal boleh pula . Tapi bila ajak bersama , kata penat . Kata ngantuk . Manusia mana je tak terasa . Kita dah bersiap cantik cantik , dia spoiled kan . Cuma haritu , rasa sakit hati sangat .. terus tanya nafkah ada berapa ? Lepas persoalkan , okay la kejap . Pastu entah . Kembali kepada asal balik . Kata nak anak . Tapi macam tu la . Penat tu Allah je tahu beria dalam perkahwinan ni . Rasa buruk , rasa tak menarik dah kita sebagai isteri ni . Tapi tu lah . Lelaki . Mereka takkan faham . ;)

  2. Sama la .. suami kadang balik kerja penat .. tapi bila buat kita turn on , dia yang kata dia penat . Entah .. kadang keluar pergi lepak boleh pula lama lama . Main futsal boleh pula . Tapi bila ajak bersama , kata penat . Kata ngantuk . Manusia mana je tak terasa . Kita dah bersiap cantik cantik , dia spoiled kan . Cuma haritu , rasa sakit hati sangat .. terus tanya nafkah ada berapa ? Lepas persoalkan , okay la kejap . Pastu entah . Kembali kepada asal balik . Kata nak anak . Tapi macam tu la . Penat tu Allah je tahu beria dalam perkahwinan ni . Rasa buruk , rasa tak menarik dah kita sebagai isteri ni . Tapi tu lah . Lelaki . Mereka takkan faham . ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *