Aku Ni 1steri dan Menantu Pemalas Ke?

Aku seorang suri rumah yang berpendidikan tetapi terpaksa menamatkan kerja di bidang aku sebab tiada orang nak jaga anak.

Maka suami menyuruh aku untuk berhenti kerja dan fokus terhadap perkembangan anak. Suami berjanji akan bertanggung jawab atas segala hutang pelajaran dan asbku.

Namun beberapa hari yang lepas kami telah bergaduh teruk kerana die memaki hamun.

Ibunya pula tidak pernah merasa memaki hamun itu salah kerana die orang melaka maka dah menjadi lumrah memaki hamun orang sedangkan aku dibesarkan tanpa memaki hamun dari keluarga ku.

Yang lebih teruk lagi kami berdua dikenakan saman atas kesalahan terlanjur sebelum menikah sebanyak RM4500 setiap orang.

Namun kerana die marah aku memberitahu die memaki hamun terhadap ku kepada orang tuaku, die hanya membayar untuk dirinya sahaja dan meninggalkan aku di dalam lokap.

Ibu dan ayah yang menjamin aku kerana tau aku tidak bekerja dan tiada simpanan.

Selepas die membayar dia terus mengambil anak dan berlalu pergi tanpa memandang aku langsung apetah lagi bertanya okey ke tidak.

Aku juga sebenarnya tidak suka dengan ibu dan ayah mertuaku yang kerap kali datang berkunjung ke rumah. Terlalu kerap dan lama.

Datang duduk dalam seminggu lepastu balik. Selang beberapa hari datang lagi.

Pada awalnya aku tidaklah marah namun yang aku sangat terasa hati bila dia menuduh aku pemalas!!! Sedangkan semua benda di rumah itu aku buat sendiri..

Kerja utama seperti basuh baju, sidai baju, kemas rumah, cuci toilet itu sudah biasa aku lakukan sehari hari. bersihkan sawang labah, cabut rumput di halaman rumah di belakang rumah,

Basuh halaman rumah, lap dinding luar rumah, lap perabot semua, gilap perabut dan basuh kereta semua aku buat sendiri tanpa bantuan suami aku.

Dengan sibuk menjaga anak bagi anak makan ajar anak montessori learning semua aku buat sendiri.

Setiap kali ibu dan ayah mertuaku datang pun aku akn kemas bilik dan sediakn segala keperluan semua termaduk tuala, katil bedsheet sarung bantal mesti tukar baru.

Tapi masih aku digelar pemalas kerana aku tidak masak sarapan untuk mereka. Bukan aku sengaja tidak masak tetapi ayah mertuaku jenis yang terlalu high class, makan di kedai sahaja.

Seringkali aku masak langsung tidak dijamah terus ajak ibu mertua dan suamiku ke kedai makan. Akhirnya semua makanan jadi habuan tong sampah. Membazir lagi sudah banyak kali berlaku.

Adiknya ayah mertuaku pun pernah berpesan tak perlu masak sebab die sudah tahu benar dengan perangai abangnya itu.

Bukanlah aku nak kedekut tak nk masak tapi kami sendiri hidup berjimat cermat. Belanja barang dapur sebulan tak sampai RM100 pun tapi kalau dah begini gamaknya takboleh berjimat.

Lagi suamiku menyuruh aku bangun jam 5 pagi mandi dan terus menyiapkan sarapan seperti ibu mertuaku.

Tetapi aku sendiri tidur lewat 11 baru anakku tidur. Sejam aku selalu habiskan masa untuk mengedit dan jual di Etsy untuk dapatkan side income.

Seperti yang aku cakap tidurkan anak pun tugasku, menggaru belakang badan anak selama sejam juga aku yang buat sendiri. Jadi memang masa tidurku dapatlah beberapa jam sahaja.

Suamiku juga sama menyuruh aku masak yang sedap2 sedangkan barang dapur apapun takde sangat. Bawang pun kadang2 habis nak masak guna pasir agaknya.

Tapi selepas jadi macam gini aku dah rasa muak dan penat sangat sebab orang macm tak hargai segala titik peluh aku.

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *