Ye, aku benci dia sangat. Ayah sepatutnya jaga anak dia, bertanggungjawab terhadap anak dia. Tapi ayah aku? Dia penting abang kakak aku yang dah kahwin & cucu-cucu dia.
Aku nak keluar? Tak boleh. Nanti siapa nak jaga cucu-cucu dia.
Aku nak balik lambat? Nanti aku bising & terbangun cucu-cucu dia.
Aku nak beli barang? Guna la duit sendiri.
Tapi dia takda masalah untuk bagi duit dekat abang kakak aku yang dah berkahwin & ada anak-anak diorang sendiri.
Dalam rumah ni, aku la hamba segalanya. Aku la yang kena fikir perasaan semua orang.
“kesian la dekat abang”
“kesian kat kakak”
“kesian kat anak-anak abang”
“kesian kat anak kakak”
Semua orang la aku kena kesian. Habis tu aku? Siapa nak kesian aku yang jadi hamba tebusan dalam rumah ni?
Nak keluar tak boleh, jumpa kawan kena balik sebelum maghrib tapi anak dia yang lain sebelum ni balik esok pagi pun takpa.
Anak yang lain bawa balik bf/gf untuk jumpa parents dikira benda yang patut dicelebrate. Bukan main suka dia. Tapi bila time aku? Bf aku tak bagus, bf aku perangai tak elok, bf aku la salah segalanya..
Dekat aku je semua salah. Semua buruk. Semua tak kena.
Tapi dekat anak2 dia yang lain semua nya bagus. Semua perfect. Semua nya boleh.
Ayah aku penunggang agama. Harapkan pergi sekolah agama tapi keutamaan taggungjawab pun tak tahu nak utamakan siapa.
Sepatutnya mak aku n aku jadi keutamaan tapi dia sibuk utamakan anak-anak dia yang dah berkahwin & cucu-cucu dia dan dia tolak tepi mak aku n aku.
Mak aku selalu suruh sabar tapi sampai bila aku boleh sabar? Apa aku dapat kalau aku sabar?
Pernah sekali aku nak ke campus sebab ada assignment, ayah aku cakap “cakap dekat lecturer cancel la class. Sapa nak jaga cucu-cucu ayah nanti?” betapa bodohnya statement dia.
Aku tak kisah dia nak jadi hamba abdi abang kakak & cucu-cucu dia. Tapi lepaskan la aku.
Kalau dia boleh sara abang kakak aku yang dah berkahwin, kenapa dia tak boleh sara aku untuk hidup di luar?
Kenapa aku kena beli barang2 aku sendiri? Kenapa semua kepeluan asas aku kena bayar sendiri?
Aku tak minta banyak pun. Cuma nak dilepaskan dan ada kebebasan sendiri. Tapi bagi dia, apa aku minta ialah, dimaki. Dilempang. Ditengking.
Aku pernah ditengking masa hari jadi aku sebab aku taknak tolong kakak aku jaga anak dia. Itu sahaja. Tapi aku ada kawan yang sanggup datang and ceriakan hari aku. Aku berterima kasih sangat dekat dia.
Aku bukan setakat tak suka ayah aku. Aku benci sangat dia.
Aku dah beberapa kali meluahkan perasaan aku dekat dia tapi dia buat bodoh and tak endah langsung pasal perasaan aku, dia tukar topic lain sampai la aku give up dan diam.
Aku tak dapat drive dari hari first aku dapat license sampai la sekarang.
Tapi abang kakak aku? Macam biasa la. Semua dapat kereta. Sampai kat aku? Dia kata buat apa nak kereta, aku bukannya keluar. Sedangkan dia yang tak bagi aku kebebasan untuk keluar.
Aku penat. Aku stressed. Aku sedih, aku dah beberapa kali fikir nak bunuh diri tapi kalau aku bunuh diri pun, apa dia kisah? Mak aku pun taknak dengar luahan aku dah. Dia kata bosan dah dengar.
Buat masa ni, cita-cita aku untuk belajar sampai habis & kerja sejauh mungkin dari diorang. Aku tak nak ada dekat dengan diorang.
Kalau ikutkan hati, mungkin aku kahwin pun tak nak ada sesiapa datang. Cukup la kawan2 aku yang selalu ada dengan aku je. Keluarga tak semesti kena ada pertalian darah kan.
Aku cukup penat. Sangat-sangat penat. Kalau nak dicerita lebih detail sangat la panjang. Tapi aku betul-betul penat. Aku taknak dah ada dengan keluarga ni. Dari mula sampai la sekarang. Aku tak pernah rasa disayangi..
Aku tak suka duduk dengan keluarga aku bila diorang beramai-ramai sebab diorang akan bersembang antara diorang je dan akan palau aku, so, aku duduk la dalam bilik aku. My save space.
Tapi itupun kadang2 kena mengalah and bagi cucu-cucu kesayangan dia masuk bilik aku, amik barang aku, rosakkan barang aku. Tapi macam biasalah “mengalah la dengan budak kecik”
Tapi aku benci. Sebab barang-barang tu aku yang kena beli sendiri dan keluarkan duit sendiri. Dia tak faham.
Aku penat…
Harapkan seorang ayah untuk jaga anak perempuan, tapi anak perempuannya jadi hamba abdi dalam rumah sendiri.
– Anon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit