Salam hi, saya nak share my first experience being in a relationship dengan seorang yang luaran nya sangat baik dan mustahil buat jahat,
Tapi realiti nya dia lah manusia yang banyak menganiaya perempuan.
Kami kenal masa outing dengan kawan kawan, masatu first year degree. Start hari tu tak pernah satu hari pun dia tak ws saya.
Let’s say nama dia Imran. Conversation kami start dekat ig sebab saya reply story dia.
Tapi pelik tiba tiba lepas beberapa conversation tu ada perempuan kenalkan diri as kakak ex Imran dm saya.
Dia kata hati hati dengan Imran. Dan dia kata Imran berubah sejak kenal saya.
Masa tu saya pelik sebab saya baru kenal Imran sehari. Tapi saya rasa terlalu awal untuk saya judge Imran.
Jadi saya pun act like usual. Sebab for me Imran don’t look suspicious at all.
Imran orang yang menjaga agama. Datang dari family yang alim. Sangat dikenali dengan watak yang baik di university.
Nak dijadikan cerita saya start rapat dengan Imran masa birthday saya, sebab Imran ajak keluar dia kata nak belanja makan. Sebelum outing tu, kami memang tak kenal lansung sebab pkp.
Saya setuju keluar dengan dia. Untuk first time keluar, it wasn’t that bad. Dia soft spoken, jaga solat, dan gentleman.
Hari demi hari kami makin rapat. Tak pernah tak ws. Imran sangat caring. After 3 bulan berkawan, Imran confess. I liked him too masa tu. Dan mak saya pun approved sebab dia baik.
Rajin hantar makanan dekat rumah. Hormat orang tua. Cukup lengkap dengan apa yang mak saya nak. Tapi kami in silence relay. Sebab dia kata dia tak nak ex dia serang saya. So saya okay je.
One year of relationship saya rasa sgt happy. Dia baik, menjaga batas, soft spoken, After six months hubungan kami, Imran dah pun kenal family saya dan kami ada perancangan nak tunang lepas habis study.
But, start tahun kedua, Imran jadi lain. Dia berubah jadi lelaki yang suka minta bukan bukan. Pada saya dia tak hormat saya sebagai perempuan.
Mula mula dia minta pegang tangan je, dia selalu pujuk tapi saya tetap tak nak.
Makin hari dia level up minta peluk etc. Dia minta dengan cara bergurau tapi saya tetap tolak. Pada masa tu saya percaya it was just a joke.
So, masa tahun kedua tu saya sgt tak selesa. Saya mula nampak sisi dia yang lain. Jadi saya bersabar, saya nasihatkan dia untuk jaga batas.
Makin lama dia makin jauh dengan saya, dia hanya cari saya bila perlu. Imran takde masa saya perlukan dia. Tapi dia selalu nak saya ada bila dia perlukan.
Ada juga masanya saya nak give up dengan layanan dia. Tapi saya masih sabar. Tak lama lepas tu, Imran bawa family dia jumpa family saya. Sebagai perempuan saya rasa hubungan kami sangat serious.
Jadi, saya rasa dah sampai ke tahap ni teruskan jelah hubungan ni. Tapi dia masih tak stop minta benda benda tak elok. Saya cuba berharap dia berubah.
Lepas setahun setengah hubungan kami, dia dah tak soft spoken. Dia dah tak caring. Dia dah tak suka cerita hari dia dekat saya.
Dia yang dulu nya sangta jaga hati saya, dah start berubah.
Tapi saya masih bersabar dengan Imran. Pada hari birthday saya, Imran buat saya hilang sabar. Dia paksa saya buat macam apa yang dia minta.
Masatu saya marah dia sebab buat macam tu. Start haritu hubungan kami dingin. Dia dah tak ambil tahu pasal saya. Tapi kami still ws cuma just ws tapi just update bila nak keluar. Nothing more than that.
Saya terus besabar sebab saya fikir mungkin dia perlukan masa untuk digest segala nasihat saya. Hari hari saya selepas tu rasa macam hubungan ni akan berakhir.
Dua minggu lepas tu, saya dan Imran decide nak jumpa untuk selesaikan salah faham. Imran janji dia nak berubah. Tapi dia kata taknak contact selalu sebab nak berubah. So I’m okay with that.
After that kami berbaik, walaupun rasa happy dah kurang. Dan Imran selalu marah marah. Dia baik kalau nak minta tolong je.
Tiba tiba satu hari saya nampak Imran sgt mesra dengan perempuan lain. Just berdua. Saya tahu ada benda yang tak kena.
Bila saya tanya, Imran jawab perempuan tu yang datang dekat dia. Makin hari makin jauh Imran dari saya. Kalau saya tak start contact dia takkan contact dulu. So, saya tekad tanya dia.
Awak sayang saya lagi tak. Imran jawab, sayang tu ada, tapi sekarang selesa berkawan. Tapi awak kena tahu saya sayang awak lagi. Nak melepaskan tu susah.
Bagi saya jawapan dia tak jelas. Banyak kali saya tanya tapi Imran masih pusing pusing dekat jawapan sama.
Akhirnya saya faham dia dah taknak saya dah. Saya yang tak sedar selama dia tengah slow slow buang saya dari hati dia. Betapa hancurnya hati bila dapat tahu. Kalau saya tak tanya, sampai bila bila dia takkan bagitahu.
Pada hari tu, kami berpisah. Seminggu lepas berpisah saya dapat tahu dia curang dengan perempuan tu.
Remuknya hati bila setiap hari nampak dia dengan perempuan tu setiap minggu depan mata. Tapi saya tak mampu buat apa sebab kami was in silence relay. So, perempuan tu tak tahu pun Imran dengan saya sebelum ni.
Perempuan tu kawan saya, sejak Imran dengan saya berpisah kami tak rapat. Tiba tiba perempuan tu menjauhkan diri dari saya. Lepas apa yang jadi saya faham dm yang saya dapat.
Imran buat benda yang sama yang dia buat dekat ex gf dia. Saya dapat tahu pada awal perkenalan kami, Imran masih in relay. Dan secara tak lansung saya dikira scandal tanpa disedari.
Saya tahu dia cuba ulang perkara sama, tapi perempuan tu takkan percaya saya sebab Imran cerita something yang membuatkan perempuan tu tak nak dekat dengan saya. Jadi saya tak mampu tolong.
Setiap minggu kami ada kuliah di kelas yang sama. Saya akan terpaksa bersua muka dengan Imran dan perempuan tu. Beratnya hati, hidup terasa macam mati.
Kawan saya, Sarah tak sanggup tgok saya tak selera makan, menangis hari hari. Jadi Sarah decide dia nak jumpa Imran. Imran mengaku dekat Sarah dia berpisah dengan saya sebab saya tak boleh nak penuhi apa yang Imran nakkan.
Dia tak boleh terima cara saya menjaga batas walaupun banyak kali dipujuk. Imran mengaku dia dah menganiaya ex gf dia. Imran mengaku dalam relay dia yang sebelum ni, dia selalu buat “benda” ringan ringan. Dia dah terbiasa.
Selama dia dengan saya, dia tak pernah dapat apa yang dia nak. Sepanjang dua tahun, Imran tak pernah ikhlas dengan saya. Dia cuma tunggu masa nak pujuk saya.
Imran kenal dengan family saya sebab dia tahu saya pentingkan family. Jadi dia cuba ambil hati saya.
Akhirnya saya faham, rupanya selama ni saya hanya sayang orang yang pernah wujud. Imran berperwatakan baik sebab nak saya nampak dia sebagai lelaki yang baik. Watak dia yang sebenar adalah dia yang bebas. Tanpa batas.
Tapi hubungan Imran dengan perempuan tu tak lama sebab perempuan tu perempuan yang baik, jadi tak meet his needs I guess. Empat bulan lepas tu, Imran bersama dengan orang lain. Mungkin dia mangsa seterusnya.
Jadi, dua tahun yang saya lalui dengan Imran hanya lah lakonan Imran. Hampir setahun masa yang saya ambil untuk pulih. Berat hati nak terima orang yang pernah saya sayang tak pernah ikhlas sayangkan saya.
– Alia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit