Lepas terbaca https://iiumc.com/jin-tumpang/ saya pun nak share juga kisah gangguan makhluk halus. Tapi lebih kepada isu keobsesan keluarga terhadap gangguan mistik ni, kerana perkataan obses yang TT mentioned tu buat saya triggered untuk share.
Kisah ni panjang jadi terima kasih pada yang sudi baca sampai habis.
Saya pernah share kisah gangguan saka di ruangan ini juga pada tahun lepas. Saya wanita berusia 30 an, single dan menetap di KL lebih 10 tahun kerana bekerja di sini. Family di Utara sana. Ayah dan mak da berusia 60 tahun.
Saya ada 5 beradik. Saya anak kedua, Abang OKU sindrom down. Dua adik laki. Adik laki no. 4 dah berkahwin dan menetap di Australia. Yang bongsu perempuan nak masuk umur 28 tahun.
Ringkasnya, saya pun pernah kene gangguan saka tahun lepas, saya pergi berubat dengan rawatan syifa dan alhamdulillah gangguan2 dah tak de. Since saya berubat secara syifa, jadi makhluk2 ini akan datang menganggu semula.
Tapi saya dah diberitahu yang selalunya makhluk2 ni akan datang semula dan saya diajar ayat2 pelindung diri. Bahkan saya juga ada amalan baca doa pemutus ikatan saka yang dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan Islam syifa melalui TikTok.
So saya hanya beramal dengan apa yang diajar iaitu zikir dan air penawar buat sendiri je. Pernah je, 2 minggu lepas berubat, gangguan datang semula tapi saya amalkan je amalan2 tersebut dan of course jiwa kene kuat untuk lawan gangguan2 tu.
Kenapa saya tak jumpa yang betul2 boleh buang saka? Terus terang, saya agak particular sikit kaedah rawatan yang digunakan takut sesat, dan saya taknak terlibat dengan bende2 syirik ni.
Saya ada buat research sendiri kaedah rawatan Islam yang betul dan rawatan yang ada unsur syirik sebelum berjumpa dengan pengamal perubatan.
Dan so far kaedah yang digunakan memang nampak genuine macam rawatan Islam, tiada sangsi dan ragu2. Paling penting tak perlu pun nak kene pegang aurat saya.
Saya jenis taknak terlalu obses dengan makhluk2 ni, mcm jangan fokus sangat pada masalah. Ha mcm tu la. Sebab, pengamal perubatan tu pernah pesan, berubat ni hanya boleh bantu beberapa percent je, selebihnya atas diri kita.
Jika kita fokus dengan makhluk halus ni memang dia suka la lagi dia akan menganggu kita sebab itulah tujuan mereka, menganggu kita sampai kita lupa dan lalai pada Allah.
Dan banyak lagi bende2 lain yang saya nak kene fikir dan fokus dari nak hadap isu saka makhluk halus ni je.
Nak dekat setahun lepas berubat syifa sekali tu je, alhamdulillah gangguan2 yang teruk da takda. Cubaan2 gangguan serta gangguan ringan tu ada la,
Tapi saya malas nak layan, saya baca je ayat2 pelindung, pasang surah ruqyah, dan paling penting amalan kene jaga la amalan which is solat, banyakkkan baca Al-quran dan dengar ceramah2 agama, inshaallah gangguan2 tu da tak de.
Saya akui adakala saya terlalai dlm amalan2 ni cth tertinggal solat, tak baca Al-quran & tak berzikir dlm seharian. Sedikit demi sedikit gangguan2 tu datang, jadi saya muhasabah cek balik diri ni apa2 yg kurang ke ada terbuat salah kat orang ke. So cepat2la bertaubat dan perbaiki amalan2.
So far dari pemerhatian saya, gangguan tu akan hilang atau takda jika saya amalkan pendinding diri dan tidak terlalu fokus pada makhluk ni. Saya percaya Allah lagi Maha berkuasa akan melindungi saya dari makhluk ini.
Bagi saya, gangguan2 ini adalah ujian buat saya, sebab dengan izin-Nya jugalah samada makhluk2 ni nak kacau saya atau tidak.
Ok, berkenaan Ibu bapa saya pula. Semua bermula dari bapa saya. Dia ni bekas tentera dlu kerja di Selangor. Dulu masa dia masih bekerja dia takda pula nampak taksub jumpa pengamal perubatan untuk berubat disebabkan gangguan mistik.
Walhal ada je gangguan mistik pernah terjadi dekat kami sekeluarga, tapi tak dela berlanjutan. Seingat saya tak da pula dia bawa pengamal perubatan datang ke rumah atau bawa kitaorg pegi berjumpa pengamal perubatan.
Semenjak dia bersara pada 19 tahun lalu dan balik ke kg di Utara menetap terus di sana dan masa tu saya tingkatan 5 saya nampak la dia selalu berjumpa dengan ramai pengamal perubatan yang saya sendiri rasa ragu2 cara perubatannya.
Mana taknya, ada siap kene pegang rambut saya tapi ayah saya izinkan, kunyah daun sireh lepas tu hamburkan kat kepala syaa. Masa tu saya rasa saya umur 16 atau 17 tahun.
Dalam hati memang saya maki da, nak cakap kat mulut tau da nanti lepas tu saya kene rotan dengan ayah. Sabar je la.
Macam2 la alasan nak pegi berubat, ada sihir la ada saka la, Jin tumpang la. Mak ayah saya ni pagi2 meniaga nasi lemak, so kena sihir tu common la. Tu saya tak nafikan sebab memang lumrah meniaga akan ada orang yang busuk hati.
Tapi saya tengok orang lain pun meniaga juga tak de pula taksub nak jumpa bomoh bagai. Sampaikan cousin saya pun perli kat FB dia cakap sikit2 nak jumpa bomoh. Saya tau dia tuju kat bapa saya sebabnya adik2 ayah saya tak macam tu.
Pernah masa saya masih belajar di Politeknik, saya kene bawa pegi berubat kononnya ada budak lelaki yang sama politeknik dengan saya sihir saya sebab dengki saya tak layan dia.
Saya pula masa tu nak kata ada gangguan tak dela pula sampai memudaratkan kesihatan Cuma besa la, stress masa belajar & dalam fasa remaja dewasa duduk jauh pula dari family.
Tapi ayah saya memang ‘best’ ayat dia bagi kat saya masa ‘didiagnos’ oleh so called pengamal perubatan ni saya pun da tak ingat laki ke perempuan coz da ramai ayah dengan mak saya ni asyik jumpa,
Dia kata, kalau dia adalah budak lelaki tersebut dia pun akan buat bende yang sama juga jika saya bersikap sombong.
So salah saya la ye kalau orang tu buat khianat sihir kat syaa. Tu pun tak tau la betul ke tak memang saya kene sihir, bapa saya percaya je apa yang di katakan oleh bomoh/pengamal perubatan ni.
I was like ehh? Bapa aku ni, aku nak jaga diri aku dari bende2 tak elok pun dia nak marah ke? Habis tu klu layan lelaki jadi perempuan murahan nanti dia juga yang malu. Silap2 tak mengaku anak, end up salah aku juga nanti.
And saya pun tak tau sapa yang nak sihir atau tak suka saya sebab kat poli masa tu, saya memang tak de bergaduh dengan mana2 lelaki, Cuma saya memang tak senyum la dengan lelaki yang saya tak kenal. Standard la kan. Lagipun hak saya la nak senyum ke tak.
Salah satu sikap ayah saya, dia ni gaslighting orang, segala masalah semua nak disalahkan orang, diri sendiri tak nak mengaku taknak berubah.
So sejak dia mula jumpa pengamal perubatan lepas pindah ke Utara ni, entah lah berapa kali dah selama 19 tahun. Sampai saya dan adik laki da jadi meluat.
Kami nasihat pun memang tak jalan, malah pakcik makcik saya iaitu adik beradik ayah saya nasihat pun tak jalan. Sebabnya dia anak sulung, of course la dia rasa dia paling besar.
Bukannya saya tak pernah tegur dan nasihat. Tapi dengan bapa yang macam tu, jenis ego, keras kepala dan semua kene ikut cakap dia, ingat dia nak dengar? Memang saya la akan kena balik dengan kata2 panas mulut tak berinsurans dia tu.
Mak saya isteri mithali la katakan, so ikut je cakap ayah saya walaupun selalu kena maki hamun, marah dan gaslighting. Pasal saka pun, ayah marah mak. Mak pula memang tak melawan diam je.
Atuk dan nenek belah ayah da lama meninggal. Jadi hanya ada Atuk dan nenek belah mak dan 2 orang Abang mak saya consider tua dari ayah. Abang2 mak memang tak masuk campur hal orang.
Atuk belah mak saya ni da nak masuk fasa nyannyuk so da tak boleh nak minta tolong nasihatkan ayah, nenek belah mak pula, hmmmm, ayah saya ni antara menantu favourite dia, so selalu ikut je kata ayah saya ni.
Cuma pernah sekali nenek ada tegur ayah pasal apa tak pasti, ayah saya merajuk tak balik rumah nenek untuk beberapa bulan. So tak tau la sapa lagi boleh nasihatkan dia.
Bila selalu meniaga tak laku je, alasan mesti kata ada orang buat la gangguan la. Kalau sakit pun sama, mesti cakap ni orang buat (sihir la), saka la. Ni saka belah mak la yang kacau. Mcm2 la idealogi mak ayah saya tu.
Padahal lifestyle taknak improve. Mana taknya, ayah saya, da tau ada darah tinggi obes, makan tak jaga langsung. Exercise lagi la, tak da langsung. Bila cek kat klinik dan hospital, doktor2 pun da sahkan sakit2 dia tu darah tinggi, kencing manis dan obesiti.
Bila kene pegi buat follow up, tak nak pegi, alasan dia, ni sebab orang buat ni (sihir) so caranya kene guna kaedah lain, di hospital diorg takkan boleh berubat punya.
Saya ni da berapa kali rasa nak tepuk dahi sendiri bila dia cakap mcm tu, tapi kawal je la perasaan tu nanti tercabar pula ego dia kalau saya buat betul2.
Saya bukannya nak nafikan ada gangguan mistik and bukan tak boleh langsung berubat guna kaedah tradisional tapi biarlah dengan cara yang betul dan bukan terlalu taksub.
So disinilah saya nak point out pasal keobsesan mak ayah terhadap gangguan mistik ni dan perubatan traditional. Sikit2 orang buat la, sikit2 saka la. Padahal mereka tu solat je 5 waktu. Cuma bab mengaji dengan zikir saya perasan kalau diorang rajin diorang buat.
Ayah pula da lama tak pergi surau atau masjid solat sejak beberapa tahun ni sebab kaki sakit. Tapi dia boleh je jalan and drive keta. Ntah la.
Kata orang nak seribu daya taknak seribu dalih. Takpala anggap ja memang dia sakit kaki yang memudaratkan. Bersangka baik.
Ayah saya ni memang panas baran dari dulu, selalu marah maki kami anak beranak, mcm saya pernah je kene ayat mcm ni “hidup hanya menyusahkan orang je”.
Seorang yang agak berkira dengan anak2. Jadi dia sanggup tak belikan baju baru utk saya adik beradik even mak pun, supaya dia boleh upgrade keta dia, beli TV yg latest edition, pergi memancing masa dia tengah berduit sikit.
Masa saya nak sambung belajar dulu pun dia macam taknak bagi, dia cakap lebih baik saya keje bagi duit kat dia. Tapi saya ni memang degil, saya cakap nak juga sambung belajar. Bila sambung belajar tu terpaksalah apply PTPTN.
Pendek kata kat sini, kalau kita pun tak jaga tak improve amalan2 kita, tak tunaikan hak isteri dan anak2 dan mindset pun masih macam katak dibawah tempurung, memang la sampai bila2 la gangguan tu tetap akan menjadi gangguan pada kita walaupun berubat sejuta sekali pun.
Masa bulan puasa baru ni, mak ayah suruh balik alasan kata nak berubat nak buang saka. Katanya, pengamal perubatan yang dia jumpa (ntah yg ke berapa puluh kali) suruh semua anak beranak kumpul kalau nak buang habis.
Saya tanya mak apa kaedah rawatan yang digunakan. Mak saya cakap, org tu (pengamal perubatan) tu nampak ada saka dekat family, dekat saya, datang balik.
The moment saya baca ayat; org tu dia nampak”, padahal saya duduk jauh kat KL ni bole pula nmpk, saya da rasa sangsi da. Tau da kalau saya cakap, tu nmpk mcm syirik la was was la, saya akan kene balik ayat, “ni ikhtiar, selebihnya serah pada Allah’.
So untuk elakkan argument yang takde kesudahannya, saya cuma cakap masa tu saya akan sibuk saya tak boleh balik lama Hari Raya nanti.
Mak reply OK je.
Lepas tu ayah saya pula wassap tanya bila balik and dia suruh balik raya nanti cuti lama sikit sebab nak berubat.
Saya cakap yang saya tak boleh balik lama sebab bulan tu saya memang sibuk nak kene hantar report ada dateline nak kene follow. Saya juga kata kalau ada gangguan saya boleh berikthtiar berubat sendiri.
Dia pun reply, baiklah. Kalau jadi apa2 kat adik beradik saya, dia tak kan maafkan saya. Wahh, salah saya pula. Gaslighting betul ni. Ingat saya budak2 lagi nak kene terima apa yang dia cakap. NO. Klu dulu ya, saya diam and senyap je. But NOW, saya da berubah ya.
Saya hanya reply, terpulang la, sedangkan Allah pun Maha pengampun pada hamba2 dia dan buat pertama kali saya luahkan yang saya pun da lama bersabar dengan perangai dia. After that saya block wassap dari dia.
Bagi saya, dah tiba masa saya kene stand up for myself dan tunjuk pada dia saya bukan lagi budak2 yang boleh nak lepas geram macam tu je. Marah macam mana pun saya, saya masih hormatkan dia sebagai ayah je. Sebagai role model memang tidak la.
BTW, saya da bagitau dekat family yang saya da pnah berubat dengan rawatan syifa & da takde gangguan2 teruk pun, kalau ada pun, tak seteruk mcm sebelum ni and saya pun masih boleh handle jika ada cubaan2 dan gangguan2 halus.
Jauh di sudut hati da boleh jangka dia akan cakap mcm tu sebab dia memang suka gaslighting orang. Cuma agak kecewa datang dari seorang bapa.
Memang kecewa betul. Saya tak balik beraya sebab masih rasa sakit hati masa tu.
Bayangkan 30 lebih tahun bersabar, bertolak ansur dengan perangai karenah dia dan bertahan dengan segala kesakitan dan pukulan2 dia dulu sampai ada parut di dahi saya. Kesabaran saya pun ada hadnya juga.
Saya sampai kene pergi terapi kaunseling untuk healing. Alhamdulillah, kaunselor seorang Islam juga, banyak mendengar, menasihati dan bagi guidance bagaimana nak tackle orang macam mak ayah saya.
Jadi, macam mana marah dan kecewa pun, saya tetap bangkit dan memohon keampunan kepada Nya.
Kerana saya tahu, jika saya terus lemah, makhluk2 ni akan cuba ambil peluang untuk dekati saya melalui cubaan dan gangguan2 ringan. So, saya kene kuat mental dan jiwa saya.
Sekarang nak raya haji pula, mak saya wassap suruh balik sebab nak berubat buang saka. Dia kata kalau tak buang takut saka tu pergi kat anak adik laki saya.
BTW, adik laki saya duduk di Australia dan dikecualikan untuk berkumpul untuk sesi perubatan. Ehh?? Bole pula nak berubat kalau salah seorang takde.
Adik laki saya ada share masa saya video call, ayah saya ada minta duit untuk berubat dan ada bagi list setiap rawatan ada harganya. Huhhh.
Adik laki saya malas nak layan pada awalnya. Tetapi bila mak ayah da desak mcm ni guna alasan anak adik laki saya pula nnt jadi sasaran.
Baiklah saya mungkin akan balik kg lagi 2 bulan sebab before that saya memang akan busy dengan keje.
Saya bagi syarat kat mak dan ayah, klu nak saya balik, sponsor saya. Ye, ingat murah ke nak balik KL ke Utara. Sejak saya da ada keta, memang kene balik dengan keta coz kat rumah saya tak boleh drive keta ayah saya kalau nak pegi mana2 pun.
Sebabnya, saya ada nyatakan di perenggan ketiga seterusnya. Nak pegi mana2 kena panggil teksi sebab rumah jauh dari stesen bas. So, at least drive keta saya jimat sikit
Kenapa saya cakap kene sponsor. Satu, ayah mak tak pandai manage wang, mereka tiada simpanan tetap. Saya pula gaji yang tak seberapa ni, nak kene bayar rumah yang saya beli 5 tahun lepas, maintenance, keta dan perbelanjaan kucing2 saya and macam2 lagi lah.
Mestilah nak kene berjimat. Dengan kos sara hidup pun makin naik memang saya pun kena buat part time service job untuk extra income.
Kedua, saya da memang kene tegas bab2 duit ni, sebab ayah selalu apa2 minta duit kat saya.
Saya sampai tak de simpanan kecemasan sebab terpaksa bagi duit kat dia and pernah kene bayar pinjaman peribadi untuk dia sebab guna nama saya masa saya awal2 keje, di mana tempoh bayaran adalah selama 7 tahun masa tu.
Beberapa tahun ni saya nak improve saving pun susah sebab dok meminta duit.
Yela, sometimes kena ajar juga mak ayah yang mcm ni untuk tidak simply2 nak harapkan duit anak2 dan pandai2 la manage wang, da meniaga 19 tahun kan, so pandai2 la nak manage wang.
Lainlah kalau gaji saya ni T20 dan keje gah, saya tak kisah nak berbelanja untuk mereka. Kerana bila saya dapat bonus, memang saya bagi lebih kat mereka.
Ayah pula setiap kali saya balik, saya ni umpama bank bergerak memang kene bagi duit.
Walhal, dia dulu masa saya budak2, minta duit kat dia banyak soalan mesti tanya untuk apa, kalau nak beli makanan pun bukannya jajan, dia akan bagi alasan tak payah kalau dia tak nak bagi. Kedekut.
Ayah saya dia memang selalu minta duit walaupun saya dan adik laki da bagi duit tiap2 bulan. Tapi klu ada bulan yg saya tak mampu saya bagitau siap2 kat mak. Ayah memang tak pandai manage wang and takda saving.
Mana taknya selepas bersara, duit2 pencen yang tak sampai seribu sebulan banyak beli barang2 oder dari W0W shop yang kebanyakannya simpan tak guna sangat pun and pergi berubat jumpa pengamal2 perubatan tu la/ bomoh.
Duit meniaga pun tak nampak hasil. Bila mak tegur, mula la bebai(throw tantrum) baling barang2 kat rumah la, marah2 kat kitaorang la.
Nak lepas geram. Bagusnya ayah saya ni dia tak pernah lagi naik tangan kat mak.
Ayah saya ni kedekut dan sangat berkira kalau saya dan adik2 nak guna barang2 dia sejak azali lagi. Calar sikit je keta motor dia habis bising macam la kitaorang ni buat dosa besar. Padahal keta biasa je bukannya kategori mahal pun. Kalau orang lain bawa keta dia tak pe pula.
Sebab tu, adik2 saya dan saya tak pandai bawa keta motor pada awalnya, tu pun belajar dari orang lain. Mak memang tak reti memandu dan memang dari dulu taknak belajar.
Bukanlah bapa saya tak de kebaikan langsung. Ada la juga. Cuma sikap dan perbuatan dia tu je yang memberi kesan pada saya which is menyusahkan saya dan adik untuk perkara2 yang remeh,
Salah satunya nak suruh balik semata2 nak berubat, macam la kat KL ni tak de orang yang saya boleh jumpa untuk berubat.
Saya tau la gangguan mistik ni bukan remeh tapi tak bermakna tak de solution yang menyenangkan kedua2 pihak, bukan 1 pihak je.
Kadang2 saya terfikir, kenapa pakcik makcik saya, mak bapa orang lain which is kenalan saya tak de berperangai macam ni. Kadang2 rasa malu ada bapa yang macam ni.
Ingat mak bapa je malu, anak tak malu kalau bapa buat bende2 yang nampak syirik ni dan obses dengan bende2 mcm ni?. OK tak pa saya masih sabar dan terima hakikat yang ayah saya macam tu. Tapi saya tak tahu sampai bila saya boleh bersabar.
Bagi saya akidah harus diperbetulkan. Bukankah Nabi2 dan Rasulullah s.a.w pun da ajar amalan2 pendinding diri. Kalau ya perlu saya da pun pergi berubat secara syifa untuk keluarkan makhluk tu dari tubuh saya.
Dan ada juga amalan2 yang Nabi2 dan Rasul ajar untuk berubat sendiri. Kenapa perlu harapkan orang. Seolah2 macam tak percaya Allah akan sembuhkan. Saya da banyak kali cakap bende2 macam ni. Tapi umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Da 19 tahun dok jumpa macam2 pengamal perubatan, saya tengok serupa tu juga. Tapi tak pala, sebab da malas nak argue dengan orang2 tua degil macam ni, saya terpaksa la balik juga nanti untuk sedapkan hati mereka.
Saya tak kisah dah apa mak ayah saya nak cop saya, sebab memang buruk saya je diorang nampak kat saya ni. Tapi sebab sebagai anak, saya tak nak keruhkan lagi keadaan. Walaupun ni bukan salah saya kalau saka tu datang kacau.
Adik Ipar ada share wassap ayah dekat dia, dia tanya ayah saya kalau kata pengamal perubatan/bomoh tu kene pegang saya, adik perempuan atau mak, ayah saya balas dia izinkan dan rela tanggung dosa. Pulaa.. Saya taktau la speechless. Hopefully tak perlu sampai macam tu.
Hopefully Allah tolong saya. Pegang kat sini maksudnya sentuh kulit mcm tangan rambut kaki, bukan yang lebih2 tu.
Tapi tengok la nanti, kalau saya naik hantu nanti lantaklah kalau ayah saya nak maki pun, sebab this is time saya kene stand up face to face. Saya da bertolak ansur dah dengan cara baik.
Kalau saya boleh kawal saka tu da lama saya tak bagi dia kacau.
Tapi yela disebabkan desakan ayah mak saya berapa kali asyik suruh saya balik, selagi saya tak pergi berubat cara diorang tu, selagi tu la saya akan dipertangungjawapkan ke atas saka tu padahal tu saka keturunan kot.
Kalau ikutkan, saya pun boleh salahkan bapa saya sebab keturunan dia ada ada saka dan menyusahkan saya. Tapi saya bukan macam ayah saya.
So kesimpulan kat sini, pertama, rajin2 la menuntut ilmu terutama ilmu agama dan banyakkan amalkan segala sunnah Rasul supaya akidah dan iman terpelihara.
Kedua, matlamat tak meghalalkan cara, cth perbuatan ayah saya tadi, mengizinkan bukan muhrim untuk sentuh aurat saya.
Ketiga, muhasabah diri, tengok kelemahan diri tu dan perbaiki bukan nak salahkan orang lain. Dan bila saya pun dalam nak marah ke kecewa ke stress always remind diri yang saya tak nak jadi macam ayah saya.
Last sekali, jangan jadi macam ayah dan mak saya.
Ini adalah pengajaran untuk saya juga dan perkongsian untuk teladan juga. Terpulanglah pembaca nak nilai and komen apa2 pun sebab ini hanyalah perkongsian.
Saya berdoa dan minta kalian juga doakan semoga saya dijauhkanlah dapat bakal suami seperti ayah saya dan jika saya ada anak nanti harapnnya tidak menurunlah rupa dan perangai ayah saya kat anak saya.
Sekian terima kasih.
– Cik Ma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit