Anak derhakakah aku kalau aku dah tak nak jaga kedua-dua ibu bapa aku yang dah tua?
Aku anak bongsu, ada dua orang abang. Kedua- dua abang aku dah berkeluarga. Menetap dan mencari rezeki di kotaraya. Aku pun dah berkeluarga.
7 tahun lepas, aku berhenti kerja dah pindah ke negeri tempat aku dilahirkan selepas suami aku dapat tawaran kerja di sini.
Memang asalnya akulah yang beria-ia cadangkan pada suami untuk cari kerja di negeri ni supaya aku ada peluang tinggal lebih dekat dengan mak ayah aku.
Suami aku setuju, dan rezeki kami, dia dapat kerja yang lebih baik. Jadi, kami pun pindah dan kami tinggal di rumah mak ayah aku buat sementara waktu. Hampir setahun jugak kami menumpanglah kiranya.
Pada awalnya aku ingat mak aku gembira bila aku sekeluarga pindah dan tinggal dengan dia. Sebab waktu aku bujang dulu, dia pernah bagitau, dia harap ada anak dia yang tinggal dekat dengan dia.
Dan aku selama 3 tahun merantau di negeri orang mencari rezeki, dah berazam nak penuhi impian dia tu.
Tapi rupanya, aku silap. Dek kerana aku dah berhenti kerja, jadi punca mak tak berpuas hati. Aku dah berusaha banyak kali untuk kembali bekerja.
Banyak kali aku dapat panggilan interview tapi rezeki tak memihak pada aku. Jadilah aku penganggur. Jadilah aku seorang suri rumah sepenuh masa. Masih tinggal di rumah mak ayah aku.
Memandangkan mereka dah makin lanjut usia, aku sangka mak aku gembira dengan adanya kami sekeluarga (anak aku berusia setahun setengah waktu ni) tinggal bersama.
Tapi makin lama, mak aku makin tak berkenan dengan aku. Sebab aku tak bekerja. Sebab aku tak berduit.
Walaupun akulah yang hantarkan mereka berdua ke hospital untuk setiap temujanji, akulah yang bawa mereka ke bandar untuk apa-apa urusan, akulah yang berada dengan mereka waktu sakit,
Tapi sebab aku dah tak hulurkan duit pada mak aku, aku bagi dia bukan siapa siapa.
Sehinggakan aku pernah dihina oleh mak. Hanya kerana aku dah tak bekerja. Hanya kerana kebendaan, mak aku sanggup tuturkan kata-kata yang sangat pedih bagi aku.
Aku sedih sangat. Kecewa. Aku menangis teresak-esak depan suami.
Niat aku nak duduk dekat dengan mak ayah aku selama ni, supaya mudah aku nak jenguk mereka bila sakit, tak disenangi rupanya.
Mak pernah boikot aku. Dia langsung tak nak bercakap dengan aku. Apa orang kata, silent treatment. Sampai begitu sekali layanan dia.
Kebetulan tak lama lepas tu, kami dapat pindah ke rumah sendiri. Aku rasa bersyukur sangat.
Sebab aku rasa tertekan sangat dengan segala kata-kata mak aku yang menyakitkan hati aku, aku sangat tertekan dengan layanan dia.
Sampai tahap, aku rasa diri sendiri tak berguna. Aku kecewa sangat diperlakukan sebegitu. Aku rasa menyesal berkorban tinggalkan kerjaya, semata-mata nak pindah tinggal dekat dengan mereka.
Banyak kali aku selalu menangis. Aku terlalu sedih. Sampai aku depression. Aku kemurungan. Aku rasa dah tak nak hidup. Aku kecewa sangat dengan semua yang dah berlaku.
Kata-kata mak aku yang melukakan hati aku tu terngiang-ngiang setiap masa. Aku rasa makin jauh hati, susah nak lupakan.
Tapi sekarang, akulah yang ditakdirkan menjaga mereka setiap hari. Sejak 3 tahun lalu, kami tinggal bersama. Di rumah aku dan suami.
Sejak kesihatan mak makin merosot.
Sejak mak mengalami kegagalan buah pinggang. Sejak itulah aku dan suami pikul tanggungjawab uruskan rutin mak ke tempat dialisis.
Setiap selang sehari, selepas subuh, suami aku akan hantar mak ayah aku ke tempat dialisis di bandar. Kemudian dia akan terus ke tempat kerja dia.
Aku pula uruskan 3 orang anak yang masih kecil di rumah. Uruskan si abang dan si kakak ke sekolah dan hal-hal rumah tangga.
Bunyi macam mudah. Jaga mak ayah yang makin berusia dan pada masa yang sama membesarkan anak-anak yang masih kecil, bukan perkara yang senang sebenarnya. Sangat mencabar.
Tapi aku dan suami dah terlalu penat nak teruskan semua ni.
Abang-abang aku mana? Ni aku nak cerita. Mereka jarang balik jenguk mak abah. Duit perbelanjaan makan minum, barang dapur, bil-bil utiliti, minyak kereta hantar mak ayah aku ke tempat dialisis pulak macam mana?
Aku tak kerja. Maka segalanya suami aku yang tanggung.
Kalau abang aku yang sulung balik, ada la hulur sikit. Itupun lepas aku share satu post dekat media sosial. Bayangkanlah, menantu yang tanggung semua perbelanjaan selama ni.
Kadang-kadang, mak ayah aku ada hulur duit untuk kami buat belanja tapi pernah jadi berbulan-bulan lamanya mereka tak bagi. Tapi kami tak pernah mintak.
Kalau mereka bagi kami ambil. Dan hakikatnya, apa yang suami aku belanjakan lagi banyak daripada apa yang mak ayah aku beri. Oh ye, untuk pengetahuan, mak ayah aku pesara kerajaan. Mereka tak ada masalah kewangan pun.
Walaupun suami aku sebenarnya tak berkira sangat, sebab bagi dia Allah dah banyak murahkan rezeki kami sejak kami jaga kedua-dua ibu bapa aku,
Tapi disebabkan sikap abang-abang aku yang seolah-olah tak nak pikul amanah menjaga ibu bapa sendiri, bertanya khabar pun jarang jarang sekali, lama kelamaan aku pun dah jadi malu sangat sangat dengan suami sendiri.
Suami aku pernah berterus terang dengan abang sulung aku tentang hal ni. Betapa kami dah penat nak teruskan lagi. Dengan niat supaya dia pun tunaikan janji dia suatu masa dulu untuk jaga mak ayah aku pula.
Tapi, katanya tunggu sehingga dia selesaikan urusan pindah ke rumah baru dahulu. Entah berapa lama lagi kami pun tak tau. Makan tahun dah kiranya.
Untuk pengetahuan, abang sulung aku seorang penjawat awam. Dah berpangkat. Dari segi kewangan, tak mungkin dia tak mampu. Tapi entahlah, tak pernah pun abang-abang aku berebut dengan aku nak jaga mak abah.
Diorang tak fikir ke, makin lama usia mak abah makin lanjut. Bila-bila masa je akan pergi. Diorang tak nak berbakti ke pada kedua-dua ibu bapa yang dah lanjut usia sebelum terlambat?
Sekarang, aku rasa dah terlalu penat nak teruskan semua ni. Tepu. Exhausted. Burntout. Rasa bersalah dengan suami. Rasa geram sangat dengan adik beradik sendiri. Aku seolah-olah dipergunakan.
Mungkin bagi mereka, disebabkan aku anak perempuan tunggal, aku tak berkerja, jadi akulah yang kena jaga mak abah. Bagi mereka, biarlah aku tanggung semua ni. Mereka nampak suami aku mampu jadi mereka pun lepas tanganlah.
Dah banyak kali suami aku pujuk supaya aku terus bertahan dan bersabar. Dia selalu kuatkan semangat aku. Dia selalu ingatkan aku tentang balasan baik menjaga kedua-dua ibu bapa ni.
Tapi aku nak abang-abang aku pula yang pikul amanah & tanggungjawab jaga kedua-dua insan yang dah membesarkan mereka.
Aku terlalu nak jaga hati dan perasaan adik-beradik sendiri sehinggakan hati aku dah tak mampu nak bertahan lagi. Makan hati hari demi hari.
Salah tak kalau aku nak hantar mak abah aku ke rumah abang aku tanpa pengetahuan dia? Biarlah dia pula yang uruskan segalanya. Aku dah PENAT.
– Hanani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit