Ada satu episod dalam cerita ‘Perempuan itu’
Emir ada cakap Khalis is his real home.
Now I understand why man mostly tak nak cerai his first wife walaupun dah terjebak dalam skandal dan kes kahwin lain ni.
Sebelum ni sis masih tertanya kenapa susah sangat lelaki nak lepaskan isteri pertama ni.
I adalah salah seorang mangsa macam Khalis tu. Kecurangan berulang kali selama 5 tahun perkahwinan kami.
Sampai saya bawa kes mahkamah untuk tuntutan fasakh tapi bila sampai kes sebutan kes suami saya accident patah kaki.
Luluh hati sendiri tak sampai hati nak teruskan kes. Mungkin itu petunjuk Allah nak panjangkan jodoh kami.
Lepas incident tu saya nampak perubahan suami, handphone tak ade la nak sorok. 24 jam nak berkepit je dengan saya. Mana2 nak bawa saya.
Alhmadulillah tahun ke 6, Allah kurniakan zuriat.
Alhamdulillah Allah mendengar doa saya. Saya mohon andai ada masih ada sirna dalam perkahwinan kami ni hadirkan kami zuriat.
Tapi ujian hati saya tak terhenti di situ. Genap setahun anak kami. Allah tunjuk segala bukti kecurangan suami sebelum ni. Yang saya hanya tak jangka hubungnan sejauh itu.
Keluar semua video2 gambar2 yang saya tak sangka kat google photo suami.
Mungkin suami dah padam suami tapi ada dalam memori google photo.
Saya telan semuanya sendiri demi anak. Hikmah Allah nak panjangkan jodoh kami. Bagi nampak semua tu selepas kami ada anak.
Kalau belum ada anak, saya bawa bukti2 semua tu ke mahkahmah untuk lepas dari dia.
Masa tu saya mampu bersujud mengadu pada Allah, pandang kebaikan2 dia, kebaikan2 keluarga dia.
Buat si K yang pernah hadir dalam hidup kami, saya dah maafkan tapi hati ini masih berbekas rasa.
Terima kasih jadi pengajaran untuk saya jadi lebih baik. Jadi manusia yang tidak berharap pada cinta manusia. Semoga kita lalu hidup di bahagian masing². Kifarah tu ada.
Kehadiran awak dalam kehidupan kami mungkin kifarah untuk dosa² saya. Saya tak doakan yang tak baik untuk awak tapi saya cuma mengadu pada yang satu sakitnya rasa tu.
Thanks emir buat saya lebih paham kenapa suami saya masih pertahankan saya. Yes bila balik rumah nampak he makes me feels the home.
Anak pon happy tunggu dedinya balik kerja
Buat suami saya semoga Allah panjangkan jodoh kita. Semua kekhilafan awak saya maafkan.
Pesan untuk diri sendiri semoga terus kuat dalam mempertahankan rumah tangga kita ni.
Saya pandang semua kebaikan² yang ada pada awak, mertua yang baik dan ipar duai yang banyak membantu.
Alhamdulillah untuk semua kebaikan² tu. Walaupun kadang² hati rasa nak give up nak lari dari semua ni.
Buat isteri yang sedang berjuang mempertahankan rumah tangga setelah dicurangi anda memang hebat.
Memaafkan dan memilih untuk terus memberi peluang bukan sesuatu yang mudah.
Coretan hati,
Isteri yang pernah disakiti.
– Sarah Lee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit