Assalamualaikum, just perkenalkan diri Kak G, anak tengah dan seorang perempuan. Dalam adik beradik ada abang, kakak dan adik, kira lengkap lah.
Tapi kewujudan diaorang nie dalam keluarga macam kabur, kalau diaorang ada pun ibarat ‘kentut berlalu’, time takde jangan cakap lah memang lenyap terus. Hahaha, geram.
Tak nak bangga diri tapi boleh cakap aku antara yang banyak ilmu pengetahuan, kalau tak tahu pun, aku wajib tanya, tapi berbeza dengan yang lain.
Kalau diaorang tak tahu, semua akan jawap ‘tanya G lah’ kalau malu nak tanya ‘suruh G tanyakan’. Dan perkara nie bukan adik-beradik aku je, mak ayah pun sama macam nie.
Adik-beradik lain kalau tak tahu, orang pertama dia mention mesti aku, sampai satu tahap aku menjawap dengan nada yang agak tinggi,
‘Semua nak mengharapkan orang yang tanya, yang lain jadi apa? Sampai bila nak suruh orang? Lambat-laun sorang-sorang juga, belajar-belajar lah berani sikit’. Semua diam dan tak respond. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Mak tak sihat nak cari ubat, diwhatsapp nya aku yang tengah kerja ‘balik kerja nanti beli ubat mak ye, aku dah sampai rumah nie’. Aku balas, ‘kenapa kau tak beli je (aku baru tahu masa nie mak aku tengah tak sihat).
Aku terus call tanya, nak beli ubat dekat mana semua, rupanya beli ubat dekat sebelah tempat kerja kakak aku dan aku ingat yang dia bagitahu dah sampai rumah tu, rumah kakak aku sendiri, rupanya dia masih dekat rumah mak aku.
Terus berasap aku dan start nak maki nasib baik dalam area tempat kerja, kena pandai control emosi. Yang sedapnya dekat rumah ada orang lain jugak, yang tak bekerja dan tak buat apa.
Ditunggu nya aku yang tengah kerja. Kadang penat melayan karenah diaorang nie bukan lah perkara berat tau, tapi perkara remeh sangat, benda yang boleh belajar sendiri tapi disebabkan taknak usaha lebih so ditolaknya ke aku.
Banyak yang aku simpan, amanah seorang ayah yang sepatutnya diberi kepada anak lelaki, tapi dia beri kepada aku. Kerja yang boleh dilakukan pada anak yang lain tapi disebabkan “kepercayaan” katanya, sebab tu di beri pada aku.
Sampai satu tahap aku rasa terbeban. Sekarang masih 2023 disebabkan amanah tu aku dah pikir plan aku dan macam mana aku nak buat pada 2025. Semua aku dah pikir, selebihnya semua aku tawakal.
Aku kalau cakap dengan adik-beradik lain semua endah-tak endah lelagi diaorang semua dah berkeluarga.
Kalau cakap semua cakap ‘Kau lain lah banyak duit’, ‘Duit kau tak pernah habis’ dan bapak aku pernah cakap depan yang lain ‘kak G mana pernah takde duit, dia semua ada duit’ hakikatnya dalam purse ada RM20 je.
Aku telan je air liur, expectation keluarga aku terhadap aku sangat tinggi. Sampai aku rasa diaorang nie dah takde empati terhadap aku.
Secara ringkas nya pada 2025 komitmen aku bertambah dalam RM1000 tak termasuk komitmen aku sendiri. Dengan kerja sekarang dan kerja dibandar yang kecik.
Bukan tak bersyukur. Alhamdulilah paling bersyukur dengan komitmen yang aku tanggung sekarang tapi tidak tertanggung untuk penambahan komitmen pada 2025.
Sampai lah baru-baru nie ayah aku bercerita anak kawan dia kerja jauh sikit and gaji over RM2000. Ayah pun cakap yang anak kawan dia tu nak ubah hidup semua.
And aku pun mencelah ‘orang tahun depan nak cari kerja baru tau’.
Terus ayah and mak aku jawap, ‘nak kerja mana lagi bersyukur lah dengan kerja sekarang’, ‘dekat pun dekat tak payah ngadap jem’, ‘tak payah pikir rumah sewa’, ‘tak payah sakit badan’, ‘semua ada sini, apalagi yang tak cukup’,
Aku terus diam.. Aku kalau jawap pun aku takkan menang, sebab benda nie dah banyak kali bahas.
Sebelum aku start kerja pun pernah aku bahas. Tapi semua tu ibarat angin berlalu bagi diaorang.
6 tahun lepas nak sambung degree, dapat dekat sabah, tak dapat pergi atas alasan jauh, yang nie aku terima sebab aku sendiri akui memang jauh, and kalau sambung, duit tiket flight je beribu.
So mohon dapat pulak KL pun tak dapat keizinan katanya jauh. last sekali ayah aku cakap gini ‘G boleh sambung belajar, tapi dalam negeri kelahiran jelah ye, nanti ayah cuti dapat ayah jengah G’ aku diam je lah, sebab dalam negeri sendiri tak dapat sebarang tawaran,
Ni dah kerja ayah cakap ‘ayah izinkan kerja sini-sini je, kalau nak kerja jauh-jauh masa kau kahwin nanti, pergi lah kerja mana laki kau duduk’
So dekat sini memang dah dapat agak, selagi tak kahwin selagi tu duduk di daerah kelahiran je. Aku nak cari kerja lain supaya dapat menanggung diaorang waktu tua nanti.
Aku tak kisah untuk tanggung diaorang, tapi dengan kerja tempat yang sama ia tak membantu aku. Ia buat aku sedikit terbeban.
Aku ada keluarga tapi diaorang tak pernah tahu masalah aku hadapi, bukan taknak cerita tapi macam nie lah, diaorang hanya menganggap aku okay sahaja, masalah tu biasa, siapa je tak de masalah kan.
Betul semua ada masalah, kita pun kena pikir macam mana nak selesaikan masalah kita, Tapi kalau tak dapat kebenaran dari orang tua. macam mana aku nak berkembang?
Aku selalu pesan budak-budak bawah aku yang kerja dekat company aku.
‘Kalau korang dapat tawaran lebih baik, korang pergilah, korang jangan kesian kan kak G or takut kak G penat, korang kerja untuk korang and keluarga bukan untuk kak G,
So kalau dapat pergi, bincang dengan mak ayah korang dulu tau’ ayat nie selalu aku cakap dengan diaorang, kadang diaorang tanya aku balik ‘Kak G taknak cuba kerja lain ke? untuk dapat yang lagi better?’
Aku jawap simple je, ‘belum dapat izin mak ayah’ walau pun simple tapi perit untuk aku telan.
Sampai ada sorang budak tu cakap ‘kita kak G kalau nak berubah kita kena tegas dan berpendirian’, aku hanya mampu tersenyum.
Dik kalau kau nak tahu. Aku pernah ikut kepala sendiri time mak ayah tak izinkan, and time tu hampir-hampir excident. Syukur alhamdulilah masih panjang umur dan sedar. So apa lagi yang aku nak buat untuk tentukan hala tuju?
Aku sampai dah tak tahu apa aku nak dalam hidup aku. Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak.
Niat ingin merubah taraf hidup keluarga tapi tiada keizinan dari orang tua. Stay di takuk yang sama pulak takut memakan diri. Mulut terkunci, akal pulak ibarat sudah mati.
– Kak G (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit